Sunday, November 24, 2013

Keputusan Penuh Pemilihan Muktamar PAS Pusat Ke-59





Presiden:
Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden:

Haji Mohamad Sabu

Naib Presiden: (Pengiraan Semula)

1) Hj Salahuddin Ayub (917)
2) Dato Hj Tuan Ibrahim Tuan Man. (849)
3) Dato Hj Husam Musa (520)

AJK PAS Pusat:


1. YB Ustaz Idris Ahmad
2. YB Kamarudin Jaafar
3. YB Khalid Samad
4. Mazlan Aliman
5. YB Hanipa Maidin
6. YB Dr Mohd Hatta Mohd Ramli
7. YB Ir Nizar Jamaluddin
8. YB Dr Mujahid Yusof
9. YB Ustaz Nasruddin Hassan
10. YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
11. Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh
12. YB Dr Siti Mariah
13. YB Dr Syed Azman
14. YB Amiruddin Hamzah
15. Dr Dzulkifli Ahmad
16. Ustaz Dr Riduan Mohd Nor
17. Ustazah Nuridah Salleh
18. Dato Dr Mahfodz Mohamed



Jawatan Lantikan:

1. Setiausaha Agung  - Dato’ Hj Mustafa Ali
2. Bendahari - YAB Dato Ahmad Yaakob
3. Ketua Penerangan - YB Dato’ Mahfuz Omar
4. Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat – YB Dr Mohd Hatta Ramli

Persuruhjaya PAS Negeri/ Wilayah:


1. Kelantan - YAB Dato Ahmad Yaakob
2. Terengganu - YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
3. Pahang – Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
4. Johor - YB Tn. Hj Aminulhuda Hassan
5. Melaka – Sdr Adly Zahari
6. Negeri Sembilan - Sdr Mohd Taufek Abdul Ghani
7. Selangor - YB Iskandar Abdul Samad
8. Perak - Tn Hj Razman b. Zakaria
9. Kedah - YB Dato’ Mahfuz Omar
10. Perlis - YB Mohd Shukri bin Ramli
11. W Persekutuan – Tn. Hj Mohammad Noor Mohammad
12. Sabah - Sdr Mohd Aminuddin Aling
13. Sarawak – Tn. Haji Adam Ahid

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang Dilantik:

1. YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah
2. Dato’ Abu Bakar Chik
3. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos
4. Tn. Hj. Mohd Hussin
5. Tn. Haji Asmuni Awi
6. Zulkiflee Mohd Omar
7. Dr Muhaimin Sulam



Dewan Muslimat Pas Pusat

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Siti Zailah Muhd Yusoff

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Dr. Siti Mariah Mahmud

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Mumtaz Md. Nawi

Ahli Jawatankuasa Kerja DMPP

1. Aida Yusof Rawa
2. Aiman Athirah
3. Dr. Asiah Ali
4. Dr. Halimah Ali
5. Khairiah Mohammad
6. Normala Sudirman
7. Wan Ubaidah Wan Omar
8. Mastura Mohammad
9. Siti Aisyah Ghazali
10. Azizah Khatib Mat
11. Wan Hasrina Wan Hassan
12. Kartini Ahmad

Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Sdr. Suhaizan Kaiat

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ust. Muhammad Khalil Abdul Hadi

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ir. Khairil Nizam Khirudin

Ahli-ahli Jawatankuasa DPP:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden
3. Ahmad Fadhli Shaari
4. Syahir Sulaiman
5. Abang Ahmad Kerdee
6. Zaharudin Muhammad
7. Ahmad Yahya
8. Wan Faizul Salleh
9. Fadhli Ghani
10. Zawawi Hassan
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff
12. Mohd Sany Hamzan
 


Nota Kaki

Segala perancangan dan gerak kerja yang dirangkumkan dalam "Rahmat Untuk Semua".

Yang dipilih, amanah besar menanti di hadapan untuk dilaksanakan dan juga kelak dihitungkan.

Yang tidak dipilih, amanah besar juga menanti pada kadar dan keadaan masing-masing.

Sesungguhnya gerak kerja Islam itu tidak bergantung pada Jawatan dan Pangkat, itu hanya sebagai pemudah arahan dan gerak kerja sahaja. Allah tidak tanya jawatan apa yang kamu sandang, tetapi yang disoal apa yang kamu buat?

'Rahmat Untuk Semua' adalah satu tanggungjawab yang besar dan berat. Ini adalah penyambung kepada legasi tarbiah, dakwah dan siasah Rasulullah SAW, yang telah dibawa dengan jayanya oleh golongan-golongan yang terdahulu.

'Rahmat Untuk Semua' adalah satu komitmen dan keyakinan bahawa PAS telah bersedia untuk memimpin. Satu keyakinan yang jitu bahawa saat kemenangan Islam itu semakin hampir.

Tahniah buat semua Barisan Kepimpinan PAS 2013-2015 di semua peringkat. Ingatlah, amanah jawatan ini adalah satu hitungan yang berat di akhirat kelak.

AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!



p/s: Setelah berakhirnya Muktamar PAS ini, kita akan disajikan dengan pelbagai analisis oleh pelbagai pihak. Pasti ada positif dan ada yang negatif. Dan apa yang pasti, lidah-lidah rasmi lawan juga akan 'gatal tangan' dan 'gatal otak' untuk membuat analisis mereka.

Apa yang ingin ‘intuisiku’ sarankan, janganlah kita mudah terpedaya dengan analisis-analisis dari lawan. Pasti dalam analisis mereka itu nanti ada 'jarum-jarum' yang tersembunyi untuk mencucuk keyakinan kita semua.

Seruan ‘intuisiku’, segala apa yang telah diputuskan sepanjang muktamar ini perlulah didokongi, disokongi, dihayati dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua ahli. Bukan mudah untuk melaksanakan agenda "Rahmat Untuk Semua".

Di sana ada arahan dan saranan untuk semua peringkat jentera Jemaah. Masing-masing perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh peranan mereka. Ingat, kerja kita kerja jamaie. Yang berat sama dipikul, yang susah sama-sama dipermudahkan, yang kurang sama-sama ditampung, yang lemah sama-sama dikuatkan, yang kuat sama-sama pertahankan.

Friday, November 15, 2013

Kisah Pesakit, Abang Missy Dan Ingat Mati..


Pesakit: Abang Missy, best ke bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?

Abang Missy: Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa.

Pesakit: Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?

Abang Missy: Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.

Pesakit: Wah, apa dia tu?!

Abang Missy: Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.

Pesakit: Hm…Apa dia?

Abang Missy: Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar..
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah...

Pesakit: (menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...

Abang Missy tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.




p/s: Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca al-Quran ketika sihat dan berpeluang?

Wajah-wajah gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Anda yang sihat yang membaca catatan ini, belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka?

Mulakan atau kesal, kesal dan kesal di penghujung nyawa...


Senyum.. =)



::al-Mulk               ::al-Kahf

Tuesday, November 12, 2013

Pasaraya RM2 Vs Pasaraya Pahala.. ^_^v



Ada satu pasaraya baru dibuka di area Pasir Tumbuh, semua barangan dijual dengan harga RM2, dari pagi sampai ke malam pengunjung tidak putus-putus membeli dan memborong. Q pula di kaunter agak panjang.. maklumlah harga rendah, jarang dijumpai.

Besok dan lusa pula, pasaraya pahala dibuka dengan harga yang begitu istimewa. Puasa 10 Muharram yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dengan pengampunan dosa setahun yang sudah berlalu. Sekalipun yang termaktub di dalam Sunnah ialah puasa hanya pada 10 Muharram, tetapi Rasulullah SAW telah berazam untuk mulakan puasa bermula dari 9 Muharram di akhir hayatnya namun baginda tidak sempat melakukannya. Lantas para ulama membuat kesimpulan bahawa puasa yang terbaik pada hari asyura ialah :

1. Puasa 9, 10 dan 11 Muharram
2. Puasa 9 dan 10 Muharram
3. Puasa 10 Muharram sahaja

Jika pasaraya RM2 diserbu daripada pagi sampai ke petang, alangkah baiknya kita pula menyerbu pasaraya pahala. Jom mulakan puasa esok Rabu 9 Muharram 1435H!

Senyum.. =)

Friday, November 08, 2013

Hari Ini 1 Muharam 1435H..~


Hari ini 1 Muharam 1435H..Ada 3 berita yang menarik perhatian pada hari ini. Ia bersifat antarabangsa, nasional dan kampus.

Dr Mohammad Mursi dibicarakan di mahkamah tentera atas kesalahan yang direka-reka oleh pihak pendakwa, PRK Dun Sungai Limau yang sudah diumumkan pemenangnya, dan beberapa tindakan 'pelik' yang dilakukan oleh pihak pentadbiran UIAM pasca PRK.

Sungguh, pertembungan akan sentiasa berlaku antara 'hitam' dan 'putih'. Ia adalah sunnah alam. Cuma, bentuk pertembungan yang mungkin berbeza mengikut masa, tempat, keadaan dan zaman. Natijahnya juga mungkin berbeza mengikut ketentuan ilahi, sebagai peringatan, muhasabah, hadiah dan ujian untuk orang Mukmin.

Semoga kita sentiasa berada di atas garisan 'putih' dan terus memperjuangkannya walaupun ketika berada di atas puncak yang tinggi mahupun terperosok ke bawah gaung yang sangat dalam.

Senyum.. =) 


Petikan: Abdul Rahman Al-Azmi