Friday, June 26, 2009

Rindu Yang Tertangguh..

Kelmarin..,

Ketika kusandar sepi pada malam,

Bulan berkata; “Bersabarlah sayang!

Tunggulah sehingga siang,

Kerana mentari pasti kan datang..”

Hari ini..,

Tatkala kuserah hati pada pagi,

Maka siang bersuara;

“Belum tiba saatnya lagi,

Tunggulah sehingga embun kering di reranting hari,

Kerana tidak akan berlalu saat yang dijanji..”

Esok..,

Ketika aku menghitung hari,

Membilang sunyi,

Apakah waktu kan berkata;

“Tunggulah sehingga lusa,

Kerana kita pasti akan bahagia..”

Namun mungkinkah,

Kau akan berkata?!

Entah untuk kali yang keberapa,

Sedang usia dan masa,

Telah meragut apa yang telah kita cipta..


intuisiinsurgensi,

Kuala Krai,

Kelantan.

2 comments:

MAR said...

merindui ape??

faizalMS said...

adala..adk2 mne leh taw.hehe..