Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud cinta dan kini tenang menjamah makanan sahur yang menyelerakan…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin
kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang
tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari
puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si
suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan anak
beranak demi nikmat berugama untuk diri dan ummat akan datang..…
Dalam
kemeriahan kita berbuka puasa pula, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu
selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah
mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Barangkali
kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta
kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang
anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami
di sisi kerana suaminya sedang berkorban demi mencari nikmat berugama untuk
diri dan ummat akan datang..…
Hari
ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang
lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik
semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air
mata dan darah para kekasih Allah…
Mungkin
kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak sehingga mati kerana ugama ini,
atau keluarga Yassir yang turut mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di
gergaji sehingga terbelah dua atau juga Nabi Yahya a,s yang di pancung
kepalanya, semuanya telah terkorban demi kerana ugama!
Sesungguhnya,
demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan terus terkorban dan
di korbankan....
Dalam
kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap
rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hayat hidupnya di
seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar
raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...
Tak
lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan
menyelerakan, daging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin
Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api
sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya demi kerana
ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan
datang...
Dalam
kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang
merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak
terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Izinkan
untuk aku terus titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita
kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama untuk diri dan ummat akan
datang..…
Pada
suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang
sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai
seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa
Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...
Nabi
menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu..,
tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau
syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..
Si
anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru
berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana
agama Allah.
Malahan
si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan
bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.
Allah
jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..
Setelah
beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam
dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang
berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik
tentera islam.
Di
sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam
suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak
sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang,
Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya
baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah
ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.
Debu
debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan
wajah unta yang setia.
Dan
debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah
bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si
anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam. Bapa
mana yang tidak rindu pada anaknya? Anak mana yang tidak gembira bertemu
bapanya? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil
menangis kesyukuran..
Memuji
Nikmat Allah..
Tidak
lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang
tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang
terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri
sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh
mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak
datang-datang!. Tidak kunjung tiba!
Ke
mana ayah pergi?
Kenapa
masih belum pulang?
Dalam
debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke
arah Basyir bin Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu
si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun
lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .
Lantas
Basyir bertanya:
“Mana
ayah ku?”
Lalu
Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si
Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana
ayah ku?”.
Sekali
lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan
kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus
asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana
ayah ku?”.
Lalu
Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan
baginda mengusap rambut Basyir....
“Anak..,
Ayah mu telah syahid.”
Air
mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya
sudah lama lenyap di telan bumi....
Lantas
Nabi memujuk: “Mahukah kamu aku menjadi ayahmu? Aisyah menjadi ibumu, dan
Fatimah menjadi kakakmu?”...
Dalam
kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta
rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat
berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah
para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah
dengan darah..
Di sini
juga biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan
serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang
beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah
satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak
cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair
kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak
orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang
bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan
penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau
telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat
melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud
dan miskin.
Di
hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke
dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera..,
dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di
tutup dengan daun-daun Izkhar..
Dalam
hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang
merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak
terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Dan
ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu
tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang
kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. Namun, Bila
terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi
bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan
menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi
si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah
tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah
mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di
korbankan di jalan Allah.!”
Dalam
kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah more sejurus lepas
solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak
terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Seorang
sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang Raja kafir telah
menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis
kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak
bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!
"
“Dalam
keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling
bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini,
sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah
para kekasih Allah…
Mungkin
kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar
dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi
sudah kotor, kerana di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang, di
simbah sampah dan di baling batu serta najis..,
Dari
celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang
tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun
sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda
dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan
sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..
Namun
hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu
hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara
langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan
seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di
baling batu...
Kemuncak
penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya
telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang
sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di
badan ayahnya..
Hati
mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah
menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda
bertanya: kenapa menangis?
Dengan
air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:
“Aku
menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi
menjawab...
“Janganlah
kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan
pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar,
dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti
tersebarnya malam…”
Maka
kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau
kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu
hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu
berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan
ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu rumahmu dan pintu
hatimu.., kerana mereka hakikatnya sedang menzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.
Ziarah
mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata
kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah
arashy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka
lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan
menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil
baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan kesemua wanita akhil baligh dapat
menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian,
anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah
suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan
cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...
Sesengguhnya,
Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang
merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung
banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…
Selamat
menyambut Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..
Maaf
Zahir dan batin.
Sekian.:’)
Karya
Asal: HAMKA (Kereta Mayat)
No comments:
Post a Comment