Saturday, May 25, 2013

Anak Muda, ke Mana Halatujumu?!

 
Anak muda, entah ke mana halatuju mu...

Seronoknya apabila kita kaya, mak bapa orang berada. Ayah kerja bisnes atau bekas jurutera dan mak pula pensyarah di universiti atau professional. Kita pun alhamdulillah, Islamik-la sikit-sikit, 'join' usrah atau orang sebut 'bulatan gembira...Handphone ditangan jenis Sony atau Ip phone 5 dan Samsung. Tiap-tiap bulan mengaji dapat duit elaun, tak cukup mak ayah 'top-up' dengan cara bank-in dalam akaun. Rajin 'join' kelas-kelas agama atau program-program Islamik...

Hobi kita baca buku-buku agama yang ada unsur2 cerita, novel Islamik usah dikata, update fb setiap masa, blog pun ditulis kalau ada masa. Itulah kita anak-anak generasi muda, tidak pernah kenal apa itu kukur kelapa dan tidak pernah merasa pengalaman mengutip botol-botol dan besi untuk dijual kepada 'Kling botol' agar dapatlah 20-30 sen guna membeli gula-gula.

Apabila tiba musim pilihanraya kita pun berkempen ikut suka. Bersemangat mahu Islam dan agama konon kita inginkan calon muslim berwibawa...

Ada pula yang berkata, taat kerajaan itu sunnah dan wajib ke atas kita.

Mudah benar anak-anak muda, percaya dan terima apa yang dikata oleh orang-orang yang dianggap oleh mereka sebagai tokoh dan idola.

Kata pepatah bagai menarik rambut dalam tepung tak diketahui oleh mereka gara-gara beza akan tepung ubi dan tepung gandum pun tak dikenal mereka.

Demikianlah anak muda, mulutnya bising tapi dadanya kosong. Ilmunya kurang tetapi wajahnya garang. Jika ada yang berilmu pun dirinya sombong kerana cepat diangkat bagai kaduk naik junjung ~

Muda-muda sudah digelar syeikh...hanya kerana dia mengaji dengan para masyaikh, lalu yang menyelisihinya diperlekeh.

Anak gadis pula semakin jauh dari fitrah agama, menjadi solehah dengan pakaian semata-mata. Letak purdah dan jubah dianggap solehah, update status agama di 'FB' sambil berangan nak berlaki. Masak tak reti, menguruskan rumahtangga tak pernah sama sekali semuanya mengharapkan orang gaji.

Bingung dengan generasi muda apakah hala tuju mereka ? Mampukah mereka menguruskan keluarga dan membina generasi sendiri atau kehancuran bakal menimpa untuk menyedarkan mereka dari mimpi.

Semoga Allah memelihara generasi muda kerana tiada yang dapat menyelamatkan mereka kecuali Dia...

No comments: