Berapa Ramai yang Benar-benar Mendokong?!
Begitu ramai umat Islam di dunia pada hari ini. Mengikut satu kajian, dinyatakan bahawa statistik bilangan umat Islam adalah yang kedua terbesar di dunia. Begitulah, betapa ramainya umat ini. Kita juga adalah daripada kalangan itu. Namun, berbilion umat Islam yang ramai itu, adakah seramai itu juga para pendokongnya? Atau yang ramai itu hanya sekadar penyokong? Kita pula, di mana kedudukan kita?
Apa Bezanya Pendokong Dan Penyokong?
Bayangkan anda berada di stadium untuk menonton satu perlawanan bola sepak. Samakah orang yang menonton dengan orang yang bermain di atas padang bola sepak itu?
Oh, sudah tentu jauh berbeza.
Penonton cuma dapat menonton, memberi sokongan, bersorak dan terjerit-jerit di luar padang. Penatkah mereka? Ya, mereka mungkin penat, tapi tidak sepenat pemain yang berlari di padang. Dapatkah penonton memberi nilai gol pada pasukan sokongan mereka? Tidak. Tidak sekali-kali.
Pemain..Merekalah yang mendokong aspirasi pasukan mereka. Berpenat lelah di atas padang untuk mendapatkan nilai jaringan gol bagi pasukan mereka. Berlari, merancang strategi, kesatuan, penat dan lelah serta segalanya dirasai oleh mereka yang bermain. Merekalah orang yang paling gembira apabila dapat menjaringkan gol. Namun, mereka jugalah orang yang paling sedih dan muram saat tiada nilai gol untuk pasukan mereka.
Itulah bezanya.
Penyokong.. Ia tidak dapat berbuat apa-apa. Ia tidak dapat mengubah apa yang berlaku di atas padang. Kerana ia bukan seorang pemain. Gol atau tidak gol bukanlah atas usaha mereka. Mereka mungkin boleh memberi komen dan mengkritik, namun mereka tidak akan pernah dapat menjiwai perasaan sebenar ketika berada di atas padang.
Pendokong.. dia yang menghayati kelelahan dan segala perasaan berada di atas padang bola itu. Dia yang lebih memahami situasi dan cara bertindak. Dia mungkin akan silap ketika bermain. Namun, kesalahan itu mengajar dia supaya memperbaiki corak permainannya di masa depan.
Mereka adalah Pendokong …~
Islam itu datang dalam bentuk yang praktis. Ia dapat dilihat daripada segenap sudut kehidupan. Ia bukan sekadar retorik atau teori kosong. Tetapi ia praktikal dalam kehidupan.
Keperibadian, cara hidup, cara berfikir, sistem ekonomi, sistem sosial, sistem politik, pentadbiran dan perundangan, sistem kekeluargaan dan bermasyarakat, semuanya itu ada contohnya dalam Islam.
Orang-orang yang bersama Rasulullah s.a.w., merekalah yang membawa contoh itu.
Islam itu tertonjol dalam segenap kehidupan mereka.
Kenapa? Kerana mereka adalah para pendokong Islam.
Lihatlah keperibadian-keperibadian kental yang ada bersama mereka dalam mempertahankan Islam.
Abdullah Zul Bijadain, dahulunya ketika jahiliah, namanya adalah Abd Uzza. Kenapa digelar Zul Bijadain yang membawa maksud “mempunyai dua kain kasar”? Pengorbanan yang dilakukannya itu menyebabkan dia mendapat jolokan itu. Dia mempunyai seorang bapa saudara yang sangat kaya raya. Memang sejak dari kecil, beliau hidup senang-lenang bersama ayah saudaranya.
Hatta sehingga umat Islam berhijrah ke Madinah, dia tegar untuk tinggal di Madinah selama hampir 3 tahun semata-mata untuk mengajak bapa saudaranya itu kepada Islam. Akhirnya pada suatu hari, setelah tidak berjaya memujuk bapa saudaranya itu, beliau berhajat untuk berhijrah. Bapa saudaranya telah mengugut beliau dengan katanya, “Sekiranya engkau ingin bersama Muhammad, tinggalkan semua harta yang aku pernah berikan padamu itu.”
Apa yang dilakukannya? Adakah dia takut diancam dan diugut sedemikian?
Tidak, dia menyerahkan semua harta bapa saudaranya semula termasuk pakaian yang dipakainya menyebabkan tidak ada yang tinggal pada dirinya melainkan sehelai kain kasar yang dibelah dua, untuk menutup auratnya.
Semua itu untuk apa?
ISLAM …
Suhaib Ar-Rumi pada saat ingin berhijrah, dia telah ditahan oleh kafir Quraisy. Apa yang mereka pinta? Mereka minta Suhaib meninggalkan semua hartanya di Makkah. Kata mereka, “Dulu engkau datang dengan tidak ada apa-apa, sekarang engkau mesti meninggalkan Makkah dalam keadaan tidak ada apa-apa juga.”
Kalaulah kita di posisi itu, diugut untuk tinggalkan semua kemewahan dan pangkat kedudukan kita, agaknya apa yang kita akan lakukan?
Suhaib setuju untuk tinggalkan SEMUA hartanya, bukan sebahagian, bukan juga diambil sedikit daripada hartanya itu.
Untuk apa Suhaib melakukan itu?
ISLAM …
Mus’ab bin Umair, pemuda kacak dan kaya raya. Minyak wanginya yang semerbak harum dan mahal harganya itu tidak ada siapa pun yang mampu milikinya. Mahal tak mahalnya minyak wangi beliau, siapa sahaja yang melalui lorong yang pernah dilaluinya, selepas 2 jam, pasti akan terbau lagi wangiannya itu.
Namun, ditinggalkan semua itu semata-mata untuk Islam. Bahkan, diugut pula oleh ibunya untuk tidak makan selagi beliau tidak kembali kepada agama nenek moyang mereka, namun jawapannya menyebabkan ibunya berputus asa akhirnya.
Diriwayatkan bahawa ketika dihantar sebagai utusan Rasul s.a.w. di Madinah, tidak ada satu pintu pun yang tidak diketuk oleh Mus’ab untuk menyampaikan Islam.
Bahkan, ketika syahidnya beliau, kain untuk menutup jenazahnya pula tidak mencukupi, ditutup muka nampak kaki, ditutup kaki, nampak pula muka. Berbeza sungguh dengan hayatnya sebelum Islam.
Mereka yang gigih berkorban, mendokong Islam dalam kehidupan mereka.
Mereka tidak memandang Islam sebagai persoalan remeh dan semata-mata teori. Tetapi, mereka bumikannya dalam kehidupan mereka.
Kita Hari Ini Sekadar Penyokong Atau Pendokong ?
Kalau penyokong bola itu hanya pandai menjerit-jerit, kritik sana-sini, maka yang bernama ‘penyokong’ Islam itu hanya sekadar bijak bermain teori, jauh sekali praktikal dalam hidup.
Kalau ada sekalipun, Islam itu diceduk sebahagian dan ditinggalkan sebahagian yang lain.
Menjaja nama Islam di serata cara semata-mata untuk menghalalkan tindak-tanduknya, membenarkan konsep dan ideologi-ideologi bertuhankan materialisme.
Kalau hanya sekadar penyokong, Islam itu baginya tidaklah penting. Kehidupannya untuk mencari rezeki, bekerja itu dirasakan lebih penting.
Kalau hanya sekadar penyokong, maka tidak apalah jika solat dilaksanakan, namun jauh sekali cara hidup yang bersyariatkan Islam apalagi sistem perundangan dan pentadbiran yang berasaskan nafsu dan kepentingan duniawi.
Islam dipandang terpisah daripada kehidupan. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup yang sempurna dan menyeluruh.
Kalau hanya sekadar penyokong, maka urusan dakwah dan mendidik ummat ini, dipandang sebagai satu kejelikan, diganti pula dengan dakyah kuffar dan jahiliah yang bebas bermaharajalela menggantikan sistem tarbiyah (pendidikan) Islam sebenar.
Kalau hanya sekadar penyokong, maka tidak ada bezanya kita dengan Abdullah bin Ubai bin Salul di zaman Rasul s.a.w. Mulut lain, hatinya lain. Di Madinah, ‘pijak semut tidak mati, tapi pijak gajah mati pulak’, begitu baik sekali sikapnya ketika bersama masyarakat Islam.
Namun,ternyata kemunafikannya itu bilamana dia mengkhianati tentera Islam di medan perang, membawa keluar para pengikutnya dengan harapan dapat mengkucar kacirkan tentera Islam, namun Allah tetap tidak mengizinkan.
Berhentilah menjadi hanya sekadar ‘PENYOKONG’.
Ia tidak membawa apa-apa kebaikan pada kita. Tidak juga di depan Allah nanti.
Bahkan, ia bukanlah kualiti yang dikehendaki untuk membangunkan ummat ini.
Kualiti ‘PENDOKONG’ itulah yang kita hajati.
Adakah para penyokong bola sepak dapat menikmati bersama ganjaran yang dimenangi oleh pasukan sokongan mereka?
TIDAK…
Sekali-kali tidak..!
Tentukan Posisi Anda !
Intuisiku ingin quote kata-kata Dr Majdi Al-Hilali yang cukup menyentuh :
“Hari demi hari, luka-luka baru menjaluri tubuh ummat sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh.”
Luka-luka yang terhasil kerana kejahilan, berpecah belah, ketidakfahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri.
Esok lusa, bertambah besar dan bertambah banyak luka-luka itu.
Siapa yang akan merawat luka-luka itu?
Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan melainkan diri kita sendiri.
KITA SENDIRI…
Kita perlu menjadi PENDOKONG ISLAM !
Lalu di mana posisi kita?
Tentukan…
Adakah anda adalah jurulatih? Atau striker? Midfielder? Defender? Atau lastman? Atau gol keeper?
Itu sahaja pilihan anda…
Jangan beri peluang pada diri anda untuk memilih di antara menjadi penyokong atau pendokong, tapi pilihan yang ada buat diri kita hanyalah menjadi PENDOKONG !
Anda perlu berada di atas ‘padang’ ini bersama-sama memahami Islam yang sebenar, mengatur dan merancang strategi serta mengenal musuh jahiliah dan strateginya.
ISLAM itu praktikal yang hidup !
Kalau hanya sekadar jadi penyokong, kita telah mematikan Islam untuk terus gencar dan tersebar serta menjadi contoh di muka bumi ini! Fikir-fikirkan..~

No comments:
Post a Comment