Lantaran pakaian ‘ujub itulah, sama ada disedari atau tidak, masyarakat banyak, hakikatnya, lama-kelamaan kian menjauhkan diri daripada kita. Semakin sukar mahu menelan lantas mencerna buah bicara kita. Kenapa? Mengapa tidak? Kita bukankah manusia yang tinggi diri, gemar menyepak-terajang sesiapa sahaja sesuka hati dan rasa. KIta mengatakan bahawa karya si dia itu tidak punya nilai sastera. Karyanya itu hambar idealisme, atau, karyanya itu begitu dan begini, tidak sesempurna karya kita yang telah banyak meraih dan menggondol ‘kurnia’. Sedang, cuba kita lihat, di mana nilai sesebuah karya itu sebenarnya.
Antara kesuma (bunga) dan buah; yang manakah akan dipilih kala seseorang itu kelaparan? Bunga yang banyak kuntum-menguntum, bisa mengenyangkankah? Atau buah yang manis ranum mengecurkan? Pastinya buah! Justeru, di manakah ‘buah’ pada karya seseorang itu hanya mampu dinilai apabila karya itu mampu memberi perubahan positif pada tingkahlaku seseorang pembaca. Kerana, bukankah tugas seorang penulis itu adalah membimbing atau melorong manusia kembali ke jalan yang benar? Di situlah nilainya. Bukan hanya pada bunga yang harum tetapi tidak mendatangkan sebarang makna, malah tidak tahu pula apa yang harus dilakukan dengan bunga-bunga yang akhirnya akan layu begitu sahaja, lantas terus dihumban buang.
Justeru, antara kesuma dan buah; mahu pilih harumnyakah, atau manisnya?
Bagi saya, kedua-duanya perlu, tetapi perlu diseimbangkan. Biar tdak terlalu sarat dek kesuma, juga tidak begitu mengendeh oleh buah. Buah yang terlalu banyak juga boleh menjadi busuk begitu sahaja jika tidak berusik, kan? Fikir-fikinkan..=)
No comments:
Post a Comment