30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bil air Rm30.00,
bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bil elektrik Rm170.00 ,
ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan
Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja
sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik
kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan
"Ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur banyak dah
habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam ni sebab I tak laratlah nak
masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?” Suami mengangguk lemah
terpaksa setuju demi anak dan isteri.
Sampai di rumah disambut pulak dengan
anak yang bongsu "Ayah cikgu adik cakap, ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk
beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk "Mintak kat
ayah..ayah baru dapat gaji..”, sambil anak yang sulung pula mencelah .."Ayah
kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak
peperiksaan ni”.. Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan
anak sulung ..
Kemudian bila selepas Maghrib
berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan
sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan
makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu
langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering
dan Rm 50.00 untuk barang basah..
Setelah semuanya selesai pulanglah
keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi
tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang
terkebil-kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja
dapat gaji tadi..
Keesokkannya pagi Sabtu, isteri suruh
si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi... Suami pun pergilah beli dengan
modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. Manakala menjelang petang si isteri dan
anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam
minggu.. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri
dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
Sesampai di jalan TAR si isteri
berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 minta dibelikan.. Suami pun
keluarkan duit bayar.. Kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak
kanak pula nampak baju tidur anak anak yang berharga Rm15.00 sehelai.. Isteri
pun selamba kata; "Bang, baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan
diorg yg baru ni. Murah jer Rm15.00 hengget”... Suami keluarkan lagi Rm30.00
untuk baju tidur anak-anak.
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan mlm... Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi.. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.
Esok hari Ahad...isteri suruh pergi
kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi
lemak sebagai sarapan pagi... Suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk
suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00.. Malamnya pula beri pada
isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada
isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samada sampai atau tidak. Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung.. Suami katakan tiada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis "Kalau ajak balik kampung saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang... nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu.... Uaaaaa Uaaaaa.. isteri ku sayang.
Begitulah realiti kehidupan seorang
suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah
kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time
nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah
anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami
tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab
suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tolong
bayarkan duit baby sitter yang
sepatutnya tanggungjawab suami...
Kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka?
Senyum..=)