Saturday, May 04, 2013

Cicakman Vs Superman: Islam Datang Bukan untuk Memusnah tetapi Datang untuk Memandu Arah... ^_^y




Apabila Norman KRU mengatakan di laman Twitternya, Industri Filem /Hiburan/ Muzik akan hancur kalau PR memerintah. Faizal Tahir pula menjawab rezeki ditangan Allah.

Superman a.k.a  FT pun yakin rezeki di tangan Allah. Takkan pula kita yakin bahawa rezeki di tangan manusia?. :)

Di saat kita disajikan dengan kestabilan, keharmonian, keselamatan dan sebagainya itu kerana mereka yang memerintah, Allah uji dengan Isu Lahad Datu (samada konspirasi@kebetulan @tidak, ia berlaku kerana Allah yang mengizinkan ianya berlaku), dan yang terbaru kes tembakan kastam dan sebagainya.

Maknanya, kestabilan, keharmonian, keselamatan itu juga ditangan Allah, bukan ditangan manusia.

Kenyataan Norman KRU itu saya yakin, ia juga menjadi satu yang amat ditakuti oleh sebilangan penggiat seni tanah air.

Buat penggiat seni, karyawan, artis, selebriti dan sebagainya. (walau apa yang saya sebutkan ini mungkin sampai @tidak pada mereka), Peminat mereka tolong sampaikan.

Islam datang bukan untuk memusnah, tetapi datang untuk memandu arah.
Jadikan karya ibarat satu amanah yang akan menjadi “saham” akhirat. Apabila niat untuk tujuannya Allah dan akhirat, insyaAllah “saham” dunia pasti lebih melimpah ruah dan dipenuhi barakah (berkat).

Cuba lihat sahaja kesenian Islam di kebanyakan tamadun dunia. Contoh, Apabila Islam meletakkan gambar patung yang dilarang itu tidak dibenarkan, karyawan seni Islam lahir dengan sesuatu yang lebih kreatif.

Hasil kreativiti mereka itu menjadikan karya mereka satu karya agung yang disanjung dan sangat unik sepanjang zaman!. Apabila Islam melarang sesuatu, ini bermakna, ia akan menjadikan umat Islam semakin kreatif dan kritis.

Kadang-kadang saya lihat, apabila keluarnya sesuatu filem terbaru, kata pelakon filem tersebut, “ia ada kelainan”. Saya lihat tidak ada yang lainnya, balik-balik, merempit, adegan XXXL, eh silap S***, hehe, dan unsur-unsur negatif ‘kekuningan’.. Apa bezanya kita dengan filem barat?

Intuisiku amat positif dan yakin, KRU mempunyai bakat yang sangat baik dan hebat. Lihat sahaja teknik yang digunakan didalam filem Hikayat Merong Mahawangsa, standing filem antarabangsa!. Intuisiku yakin mereka pasti boleh lakukan yang lebih baik, didalam kerangka yang Islam letakkan.

Jadikan bakat anugerah Allah itu untuk mengajak dan membawa masyarakat kearah yang lebih baik. Kalau manusia berubah kembali kepada fitrah menjadikan Allah sebagai tujuan dan matlamat, betapa pahala yang tidak henti-henti anda akan dapat!.

Ya Allah berikan kami semua hidayahMU…
 



“Islam datang bukan untuk memusnah, tetapi datang untuk memandu arah”. :)

Salam Hormat dari Intusiku, yang juga insan biasa.

No comments: