Sunday, December 25, 2011

Coretan Anak Jalanan di Tengah Malam..^_^


Zaman bertukar tahun berubah,
belum tentu diri kita sudah berubah,
adakah iman kita semakin bertambah?
atau semakin luntur tidak bercambah?
nak berubah bukan satu perkara yang mudah,
perlu lawan nafsu ammarah,
ajar diri supaya tabah,
moga dapat terus istiqamah,
kerana itu yang paling payah,
memang perlu bersusah-susah,
nak berubah bukannya mudah,
kena jauh sifat mazmumah,
patuh dan taat perintah Allah,
hiasi diri dengan sunnah,
sentiasa ikhlaskan hati untuk beribadah,
konsep hari ini lebih baik daripada semalam gunakanlah,
ayuh sahabat jom kita berubah.

Diri ini bukanlah seorang yang baik,
tetapi sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik,
sebab Allah jadikan kita ciptaan yang terbaik,
malah jadi ummah yang terbaik,
memang banyak dosa kalau fikirkan balik,
tak boleh nak putar masa balik,
Allah sayangkan kita nasib baik,
Dia beri peluang taubat sebagai jalan yang terbaik.

Kita harus sedar wahai saudara,
hidup ini cuma sementara,
nikmat yang dikecapi tak kekal lama,
akan hancur nanti satu ketika,
jangan ada rancangan untuk hidup sahaja,
mesti ada rancangan untuk mati juga,
untuk hidup selama-lamanya di syurga.

Sedikit coretan intuisiku pada hari ini,
memang nukilan intuisiku sendiri,
tak tiru tak copy,
memang tulus daripada hati,
bukan untuk poyo atau meninggi diri,
mungkin ini kelebihan yang Allah kasi,
nak kongsi bagi siapa yang sudi,
semoga ada manfaatnya di sini,
boleh jadi bekalan nak bawa mati.





Ilham Cipta;

faizalMS,
UIAM (Kuantan),
25.12.11 (3.20 am).

No comments: