Dengan semangat “jihad” yang tinggi, perjuangan bani Israel menentang empayar Rom menjadi suatu pertempuran yang amat dashyat dimana serangan secara guerilla dan semangat patriotisme memainkan peranan yang penting dan utama. Akhirnya peperangan ini secara tragis membawa juga kemusnahan kepada bandar Jerusalem dan rumah ibadat (temple) orang Yahudi pada tahun AD 70.
Kehilangan nyawa manusia semasa pemberontakan ini sungguh menyedihkan. Dianggarkan seramai satu juta satu ratus ribu orang terbunuh di Jerusalem semasa empayar Rom melakukan sekatan dan kepungan ( Roman Siege) di Jerusalem. Sebelum ini dipercayai beribu-ribu orang telah dibunuh di Jeruselam dan di bandar lain di sekitar Palestin. Seramai sembilan puluh ribu dijadikan tahanan oleh tentera Rom sepanjang penentangan ini. Antara yang selamat dari kepungan (Roman Siege) seperti pejuang kemerdekaan, orang tua dan yanglemah kemudiannya telah dibunuh. Sebelas ribu orang tahanan mati akibat kebuluran sebelum pihak kerajaan Rom dapat membuat keputusan apa yang harus terhadap mereka (tahanan). Angka kematian bertambah selepas sebahagian dari tahanan ini dihantar ke beberapa daerah untuk dibunuh di dalam “theaters” dengan mengguna pedang atau binatang liar.
Inilah suasana tragis yang berlaku semasa berlakunya penentangan orang Yahudi terhadap Raja Herod dan Empayar Rom di sekitar tahun AD 70 sepertimana yang dicatat oleh Josephus, pakar sejarah berketurunan Yahudi yang hidup di Palestin sekitar AD 37 hingga AD 100.
Selepas kejatuhan pemeritahan bani Israel pada sekitar tahun 63 BC, Rom yang pada masa itu merupakan kuasa besar dunia telah menakluk dan menjajah Judea (Palestin). Akibatnya orang-orang Yahudi di Palsetin telah dipaksa menerima pemerintahan sekular empayar Rom walaupun bertentangan dengan ajaran Nabi Musa yang menjadi pegangan mereka. Empayar Rom juga telah melantik seorang raja yang bernama Herod (bukan dari bangsa Yahudi) untuk memerintah Palestin. Bagi orang Yahudi Raja Herod hanyalah merupakan boneka kepada Empayar Rom bukan mewakili masyarakat Yahudi yang berada di Palesti pada zaman itu.
Sepanjang penjajahan empayar Rom dan pemerintahan Raja Herod di Palestin banyak orang Yahudi telah meninggalkan ajaran Nabi Musa. Di antara mereka termasuklah rahib-rahib dari kalangan bani Israel sendiri seperti Sadducee dan Pharisees. Mereka bukan saja sanggup mengkhianati ajaran Nabi Nusa dan orang Yahudi malah sanggup juga bekerjasama dengan empayar Rom dan Raja Herod untuk menghapuskan orang-orang Yahudi yang masih berpegang teguh dengan ajaran kitab Taurat. Berbagai dasar dan undang-undang di gubal bagi menindas pengikut-pengikut ajaran nabi Musa ini. Namun begitu sepanjang penjajahan empayar Rom di Palestin, terdapat sebuah pergerakan rakyat dikalangan orang Yahudi yang terus-menerus melakukan penentangan terhadap empayar Rom dan Raja Herod yang dibantu oleh rahib-rahib Yahudi yang berpaling tadah. Berdasarkan kepada beberapa catatan sejarah, pergerakan ini disebut sebagai Nazarene atau Zeolot. Pergerakan ini dipimpin oleh seorang Messiah yang juga berpegang kuat dengan ajaran Nabi Musa. Matlamat Messiah dan pergerakan ini ialah untuk mengembalikan ajaran Nabi Musa dibumi Palestin . Penentangan yang dilakukan oleh pergerakan ini berpanjagan sehinggalah Jerusalem dan rumah ibadat orang Yahudi dimusnahkan oleh tentera Rom dalam tahun AD 70. Hasil dari peristiwa ini juga sebahagian besar orang-orang Yahudi di halau keluar dari bumi Palestin.
Inilah latar belakang sejarah semasa berlakunya penentangan orang Yahudi terhadap Raja Herod dan Empayar Rom di sekitar tahun AD 66 hingga AD 70. Tetapi yang menjadi persoalan sampai sekarang ialah siapakan “Messiah” yang memimpin pergerakan ini sekitar tahun AD 66 dan AD 70.
Nabi Isa dan“Messiah”
Tidak menjadi masalah bagi orang Kristian apabila Nabi Isa (Jesus) juga disebut sebagai Messiah atau penyelamat yang dinanti-nantikan oleh orang Yahudi yang sedang menghadapi tekanan dan penindasan dari raja Herod dan tentera Rom di Palestin pada masa itu. Tetapi tentu sekali menjadi masalah kepada orang Kristian apabila dikatakan Nabi Isa seorang manusia dan juga pemimpin yang bertanggungjawab melakukan penentangan terhadap Raja Herod dan empayar Rom di Palestin sekitar tahun AD 66 hingga AD 70. Malah orang Kristian tentu sekali menolak sekeras-kerasnya pendapat mengatakan bahwa tujuan sebenarnya Nabi Isa bukan untuk membentuk satu agama yang baru malah ingin mengembalikan ajaran Nabi Musa di bumi Palestin sepertimana yang ingin dilakukan oleh Messiah ini.
Bagi orang Kristian Nabi Isa (Jesus) ialah manusia tetapi pada masa yang sama juga merupakan “Tuhan”, dan beliau tidak terikat dengan fakta sejarah ataupun sains seperti manusia lain. Malah mengatakan Nabi Isa sebagai manusia biasa dan bukan Tuhan sudah cukup membuat seseorang itu terkeluar landasan ajaran Kristian.
Siapakah Messiah? Skrol Qumran dan Nabi Isa.
Pada sekitar tahun 1947 (setahun sebelum negara haram Israel ditubuh) satu peristiwa bersejarah telah berlaku iaitu penemuan kepingan2 skrol bertulis di disebuah tempat yang bernama Qumran iaitu kira-kira 20 batu dari timur Jerusalem. Kepingan2 skrol yang bertulis ini yang juga disebut sebagai sebagai “Dead Sea Scroll atau Qumran Skrol”,merupakan himpunan manuskrip lama yang telah ditulis oleh sebuah masyarakat yang mendiami didaerah Qumran ini.
Kemudian pada tahun 1952 satu pasukan antarbangsa (International Team) telah dibentuk yang terdiri wakil-wakil dari negara seperti AS, British dan Perancis. Tugas mereka ialah untuk mencari lebih banyak skrol ini, memeliharanya dan seterusnya membuat lapuran hasil penemuan mereka. Pasukan ini diketuai oleh Father Roland De Vaux dari Perancis. Namun hanya selepas 40 tahun baru lapuran tentang hasil kajian Skrol Qumran ini didedahkan pada umum.
Maklumat yang terdapat dalam manuskrip ini hasil dari terjemahan dan kajian yang dibuat, sangat menarik tetapi mengejutkan beberapa pihak yang tertentu kerana apa yang tercatat dalam manuskrip lama atau Skrol Qumran ini mempunyai banyak persamaannya dengan ajaran yang terdapat didalam kitab “the New Testament”.
Salah satu manuskrip yang dijumpai didikawasan yang ditanda dengan “Cave 1”, yang juga disebut sebagai dokumen “Community Rule” menceritakan beberapa perkara tentang peraturan dan amalan agama yang mesti diikuti oleh masyarakat Qumran ini pada masa itu. Antaranya, amalan pembersihan dan penyucian seperti “baptism” yang dilakukan bukan hanya sekali tetapi hampir setiap hari. Amalan sembahyang harian juga dilakukan iaitu pada setiap subuh dan maghrib dengan membaca ayat-ayat dari kitab injil. “Meal of Congreagation” seperti”last supper” juga diamalkan. Malah dalam manuskrip ini juga menceritakan bagaimana masyarakat ini dipimpin oleh “Messiah” dan dibantu oleh 12 orang sahabat dan beberapa orang rahib sebagai tambahan. Setiap ahli dari masyarakat ini mesti mematuhi semua peraturan dan amalan yang telah ditetapkan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang engkar sepertimana yang dicatat dalam skrol ini: “Sesiapa yang melanggar walaupun sepatah perkataan dari hukum yang dibawa oleh Nabi Musa mesti disingkirkan”.
Cuma yang menjadi masalah kepada Father Roland (dan orang Kristian) untuk mengakui bahwa Messiah ini sebenarnya adalah Nabi Isa kerana dalam manuskrip ini tidak menunjuk bahawa Messiah ini adalah Tuhan seperti dalam ajaran Kristian. Oleh itu Father Roland membuat kesimpulan bahwa Qumran skrol ini dipunyai oleh sebuah kumpulan yang hidup sebelum era Kristian dan tiada kaitan dengan Nabi Isa dan ajaran Kristian.
Tetapi pendapat ini dibantah keras oleh Professor Godfrey Driver, pakar dalam bidang Semitic Philology dari Universiti Oxford, yang telah mengkaji dan menulis beberapa buku tentang Skrol Qumnran ini.
Beliau menegaskan: “ Pendapat yang mengatakan skrol ini berasal dari zaman sebelum era Kristian adalah tidak benar.”
Malah ujian karbon -14 yang dilakukan oleh badan yang bebas juga turut mengesahkan bahwa manuskrip ini berasal dari zaman disekitar tahun AD 66.
John M Allergo iaitu wakil British dalam pasukan antarabangsa ini juga tidak bersetuju dengan pendapat Father Roland. Malah beliau mengatakan kelewatan dalam mengeluarkan lapuran kajian manuskrip ini oleh pasukan antarabangsa sebenarnya berpunca dari isi kandungan manuskrip ini sendiri yang mencabar kebenaran ajaran Kristian.
“There is no doubt.. that the evidence from the scrolls undermines the uniqueness of the Christians as a sect.. In fact we know damn all about the origins of Christianity, However, these documents do lift the curtains”
John M Allergo yang kemudiannya tidak diterima oleh pasukan antarabangsa dan dituduh sebagai anti-kristian dan “heresy”, telah mati secara mengejut pada 1988. Namun segala kerjanya mengenai skrol Qumran diteruskan oleh Michael Baigent dan Richard Leigh. Dalam buku mereka seperti “the dead sea scrolls deception”, “holy blood holy grail” dan “the messianic legacy” terus mendedahkan penipuan-penipuan yang terdapat dalam ajaran Kristian melalui siasatan dan kajian-kajian yang telah mereka lakukan. Mereka juga membukti bahwa Nabi Isa(Jesus) sebenarnya hanyalah manusia. Nabi Isa atau Jesus ini adalah Messiah yang memimpin orang Yahudi menentang kerajaan pakatan Raja Herod dan puak Yahudi yang belot dengan sokongan kuat dari oleh empayar Rom sekitar tahun AD 66 dan AD70 untuk mengembalikan ajaran nabi Musa di bumi Palestin.
Perbandingan antara Perjuangan Nabi Isa dan Hamas
Skrol Qumran telah meletakan kembali sejarah Nabi Isa sebagai manusia dan Nabi dibumi Palestin dalam peta besar sejarah dunia yang sebelum ini cuba dikaburi oleh puak Kristian demi kepentingan mereka.
Dalam konteks peperangan antara Hamas dan Rejim Zionis di Palestin, Skrol Qumran yang ditemui setahun sebelum penubuhan negara haram Israel (60 tahun dahulu) seolah-olah ingin mengajak umat Islam dan dunia merenung kembali apa yang telah berlaku 2000 tahun dahulu di Palestin. Sejarah 2000 tahun dahulu berulang kembali kini di Palestin. Apa terjadi pada Hamas dan umat Islam di Palestin kini sama seperti apa yang berlaku pada NabiIsa dan pengikutnya 2000 tahun dahulu. Hamas dan Nabi Isa mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menegakkan kembali hukum ALLAH dibumi Palestin. Mereka menghadapi musuh yang sama, Nabi Isa dan pengikutnya terpaksa berhadapan dengan empayar Rom dan Hamas dan rakyat Palestin pula terpaksa berhadapan dengan AS. Kedua-kedua musuh ini, yang menganuti ajaran Kristian Pauline, merupakan kuasa besar dunia yang berada jauh dari bumi Palestin. Dibumi Palestin mereka juga menghadapi pakatan musuh yang sama, 2000 tahun dahulu Nabi Isa dan pengikut terpaksa berjuang menentang pakatan kerajaan Raja Herod (boneka Empayar Rom) dan puak Yahudi dari gologan Sadducee dan Pharisees. Sekarang, Hamas dan rakyat Palestin berjuang menentang puak Yahudi Zionis yang dibantu oleh Mahmood Abbas dari Palestinian Authority. Kaedah yang hampir sama digunakan untuk menindas dan menghapuskan Nabi Isa dan pengikutanya 2000 tahun dahulu dan Hamas dan rakyat Palestin pada masa sekarang iaitu melalui sekatan dan kepungan –Siege. Nabi Isa dan pengikutnya terpaksa berhadapan dengan ‘Roman Siege’yang akhirnya membunuh beribu-ribu pengikutnya di Palestin pada masa itu. Dan sekarang khususnya di jalur Gaza, Hamas dan rakyat Palestin sedang berjuang meneruskan kehidupan dibawah sekatan dan kepungan yang dikenakan oleh Rejim Zionis. Hasil dari“Gaza Siege” hampir setiap hari rakyat Palestin mati akibat kebuluran, tidak mendapat bantuan perubatan dan sebab-sebab yang lain.
Dan sudah tentu mereka menanggung derita dan sensara yang sama akibat dari kekejaman puak Yahudi dan kroninya seperti empayar Rom dahulu dan AS pada masa sekarang.
Di penghujung pejuangan Nabi Isa dan pengikutnya menentang pakatan Raja Herod, puak Yahudi dan empayar Rom, mereka telah dikalahkan. NabiIsa telah “diangkat” oleh ALLAH untuk diturunkan semula pada suatu masa yang telah ditetapkan.
Dan apakah pula penghujung kepada perjuangan Hamas dan rakyat Palestin menentang rejim Zionis dan AS?
Rujukan:
1. The Dead Sea Scroll Deception dan Mesianic Legacy – Michael Baigent dan Richard Leigh
2. The Dead Sea Scrolls, The Gospel Of Barnabas and The New Testament – M.A. Yusseff
3. Palestine: Peace not Apartheid – Jimmy Carter.
No comments:
Post a Comment