Wednesday, July 27, 2011

Antara Padi dan Lalang..


    Padi adalah sejenis tumbuhan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada manusia. Daripada padilah kita mendapat sumber makanan iaitu beras. Lalang pula juga sejenis tumbuhan yang juga berguna kepada manusia.
    Padi menjadi perumpamaan oleh orang-orang dahulu kepada orang yang berilmu. Seperti mana kita dapat lihat, padi setelah berbunga dan berisi, ia semakin tunduk, semakin banyak isi semakin tunduk. Begitu juga dengan orang yang berilmu, semakin berilmu semakin tunduk. Itulah orang yang kenal diri dan tahu akan tahap dirinya.
    Lalang pula sebagai contoh yang masih mencari dan kurang ilmunya. Tapi semakin hari semakin meninggi lalang itu walaupun kosong tidak berisi. Begitu juga dengan orang yang ego dan sombong, walaupun sedikit ilmu dan pengetahuan, mereka mengangkat diri seperti semuanya dia tahu, orang lain tak tahu apa pun. Tetapi lalang juga ada gunanya, kepada mereka yang bekerja ambil upah memotong dan menebas lalang, lalang sebagai satu sumber rezeki mereka.
    Jadilah padi yang berisi, jangan jadi lalang yang mendongak tinggi. Cari lah ilmu supaya hari esok lebih bermakna dan bertujuan. Ingatlah hala tuju dan janji-janji kita. Ini juga peringatan untuk diri saya yang masih mencari-cari dan masih merangkak dalam kehidupan yang begitu luas dan penuh rahsia.

No comments: