Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika
tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih
bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika
tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia
dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika
tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika
tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka
kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika
tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka
kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Nota Siku
Terkadang terdetik di hati
mengapa doa kita untuk dimurahkan rezeki, dipermudahkan pekerjaan,
dipercepatkan jodoh, dianugerahkan zuriat dan apa sahaja yang kita inginkan
tidak dimakbulkan lagi atau ditanggungkan oleh Dia Sang Maha Pencipta..
Namun tanpa disedari, amalan kita
sehari-hari seperti melambat-lambatkan waktu solat, membayar hutang atau
memulangkan sesuatu yang dipinjam mungkin boleh menjadi sebahagian faktor yang
menyumbang ke arah lambatnya doa kita diperkenankan oleh-Nya..
Senyum..=)
No comments:
Post a Comment