“Eh, Duhai Melayu Usahlah ‘Melayu’?!”, "Ko tak nak bagi kita jadi Melayu lagi ke?!”, “Gile ke ape ko nih?!”, “Habis tue, ko nak suruh kita jadi ape?!”, “Bersyukurlah dengan apa yang ada”.. Itulah antara kata-kata dan persoalan yang tersembur daripada bibir teman-teman apabila diajukan tajuk entry pada kali ini. Relax..relax.. renung dan fahamkanlah dahulu, baru boleh anda amati. Semua itu bukanlah apa yang intusiku maksudkan. Sebenarnya.. entry ini bukanlah ingin menghidupkan kontroversi, apatah lagi mengheret anda semua ke dunia fantasi..tapi..ianya adalah bertujuan untuk memberi suntikan semangat. Ya.. SEMANGAT!! Namun, ianya bukannya semangat racisme yang ditimbulkan oleh dasar ‘pecah dan perintah’ penjajah, bukan jua semangat nationalisme yang dilaungkan oleh Kamal Attarturk Laknatullah, apa lagi semangat secularisme yang dijuangkan pendokong-pendokong S.I.S (Sister in Islam) yang ternyata dijauhkan daripada nurullah. Akan tetapi, ianya adalah SEMANGAT KEINSAFAN yang melahirkan SEMANGAT KESEDARAN, lalu membenihkan SEMANGAT ILMUAN ke arah PERUBAHAN demi PENAMBAHBAIKAN.
Setujukah anda jika intuisiku katakan bahawa bangsa Melayu semakin ‘melayu’?! Buktinya.. cuba anda perhatikan kondisi Melayu sekarang, bandingkan pula dengan bangsa-bangsa yang lain, anda pasti tahu jawapannya, bukan?! Lihatlah generasi muda kita sekarang, bangsa mana yang paling banyak menyumbang ke arah gejala sosial? Tak perlulah berbahas tentang keterukkan yang berlaku. Cuma.. sedikit nasihat ingin dikongsi bersama bahawa ‘zon selesa’ pada usia muda bukanlah jaminan untuk kita mengecapi usia tua yang sempurna.
Apa yang pasti, janganlah jadikan nama Melayu sebagai alasan untuk kita terrus ‘melayu’. Belum tentu lagi jikalau bangsa kita diubah namanya menjadi ‘Menyegar’, ‘Menyerlah’ atau ‘Menyinar’, bangsa kita akan bertambah gah dan mantap! Ingatlah, jika sikap, mentality atau lifestyle masih lagi di takuk lama, maka hasilnya tetap juga sama.
Bangsa Melayu sebenarnya amat hebat. Sejarah banyak membuktikan kehebatan Melayu, menafikan ke’layu’an bangsa kita. Namun Melayu hari ini nampak gayanya semakin ‘melayu’ selayu-layunya.. semakin lemah tidak bermaya.. semakin senang dengan kehidupan sedia ada.. semakin malas untuk bersaing.. semakin luluh dengan kehidupan selesa, hingga akhirnya hanya tinggal RTM sahaja (bukan Radio Televisyen Malaysia tetapi Rehat, Tidur dan Makan). Bangkitlah bangsaku, bangkitlah dari lenamu!! Jangan biarkan dirimu dijajah semula!! Bukan penjajahan secara ‘luaran’ tetapi dalam bentuk pemikiran. Hayatilah sedalam-dalamnya bait-bait kata ini:
Bangkitlah negeriku,
Harapan itu masih ada,
Berjuanglah oh bangsaku,
Jalan itu masih terbentang..
(Harapan itu Masih Ada - Shoutul Harakah)
Islam Juga Semakin 'Melayu'?!
“Duhai Melayu, Usahlah ‘Melayu’!!” hanyalah pembuka bicara, pembuka pemikiran, pembuka kesedaran, terhadap penyumbang kepada permasalahan. Namun pengkhususan yang lebih utama adalah Umat Islam itu sendiri. Tidak kiralah siapa mereka. Apa yang penting, mereka yang mengaku TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Buktikanlah keyakinan kalimat tauhid itu, buktikan keyakinan kalian! Jika tadi perbandingan dari perspektif bangsa, mari kita lihat pula dalam aspek keyakinan agama.
Mengapa hari ini kita lihat keyakinan lebih dipraktikkan di kalangan mereka yang beragama lain sedangkan Islamlah agama keyakinan yang paling utama?! Betapa ramai kita melihat bukti ketidakyakinan umat Islam zaman ini terhadap agama mereka. Sungguh berbeza dengan agama atau puak yang lain, bukan?! Mengapa kita melihat sami Buddha lebih rela berpakaian yang amat sederhana yang hampir seperti pakaian ihram kaum muslimin yang mengerjakan haji, dengan hanya berselipar dan kekadang dengan berkaki ayam, sanggup berjalan merentasi segenap kota dan desa?! Betapa mereka sanggup melakukannya sehingga dicemuh dan dihina?! Itu semua adalah kerana ketabahan mereka yang dilakukan atas dasar keyakinan yang teguh terhadap pegangan agama!!
Namun, bagaimana pula dengan kaum muslimat hari ini?! Pakaian yang indah menutup aurat, dianggap kolot dan ketinggalan zaman, tidak mengikut peredaran fesyen sezaman, lalu berlakulah revolusi pakaian. Pakaian yang bahagian atasnya semakin menurun, manakala bahagian bawahnya pula semakin menaik ke atas dan semakin besar saiz badan, semakin kecil saiz baju yang dipakai. Lihatlah pula wanita-wanita di luar sana yang mempamerkan fesyen-fesyen rambut mereka dengan anggapan rambut adalah salah ‘mahkota’ wanita. Namun ingatlah, semua itu adalah aurat. Kecantikan rupa parasmu hanyalah tetamu yang bertandang beberapa hari sahaja pada usia muda. Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama, seandainya kejelitaan luaran yang diutamakan kalian semua.
Kemudian kita lihat pula kisah paderi yang dijumpai di tengah hutan Afrika dalam sebuah gereja usang. Sanggup menetap di sana semata-mata untuk menyebarkan dakyah Trinity. Sanggup berkorban apa sahaja demi menyebarkan agama yang dia yakini. Bahkan banyak lagi paderi-paderi yang rela masuk ke kampung-kampung mengharungi pelbagai kesusahan hidup, hanya demi menyebarkan keyakinan mereka. Tetap tabah dan sabar atas dasar keyakinan.
Keyakinan
Berbalik pula dengan kita semua, iaitu umat Islam. Di mana tahapan keyakinan kita terhadap satu-satunya agama yang diredhai-Nya?! Bagaimanakah pula keyakinan kita terhadap apa sahaja suruhan Sang Maha Pencipta?! Islam tidak pernah mengecewakan umatnya, tetapi umatnyalah yang selalu mengecewakan Islam.
Lihatlah sejarah perjuangan Sayyid Qutb (penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din). Bagaimana perjalanan beliau yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya sehingga gugur di tiang gantungan pada tanggal 20 Ogos 1966. Sayyid Qutb dikenali sebagai tokoh yang berjuang fi sabilillah, menyerahkan seluruh hidupnya kepada keyakinan dan akidahnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya sehingga sanggup melalui bertahun usia terakhir di penjara. Beliau tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.
Persoalannya, bagaimana pula dengan kita? Sudahkan kita MENANAMKAN KEYAKINAN DENGAN PASAKAN YANG MENDALAM DI HATI SANUBARI?! Sudahkah kita MENGELUARKAN WANGIAN KEYAKINAN DENGAN ‘AMAL PERBUATAN?! Sudahkah kita BUKTIKAN KEYAKINAN KITA DENGAN PERLAKSAAN SEGALA APA YANG DIPERINTAHKAN?! Marilah kita tingkatkan keyakinan yang makin merapuh dalam diri, sebelum ia terus merapuh hingga hilang ditelan tipuan dunia dan syaitan durjana.
Jika kita lihat anak muda yang sedang bercinta, betapa yakinnya mereka dengan pasangan mereka, sanggup berkorban apa sahaja. Jikalau bermesej sehingga hilang tulisan nombor di keypad handset. Bagi yang bercinta di bangku sekolah pula, apabila handset dirampas, sanggup cepat-cepat membeli yang baru agar hubungan terus terjalin. Bagi yang advance, ‘projek’ terus dilakukan tak kira masa di mana jua. Inilah akibatnya bila keyakinan terhadap hukum Allah telah hilang sepenuhnya. Bagaimana nak tertegaknya hukum Islam, jikalau Islam belum lagi tertegak di hati umat Islam itu sendiri. ISLAM TIDAK AKAN ADA MAKNANYA TANPA KEYAKINAN. Sedarlah, DA’WAH ADALAH UBAT KEPADA PENYAKIT UMAT. Kita harus Islamkan dahulu umat islam yang ada.
"Jihad yang utama adalah mengislamkan orang Islam"
(Prof. Dr Yusor Qaradhawi)
Bersambung…
No comments:
Post a Comment