Friday, July 03, 2009

Sudah Terhantuk, Baru Nak Terngadah?!

“Kalau aku dapat sape yang pow motor aku tu, aku cincang sampai lumat ‘makhluk’ tu!” Begitu luahan amarah seorang kenalanku, Mizi (bukan nama sebenar) sewaktu menelefonku semalam.

“Ai.. relax lar, bos. Takkan geram camtu sekali?!”

“Ye ar, motor tu motor baru tau! Baru je 2-3 bulan aku beli. Ngan hasil titik peluh aku lak tu! Aku bukan maen lagi duit JPA tu aku jimatkan semata-mata nak beli motor tu.. siap wat part-time lagi. Alik-alik kene pow, sape yang tak bengang?!

“Yela, takkan sampai lumat ko nak cincang ‘makhluk’ tu kot?!” selorohku.

“Aah.. aku tak kire. Kalo dapat ‘makhluk perosak’ tu.. siaplah dia!” balas Mizi tanpa segan-silu.

‘Tersenyum’ intuisiku pabila mendengar kata-katanya yang begitu marah meluap-luap. Mengapa tidak, sudah lama aku mengenalinya.. sejak di PLKN lagi. Masih segar dalam ingatanku ‘perdebatan’ kami semasa di Kelas Kenegaraan (KN),di Kem Sri Perkasa, 4 tahun yang lalu. Ketika itu dia begitu sinis dengan Hukum Hudud.

“Jikalau kita lihat, masalah social, perpecahan dan corruption di negara kita semakin berleluasa dan meruncing semenjak-dua menjak nie. Ada sesape nak komen tentang perkara nie tak?” soal cikgu KN ku.

“Saya rase, sebab kita tidak mempraktik dan menguatkuasakan hukum-hukum dan perlembagaan Islam cekgu,“ jawabku.

“Ai, bukan ke Negara kita nie officially Negara Islam,Islam Hadhari lagi tau! So apenye yang kurang?!” celah Mizi.

“Yela,negara kita name je Negara Islam tapi administration, ekonomi, dasar politik dan lai-lain sumenye bersasaskan sistem Kuffar Barat,” balasku.

“Aah.. kalau nk cedok sume ajaran dan perlembagaan Islam bulat-bulat, cane kita nak maju?! Ini tak boleh, itu tak boleh.. makin mundur lar bangsa dan negara kita!Bagi aku, ajaran dan perlembagaan Islam dah outdated dah. Tengok saje Hukum Hudud..” tambahnya lagi.

“Aik, kenapa dengan Hukum Hudud?!” Tanya kawan-kawan lain yang kehairanan.

“Aku rase, ayat Quran tentang Hudud perlu tafsiran semula. Realiti dunia berubah.”

Aku terdiam. Suasana dalam kelas KN juga turut membisu seketika. Tak tercapai akalku untuk meneka apa yang terlintas di fikiran mereka. Yang aku tahu, di jenak kepalaku pada masa itu asyik memikirkan bagaimana seorang yang begitu mentah (baru lepas SPM), begitu ‘arif’ dalam ilmu tafsir, walhal dia bukanlah berlatar belakang dan berpendidikan agama.

“Apsal lak camtu?! Syari’at itu sesuatu yang evergreen, sesuai fi kulli makaan wafi kulli zamaan,” balasku.

“Kejam sangat ar. Asal curi aje, kene potong tangan. So cane pencuri tue nak meneruskan kehidupan?! Lagipun, ustazah ####### ada cakap; klo kene potong tangan kanan, pencuri tue akan gune tangan kiri.. klo kedua-dua belah tangan kene potong, masih boleh gune kaki untuk mencuri. Habis tue, tak ke kesian tengok diorang?! Dah habit diorang cam tu,nak wat cane?!”

Begitulah besarnya simpati dia dan ustazah keparat (dulunya merupakan pendakwah bebas dan pensyarah tapi sekarang telah bergelar pegawai kanan kerajaan) itu terhadap pencuri.

Walaupun aku telah cuba sedaya upaya jelaskan bahawa sebagai hamba Sang Maha Pencipta, kita perlu patuh dengan segala yang diperintahkan-Nya.. namun dia tetap bertegas juga. Ketika diriku bermati-matian menyedarkan bahawa ilmu manusia yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas, dia membalasnya dengan berkata :

“Tuhan kan ada beri kita akal, jadi kita gunakanlah akal untuk hasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukum-Nya mengikut peredaan masa dan keadaan.”

Aku masih ingat juga bagaimana reaksinya ketika diriku menegaskan bahawa kitalah yang harus tunduk dengan menyesuaikan masa dan keadaan menurut hukum Allah dan bukannya hukum Allah yang patut diubah mengikut masa dan keadaan. Dia begitu berang. Ketika muzakarah itu hampir menjadi mujadalah dan ada riak-riak yang kami hendak berbalah, maka cikgu KN kami menukar topik perbincangan kami untuk meredakan keadaan. Terdetik intuisiku; mudah-mudahan saatnya tiba juga untuk dia memahami hakikat sebenarnya.

Ya, detik itulah yang tiba kini. Aku tidak akan lepaskan peluang keemasan ini untuk member penjelasan meskipun kekusutan itu telah 4 tahun.

“Ko dah berubah, Jie..” kataku tiba-tiba.

“Berubah?! Ape kehenye, yop?!”

“Yela, ko dah sokong Hudud sekarang,” tusukku tanpa berkias pujangga lagi.

Dia terdiam. Maybe fikiran dan ingatannya mula terusik oleh imbasan ‘muzakarah’ kami tentang Hudud 4 tahun yang lalu. Aku tidak gusar kalau dia menerima Hudud tapi sekadar berbeza pandangan tentang kaedah penjelasan dan proses perlaksanaannya (yang tentunya menagih hikmah dan tempoh masa), tapi dia menolak secara total. Itu yang bahaya.

“Tak simpati dengan pencuri motor ko?!”

“Bukan tak simpati tapi..”

“Tapi ape?! Geram? Marah? Ko terasa dizalimi, dikhianati bukan?”

Sebenarnya bukan sahaja diriku simpati, bahkan empati dengan kecurian motornya. Aku sendiri pernah kecurian handset – begitu bayak data, maklumat, gambar kenangan serta sms yang menjadi nostalgia hilang bersamanya. Aku dapat merasakan kegeramannya walaupun tidaklah sampai betekad untuk mencincang lumat si pencurinya.

“Hudud taklah sampai cincang lumat. Hanya setakat kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang begitu ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi sekadar mendidik pencuri dan menegakkan keadilan buat masyarakat.”

Bila terkena batang hidung sendiri, barulah ramai manusia yang sedar betapa relevannya hukum Sang Maha Bijaksana. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”

(al-Maa’idah : 45)

Mendengar dia tidak berkata apa-apa, aku menambah lagi;

“Jangan apabila hak Allah dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita yang jadi mangsa curi, rompak, ragut, zina dan rogol.. barulah kita jadi penyokong hukum Allah.”

5 comments:

SignsOfGod said...

Timing yang sangat sesuai! (",) Alhamdulillah

faizalMS said...

mksd akak?

As said...

dalam banyak2 sume betul
dan ayat last skali tu paling terkesan
haih kita manusia
sedeh ngan diri sendiri nih..
dan masyarakat
thanks adik :)

Unknown said...

salam ziarah, mantap post ni, memang sesuai untuk berhujah dengan orang yg selalu menggunakan dalil `aqli dan menolak dalil naqli..

faizalMS said...

to as : thanx,akak..erm,biasela..manusia nie kn pelbagai ragam..

to muhammad zurhain ismail :
syukran..slmt dtg ke 'intuisiku'..