Saturday, August 30, 2014

Realiti Kehidupan..~




30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bil air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bil elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan "Ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?” Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu "Ayah cikgu adik cakap, ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk "Mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..”, sambil anak yang sulung pula mencelah .."Ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni”.. Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulung ..

Kemudian bila selepas Maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..


Keesokkannya pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi... Suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. Manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu.. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 minta dibelikan.. Suami pun keluarkan duit bayar.. Kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yang berharga Rm15.00 sehelai.. Isteri pun selamba kata; "Bang, baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni. Murah jer Rm15.00 hengget”... Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak-anak.


Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan mlm... Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi.. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi... Suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00.. Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...


Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samada sampai atau tidak. Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung.. Suami katakan tiada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis "Kalau ajak balik kampung saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang... nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu.... Uaaaaa Uaaaaa.. isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tolong bayarkan duit baby sitter yang sepatutnya tanggungjawab suami...


Kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka?

Senyum..=)

No comments: