Friday, January 06, 2012

Kisah Benar: Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Intuisiku percaya saat dan ketika ini orang sedang rancak bercerita kisah sensasi tentang UAI. Tidak kiralah dari sudut belah sana atau belah sini. Dari sudut menyokong atau menentang. Tetapi pokoknya, orang akan tetap bercerita kerana ada isu. Isu yang timbul dari omong kosong tanpa bukti. Isu yang semata-mata cerita kontroversi, tidak lebih dari itu.

Dan intuisiku kira, sebelum keadaan pergi lebih jauh, baik kita faham betul-betul cerita sebenar tentang UAI ni.

Apa cerita sebenarnya?

Mudah saja. Beliau adalah seorang ulamak. Seorang tok guru. Seorang ustaz. Tugas yang sedang beliau buat pula adalah mengajar orang ramai tentang ilmu agama, baik dari segi feqah mahupun akidah. Dan, method atau uslub yg dia gunakan pula adalah pertengahan dan bersesuaian dengan kefahaman orang awam. Dan perlu diingat bahawa ia MUNGKIN sekali tidak sesuai utk perbincangan ahli ilmu dan bijak pandai - yang mahukan perbahasan mendalam lagi terperinci ttg sesuatu hukum.

Beliau juga mempunyai cara tersendiri dalam berdakwah. Siapa sangka, beliau yang mula-mula dulu dilihat sebagai 'ustaz kampung' dan sekali pandang macam 'orang tabligh', akhirnya hari ini merupakan IKON kepada ANAK MUDA? Siapa sangka beliau yang istiqamah dgn jubah dan kopiah itu BOLEH DITERIMA oleh orang muda? Tetapi beliau membuktikan demikian. Nak katakan pendapat-pendapat beliau 'sangat terbuka', tidak. Dia tegas dan adakala keras. Tetapi terbukti beliau diterima.

Kemuncaknya, gelombang yang UAI bawa boleh dilihat di mana-mana sahaja beliau pergi. Maka, adalah pihak yang tidak berpuas hati dan tak senang duduk dengan fenomena tersebut. Sebab apa tak senang hati dan tak senang duduk?! Ada beberapa sebab ; antaranya mungkin tak puas hati kenapa golongan ulamak boleh tarik anak muda. atau, tak puas hati kerana dilihat pro pembangkang. atau, tak senang duduk kerana masyarakat mula celik agama. atau, tak senang duduk kerana pendekatan gaya bahasa atau cara memberi hukum yang digunapakai.

Dalam banyak-banyak sebab, sebab terakhir tu mungkin boleh diconsider. tapi timbul pula persoalan, KALAU CARA ATAU PENDEKATAN YANG DIGUNAPAKAI TAK BAGUS, ATAU ADA CARA DAN PENDEKATAN LAIN YANG LEBIH BAGUS, KENAPA PULA BERJAYA MERAIH SASARAN MAD'U YANG BESAR?! Method ini pelbagai. Kita tak boleh nak cakap method kita yang paling bagus utuk berdakwah. Tapi kalau UAI berjaya buktikan method beliau diterima sasaran dengan baik, maka janganlah pula ada pihak yang mendengki. Sama-samalah kita support dan pelbagaikan alternatif dakwah demi manfaat ummah, bukan bertelingkah sesama kita.

Nak tulis panjang-panjang pun tak guna juga, sebab tidak ada isu pun sebenarnya. Cuma sekadar nak ajak balik kita kembali kepada cerita sebenar. Iaitulah anak muda yang semakin berminat mendampingi ulamak.Anak muda yang semakin ghairah bertanyakan hukum hakam agama. Anak muda yang semakin ingin celik dengan Islam. Biarlah ustaz azhar idrus dengan caranya. dan orang lain berdakwah dengan cara mereka. Tidak wajib pendakwah satu malaysia kena ikut cara UAI. Ikutlah cara masing-masing, tetapi USAHLAH DICERCA SESAMA SENDIRI KERANA AKHIRNYA MASYARAKAT AKAN PENING.

Buat akhirnya, nak quote komen ringkas ustaz azhar idrus ; “Pandang terus ke depan. Perjalanan dakwah masih terbentang jauh.”




~Teruslah belajar dan mengaji ilmu agama, dan teruslah menyayangi ulamak. Kerna mereka adalah pewaris pada Nabi ~ ^_^

5 comments:

Sebiru Hari Ini© said...

Berbagai2 fitnah yg UAI terpaksa hadapi.. Dunia sekarang, mereka yang memartabatkan ISLAM dicerca..

faizalMS said...

yup, setuju dgn anda.bak kata hijjaz dalam nasyid 'sunnah orang berjuang'; "berjuang memang pahit kerana syurga itu manis"..=)

Anonymous said...

teruskan prjugn ustaz..insylahh dprmdh sgla urusan..
aminn..:-)

astalavista6048 said...

i TOTALLY like- i copy...:)

faizalMS said...

sila-sila..=)