Bila kita
beri orang hadiah dengan harapan orang itu akan memberi semula, tup-tup orang
itu tak beri apa-apapun pada kita, mesti kita akan rasa sakit hati, geram,
terguris, terhina, dan macam-macam lagi perasaan negatif yang akhirnya akan
buat kita rasa serabut. "Confirm aku takkan bagi apa-apa dah dekat engkau
lepas ni. Lantak lar!" kata kita.
Tapi bila
kita memberi kepada orang dengan ikhlas, tanpa mengharapkan apa-apa balasan,
walau sekadar ucapan terima kasih sekalipun daripadanya, kita tetap akan rasa
besar hati, seronok, gembira, tenang, berbaloi dan kita akan rasa seolah-olah
kita sudah membuat suatu kerja yang begitu besar sekali. Alah, kengkonon rasa
macam “superhero” gitu. Hee..
Samalah
juga halnya apabila kita memberi kepada Allah. Dengan mengingati Allah, hati
kita akan menjadi tenang, itu firman-Nya sendiri. Tapi, kenapa walau sudah
banyak kita memberi kepada-Nya, jutaan zikir sudah kita lantunkan, hitam sudah
dahi kita bersujud di tikar sejadah dan serak sudah suara kita membaca
ayat-ayat-Nya, kenapa hati kita masih jua berserabut?! Kenapa jiwa kita masih
jua tidak mahu tenang?! Kenapa kita masih bermasalah?!
Kerana
niat kita memberi itu salah. Kita berzikir, membaca al-Quran, bersolat dan
berdoa, adalah dengan harapan kita ingin masalah kita diselesaikan. Kita tidak
ikhlas melakukannya kerana Allah. Kita mengingati Allah hanyalah sewaktu kita
sedang ditimpa masalah. Adakah kita berzikir, membaca al-Quran, bersolat dan
berdoa sewaktu kita sedang berada di dalam keadaan yang senang dan gembira?
Kalaulah
ada kawan kita ni, jenis yang datang cari kita hanya waktu dia susah je, tapi
waktu dia senang, usahkan batang hidung, baying pun langsung tak Nampak..
agak-agak kita nak tolong dia terus ke, ataupun bagi pelangkung dulu sedas dua,
lepas tu baru kita tolong dia?!
Tepuk dada,
tanya iman..~
Senyum..^_^v
No comments:
Post a Comment