Tuesday, November 12, 2013

Pasaraya RM2 Vs Pasaraya Pahala.. ^_^v



Ada satu pasaraya baru dibuka di area Pasir Tumbuh, semua barangan dijual dengan harga RM2, dari pagi sampai ke malam pengunjung tidak putus-putus membeli dan memborong. Q pula di kaunter agak panjang.. maklumlah harga rendah, jarang dijumpai.

Besok dan lusa pula, pasaraya pahala dibuka dengan harga yang begitu istimewa. Puasa 10 Muharram yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dengan pengampunan dosa setahun yang sudah berlalu. Sekalipun yang termaktub di dalam Sunnah ialah puasa hanya pada 10 Muharram, tetapi Rasulullah SAW telah berazam untuk mulakan puasa bermula dari 9 Muharram di akhir hayatnya namun baginda tidak sempat melakukannya. Lantas para ulama membuat kesimpulan bahawa puasa yang terbaik pada hari asyura ialah :

1. Puasa 9, 10 dan 11 Muharram
2. Puasa 9 dan 10 Muharram
3. Puasa 10 Muharram sahaja

Jika pasaraya RM2 diserbu daripada pagi sampai ke petang, alangkah baiknya kita pula menyerbu pasaraya pahala. Jom mulakan puasa esok Rabu 9 Muharram 1435H!

Senyum.. =)

No comments: