Saturday, January 21, 2012
Saturday, January 14, 2012
Metafora
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
Munsyid : Nice
Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naďf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naďf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri
Friday, January 06, 2012
Kisah Benar: Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Intuisiku percaya saat dan ketika ini orang sedang rancak bercerita kisah sensasi tentang UAI. Tidak kiralah dari sudut belah sana atau belah sini. Dari sudut menyokong atau menentang. Tetapi pokoknya, orang akan tetap bercerita kerana ada isu. Isu yang timbul dari omong kosong tanpa bukti. Isu yang semata-mata cerita kontroversi, tidak lebih dari itu.
Dan intuisiku kira, sebelum keadaan pergi lebih jauh, baik kita faham betul-betul cerita sebenar tentang UAI ni.
Apa cerita sebenarnya?
Mudah saja. Beliau adalah seorang ulamak. Seorang tok guru. Seorang ustaz. Tugas yang sedang beliau buat pula adalah mengajar orang ramai tentang ilmu agama, baik dari segi feqah mahupun akidah. Dan, method atau uslub yg dia gunakan pula adalah pertengahan dan bersesuaian dengan kefahaman orang awam. Dan perlu diingat bahawa ia MUNGKIN sekali tidak sesuai utk perbincangan ahli ilmu dan bijak pandai - yang mahukan perbahasan mendalam lagi terperinci ttg sesuatu hukum.
Beliau juga mempunyai cara tersendiri dalam berdakwah. Siapa sangka, beliau yang mula-mula dulu dilihat sebagai 'ustaz kampung' dan sekali pandang macam 'orang tabligh', akhirnya hari ini merupakan IKON kepada ANAK MUDA? Siapa sangka beliau yang istiqamah dgn jubah dan kopiah itu BOLEH DITERIMA oleh orang muda? Tetapi beliau membuktikan demikian. Nak katakan pendapat-pendapat beliau 'sangat terbuka', tidak. Dia tegas dan adakala keras. Tetapi terbukti beliau diterima.
Kemuncaknya, gelombang yang UAI bawa boleh dilihat di mana-mana sahaja beliau pergi. Maka, adalah pihak yang tidak berpuas hati dan tak senang duduk dengan fenomena tersebut. Sebab apa tak senang hati dan tak senang duduk?! Ada beberapa sebab ; antaranya mungkin tak puas hati kenapa golongan ulamak boleh tarik anak muda. atau, tak puas hati kerana dilihat pro pembangkang. atau, tak senang duduk kerana masyarakat mula celik agama. atau, tak senang duduk kerana pendekatan gaya bahasa atau cara memberi hukum yang digunapakai.
Dalam banyak-banyak sebab, sebab terakhir tu mungkin boleh diconsider. tapi timbul pula persoalan, KALAU CARA ATAU PENDEKATAN YANG DIGUNAPAKAI TAK BAGUS, ATAU ADA CARA DAN PENDEKATAN LAIN YANG LEBIH BAGUS, KENAPA PULA BERJAYA MERAIH SASARAN MAD'U YANG BESAR?! Method ini pelbagai. Kita tak boleh nak cakap method kita yang paling bagus utuk berdakwah. Tapi kalau UAI berjaya buktikan method beliau diterima sasaran dengan baik, maka janganlah pula ada pihak yang mendengki. Sama-samalah kita support dan pelbagaikan alternatif dakwah demi manfaat ummah, bukan bertelingkah sesama kita.
Nak tulis panjang-panjang pun tak guna juga, sebab tidak ada isu pun sebenarnya. Cuma sekadar nak ajak balik kita kembali kepada cerita sebenar. Iaitulah anak muda yang semakin berminat mendampingi ulamak.Anak muda yang semakin ghairah bertanyakan hukum hakam agama. Anak muda yang semakin ingin celik dengan Islam. Biarlah ustaz azhar idrus dengan caranya. dan orang lain berdakwah dengan cara mereka. Tidak wajib pendakwah satu malaysia kena ikut cara UAI. Ikutlah cara masing-masing, tetapi USAHLAH DICERCA SESAMA SENDIRI KERANA AKHIRNYA MASYARAKAT AKAN PENING.
Buat akhirnya, nak quote komen ringkas ustaz azhar idrus ; “Pandang terus ke depan. Perjalanan dakwah masih terbentang jauh.”
~Teruslah belajar dan mengaji ilmu agama, dan teruslah menyayangi ulamak. Kerna mereka adalah pewaris pada Nabi ~ ^_^
Sunday, January 01, 2012
Tahun Baru?! Azam Baru ?! Atau Hanya Ikutan Semata-mata?!
Bagaimana bisa kusimpulkan tajuk di atas dengan begitu total?! Baiklah.. Intuisiku mengaku tiada satu azam pun yang dipersiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, Intuisiku berkongsi rasa ruginya Intuisiku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang, bersama sebilangan teman alamaya Intuisiku melalui suatu survey atau culaan di minggu yang lalu.
Mengejutkan!! Berani Intuisiku nyatakan angka ini, 98% daripadanya adalah sama seperti Intuisiku juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas mahjong lalu ditampal di dalam kamar). Dari semua maklum balas, rata-rata dapat disimpulkan bahawa:
1. Percayakah kalian, sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata?! Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu lakukan nanti walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. ORANG MEMASANG AZAM, KITA JUGA MAHU. LANTAS SEMUA YANG DIUCAP ITU BERBENTUK MIMPI DI SIANG HARI.
2. Esok biar lebih baik dari hari ini. Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimain kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang.
3. Kategorikan azam mengikut tingkat. Bermisi jangka pendek dan panjang bukan petanda seseorang itu teliti yang melampau. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Sebagai contoh, merancang berumah tangga sebelum umur menjejak 25. Telitikah si perancang?! Hehe
4. Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri. Maka hasilnya, bertandanglah rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam sebelum tiba waktunya. Oh, apa yang perlu dirisau, buku tiga lima kan ada. Balance azam tahun lalu masih boleh dibawa ke tahun depan, bukan?! Tapi, JANGAN PULA SEWENANGNYA MEMASANG RIBA’ YANG BERBENTUK HUKUMAN PADA DIRI SENDIRI, KELAK AZAM ITU BERSTATUS HUTANG LAPUK PULA.
5. Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal upaya diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan dilupa. Mengatasi kelemahan diri itu suatu jihad. CUMANYA SASARAN ITU JANGAN DIPISAHKAN SEJAUH BULAN DENGAN BUMI. Kita kan punya akal yang bijak bestari.
p/s: Idea menulis entri kali ini, 100% bukan Intuisiku. Segalanya Intuisiku simpulkan menjadi satu dari para teman alamaya Intusiku yang sudi memberi respon terhadap survey tempoh hari. Sebentar, biar kuangkat topik ini sebagai tanda hormat, dan terima kasih. Selamat Tahun Baru 2012. Isilah cuti tahun baru dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berguna..Semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun semalam..^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)