Thursday, June 18, 2009

awas FACE BOOK!!!



Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.


petikan nukilan:'taman2 syurga'..

Catatan: Artikel ini hanyalah sekadar untuk perkongsian bersama, bukan untuk mengajak anda memboikot FB, apalagi mencemuh individu yang memilikinya. Tak salah kalau kita nak guna FB tapi pastikan niat dan cara kita gunakannya bil hikmah kerana niat tidak menghalalkan cara dan cara pula tidak menghalalkan niat. Berpada-padalah kita dalam melakukan sesuatu perkara seperti kita menggunakan teknologi,buah fikiran dan pelbagai lagi perkara yang diasas, dibangunkan dan dipelopori oleh 'tangan' golongan Kuffar yang lain (spt IBM,INTEL,COCA-COLA dll)... Ingatlah bahawa Islam menuntut umatnya menyampaikan sesuatu ilmu kepada muslimin yang lain meskipun hanya dengan sebaris ayat..

Wednesday, June 17, 2009

tak faham bahasa ALLAH?!

Telah berlaku banjir besar di sebuah daerah dan semua orang sibuk menyelamatkan diri dan harta yang ada ke tempat yang lebih selamat.
Namun ada seorang lelaki yang enggan berganjak dari rumahnya. Apabila disuruh meninggalkan rumahnya.Katanya...,"Aku tak perlu semua itu, aku akan berdoa agar Allah selamatkan aku" ...lelaki ini terus berdoa " Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini..turunkanlah pertolongan Mu Ya Allah.".

Air semakin tinggi dan mula mencecah paras pinggang, lalu datang sebuah bot penyelamat, orang dalam bot menjerit kpdnya; " Pak cik, lekas naik ke atas bot ni, air semakin tinggi, bahaya kalau pakcik tak pergi dari sini..."

Lalu jawabnya;" Kamu pergilah dulu, aku nak terus berdoa, Allah akan selamatkan aku, jangan risau.."

Air mula naik semakin tinggi. Si lelaki memanjat bumbung atap dan naik ke atasnya sambil terus berdoa" Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini..turunkanlah pertolongan Mu Ya Allah."
Tidak berapa lama datang sebuah helikopter lalu menghulurkan tangga dan menyeru melalui healer; " Pakcik...capai tangga tu dan naik lekas ke atas, keaadaan amat bahaya!!"

Si lelaki tetap berdegil sambil menjawab; " Kamu pergilah dulu, aku percaya Allah akan hantar pertolongannya pada aku..." Helikopter pun berlalu.

Akhirnya si lelaki mati dibawa arus deras banjir besar tersebut......

Di alam barzakh, si lelaki berdialog dengan Allah swt: "Ya Allah,ketika aku berdoa kepada Mu, kenapakah Engkau tidak menghulurkan pertolongan Mu padaku Ya Allah sehingga menyebabkan aku menemui ajalku..?" Lalu Allah swt pun menjawab: "Wahai lelaki, sebenarnya tiap kali kamu memohon doa padaku, aku makbulkan doa mu itu dan aku hantar pertolongan Ku padamu.....orang-orang yang datang mengajak kamu menyelamatkan dirimu adalah tanda pertolongan dari Ku, begitu juga bot penyelamat, juga helikopter....semua itu adalah merupa bahasa atau tanda pertolongan dari Ku tapi kamu yang tidak memahami bahasa-Ku"
Moral of Da Story: Alam semesta adalah bahasa Allah. Allah sentiasa berkomunikasi dengan kita. Bahasa Allah dapat didengar, dilihat, dirasa, disentuh dan dihidu. Setiap kejadian alam, setiap peristiwa dan sejarah juga adalah bahasa Allah. Kejadian hari ini adalah sebab kepada peristiwa akan datang. Cubalah memahaminya dan ambil pengajaran. Wallahu a'lam..

Saturday, June 13, 2009

“ana abdullahi walan yudhi’ani”…

Ada ke lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia, yakni yang lebih hebat daripada kematian? Ujian hidup-ujian hidup seperti kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan sebagainya adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah ‘pemutus’ segala kebahagiaan. Samada ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi, atau kita sendiri meninggalkan mereka.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah s.a.w. Baginda menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang umur hayatnya. Bermula daripada dalam alam rahim ibu lagi, Baginda telah di’tinggal’kan oleh ayahnya, Abdullah. Setelah umur Baginda mencecah 6 tahun, ibunya yang tercinta, Aminah pula meninggal dunia. Tidak lama kemudian, walaupun masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Muttalib pergi buat selamanya. Tinggallah Baginda dalam pemeliharaan dan jagaan bapa saudaranya Abu Talib.

Ketika masih perlukan Abu Talib, Rasulullah s.a.w. ditinggalkan lagi. Abu Talib ‘pergi tiada kembali’ ketika keislaman begitu sekali didambakan. Tinggallah Baginda dengan kekasih hatinya, Khadijah. Akan tetapi tidak berapa lama selepas itu, Khadijah pula mengikut jejak bapa saudaranya. Maka tahun yang menyaksikan ‘hilangnya’ insan-insan yang dicintai itu dinamakan ‘Tahun Kesedihan’.

Baginda dikurniai 6 putera yang semuanya meninggal ketika masih kecil. Anak yang ke-3 dan ke-4 Baginda ‘pergi’ dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah dikurniakan seorang anak lelaki lagi, Ibrahim diberi nama. Kebetulan rupanya amat mirip dengan Baginda. Namun, Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu tertumpulah pula kasih-sayangnya kepada cucundanya, Hassan dan Hussin. Sangat dimanjakan si anak kecil itu, sehinggakan pernah sedemikian lama sujudnya hanya semata-mata memberikan waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, daripada ilham Ilahi, baginda tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa kedua-duanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkan pula tragedi pembunuhan di Karbala yang bakal dihadapi Hussin.

Begitulah Rasullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Jadi bagaimana pula keperibadian ketika Baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang?! Sirah menceritakan bagaimana ketika Baginda terbaring di hamparan usang, berselimutkan kain kasar manakala minyak lampu pelita rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah Baginda menyebut, “Rafiqil a’la,rafiqil a’la.. [teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi]!”

Menurut ‘kamus’ kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat wajib bagi menemui cinta abadi. Itulah ‘teman daerah tinggi’ yang sangat dirinduinya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dialaminya 2 kali ganda yang dihidapi manusia biasa.

Namun begitu, pada saat sakarat yang begitu hebat, sempat lagi Baginda sempat lagi berpesan tentang solat. Untuk siapa?! Siapa lagi kalau bukan untuk kita.. umat yang akan ditinggalkannya.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya :

“Aku menjadi khadam Rasulullah s.a.w. 10 lamanya. Maka tidak pernah Baginda berkata atas apa yang aku kerjakan, ‘Mengapa engkau kerjakan?’ Tidak pernah pula Baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan, ‘Mengapa engkau tidak kerjakan?’ Tidak pernah pula Baginda berkata pada barang yang ada, ‘Mengapa ada pula barang ini?’ Tidak pernah juga Baginda berkata pada barang yang tidak ada, ‘Alangkah baiknya kalu barang itu ada’. Kalau terjadi perselisihan antara aku dan ahli keluarganya, Baginda akan berkata kepada keluarganya: ‘Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!’”

Menurutnya lagi, Baginda Rasulullah hanya berpegang suatu kunci kata, iaitu ‘ana abdullahi walan yudhi’ani .. (aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!)’ Itulah kunci kata yang menjadikan Baginda begitu ‘kebal’ dalam menghadapi segala ujian hidup dan terus bahagia buat selama-lamanya.

Mudah-mudahan kita dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini.

Saturday, June 06, 2009

Rindu Yang Terhukum

Rindu yang terhukum,

Dalam kelambu malam,

Kasih itu terkurung,

Dalam selimut sayang,

Bulan..,

Hulurkan jari jemari janji,

Dan ukirkan senyuman suci,

Pada seutas tali mimpi,

Yang telah terikat pada rumpun hati..

Mentari..,

Akan aku kembali ke sini,

Tatkala sinarmu menanti,

Kerana setiaku bersaksi,

Di bawah teduhan hari,

Menuju persinggahan ABADI..





intuisiinsurgensi,
Kuala Krai,
Kelantan.

Thursday, May 28, 2009

Ada 'Otak' Tapi..


Sekumpulan tikus bermesyuarat tentang bagaimana cara untuk menangani ancaman seekor kucing besar di rumah, tempat mereka bersarang.

“kita keluar waktu siang kerana waktu itu kucing selalunya tidur,” cadang seekor tikus tua.

“Anak-anak yang masih kecil mesti ditemani oleh yang lebih tua ketika keluar mencari makan,” tambah seekor tikus yang lebih tua.

“Jangan lupa, hindari tempat-tempat yang bahaya dan sensitif,” kata seekor tikus yang kudung sebelah kakinya. Ia sangat berpengalaman dan pernah ditangkap tetapi Berjaya melepaskan diri.

Tiba-tiba dating sekumpulan tikus muda ‘menyergah’ masuk ke dalam mesyuarat itu dengan angkuhnya.

“Kami lebih tahu dalam selok-belok pertahanan dan keselamatan diri. Kami ada cadangan,” kata seekor daripada mereka.

Tikus-tikus tua berdiam diri. ”Silakan, berilah pandangan kamu.”

“Mudah sahaja. Kita gantung satu loceng di leher kucing itu. Bila dia bergerak, loceng bordering, dan kita mendengarnya, maka kita pun boleh melarikan diri.”

“Bagus! Inilah cadangan yang terbai!” sokong tikus muda yang lain sambil memandang sinis tikus-tikus tua. Bangga. Angkuh.

“Baiklah, kami terima cadangan itu. Cuma, ada satu pertanyaan..” ujar tikus tua.

“Apa dia?!”

“Siapakah antara kita yang akan menggantungkan loceng di leher kucing itu?!”

Semua tikus muda terdiam dan saling berpandangan. Ya, tak ya juga. Fikiran mereka tidak terjangkau lagi ke tahap itu.

Moral of da story: Ilmu seputar aqal belum boleh menandingi kemurnian nurani dan kehalusan budi dalam menangani sesuatu permasahan. Pengalaman dan kematangan tidak bole ditempa semata-mata dengan banyak membaca dan berwacana. Awal, sindrom ada ‘otak’ tetapi tidak ber'aqal!!

Monday, May 25, 2009

'aduhai, puteriku sayang..'

Jangankan lelaki biasa, malahan insan yang bergelar 'Pesuruh Allah' pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah...masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. bayangkan apa lagi yang tiada di syurga, namun Adam tetap rindukan Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak tercapai dek akal jikalau kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Hehe..

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH R.A, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI R.A...


akan kusampaikan walaupun sebaris ayat..

Saturday, May 23, 2009

Aku ‘Jatu Hati’ Padanya..

Aku dan 2 orang kakakku baru-baru nie telah dipanggil berjumpa dengan Pn. Fatimah, seorang dietitian dan juga merangkap Ketua Unit Dietetik dan Sajian HKK untuk consult dengannya mengenai tube feeding abahku.

Aku cukup tertarik dengan beliau. Apa taknya, setibanya kami di Unit Dietatik dan Sajian, beliau begitu ramah dan mesra menyambut kami. Ditambah pula senyuman manis yang selalu terukir di bibirnya berserta lemah-lembut dan sopan-santun budi pekertinya membuatkan aku cukup-cukup tertarik padanya..”Maybe camni kot aku kne wat N praktik mase nak consult ngan patient ”.. intuisiku berbisik..
Layanannya yang sungguh baik dan sempurna membuatkan kami terasa bukan seperti consultation Medical Officer (MO) ngan ‘patient’. Jadi betullah apa yang diperkatakan lecturerku dulu :
“When you will become a MO, remember that patient should be come first! If u just wanna to be cikai-cikai, please…don’t be a MO..”

Aku juga cukup kagum dengan Pn. Fatimah dalam membuat dietary assessment. Beliau cukup teliti tapi sangat pantas dan cekap in making assessment. Bayangkan beliau lakukan sume tue tanpa pape rujukan. Diselit pulak unsur-unsur Islamic. How fantastic she are!! Jauh la panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan aku yang terkapai-kapai time nak wat assessment..time nak consult ngan ‘patient’ plak, aku kurang yakin dengan ape yang kucakapkan..tak sepertinya yang begitu confident.Huhu..Apa yang dipamerkan oleh Pn. Fatimah itu cukup membuatkanku ‘jatuh hati’ padanya. Oops..jangan salah paham pulak, ‘jatuhnya hatiku’ ini untuk jadi seorang dietitian yang ramah-mesra dan expert sepertinya. Hehe.. Aku juga turut berminat untu wat specialize in community health disebabkan beliau. So nasihatku kepada sape-sape yang baca blog nie agar mencontohi Pn. Fatimah yang telus dan tulus dalam menjalankan tugas. Bukan aku memuji apa lagi memuja..salahkah kukagumi perhiasan dunia..:-p.

Mudah-mudahan aku akan menjadi seorang MO sehebatnya. Ameen…ameen..Ya Rabbal ‘Alamin..