Saturday, February 08, 2014

Nyahkan Bangsawan Samseng


Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merompak orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.

Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka ‘by hook or by crook’ mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.



Mengajar Bangsawan Samseng

Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah. Lelaki itu berkata:

“Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”. Kata ‘Umar: Ya!. Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: “Aku anak golongan yang mulia”.

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”. Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti”. Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai”.

Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!” Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguh aku tidak tahu kes ini”.


Sama Di Sisi Tuhan

Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi s.a.w. Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi s.a.w menyebut:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan ‘kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!’. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian.

Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. ” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan. Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan.

Pupus

Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampok kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka.


Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap. Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman. Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi s.a.w mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya. Kata ‘Amr:

“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling dihormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.

Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengugut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat dimuzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.


Sumber:  http://drmaza.com/home/?p=2638

Monday, January 27, 2014

Isu Kalimah Allah: Provokasi Kristian Atau Konspirasi Munafik?!




Gambar kain rentang di atas dikatakan diambil oleh seorang wartawan BERNAMA di Penang dan dihantar kepada group whatapss. Sebelum anda mula beremosi, sila baca apa yang Allah peringatkan kepada kita bilamana menerima berita sebegini;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."


(Al-Hujuraat: 6)



Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa untuk iktibar kita;

1) Lupakah kita provokasi Abdullah ibn Saba’ yang menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri hanya selepas 28 Tahun kewafatan Baginda S.A.W?

2) Ingat September 11 ciptaan Amerika sendiri yg lalu menuding jari ke pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan?

3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS yang dibuang ke dalam surau?

4) Lupakah kita George Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan utk menghancurkan Iraq, namun sehingga kita tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung?

5) Lupakah kita Saidatina Aesyah, isteri Nabi S.A.W dituduh berzina dengan seorang Sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul?


Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar.. Mengecewakan apabila setelah gambar ini dihantar ke dalam whatapss group yang terdiri dari orang penting dan berilmu tinggi tentang Islam mula beremosi... Andai kita ada bukti nyata dan jelas bahasa memang benar Kristian atau pihak Pemerintah Pulau Pinang yang lakukan, ‘Intuisiku’ juga akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di Malaysia. Apapun, selidik dulu dan jangan beremosi lebih-lebih tak bertempat...

Wallahualam.




p/s: Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Muhammad Juoi mengenai tentang boikot...



“Boikot kita bermusim dan focal..bila datang sesuatu berita atau perkara yang membabitkan agama islam, kita cepat melenting dan bertindak dengan tidakan yang lebih mendatangkan kebukuran..Namun, bila surut, semangat terus luntur dan kembali kepada hidup yang biasa..

memang boikot bermusim..seharusnya boikot kita berterusan, tapi bukan bermakna berterusan mengadakn demostrasi, menjerit-pekik, saling tuduh-menuduh...apa yg perlu kita lakukankan adalah terus-menerus memboikot CARA HIDUP mereka (hedoisme)..kembali kepada ISLAM YANG SEBENAR..Islam yang syumul, kembali kepada AL-QURAN DAN SUNNAH Nabi Muhammad (sollawahualaihiwassalam)..itulah sebaik-sebaik boikot..boikot biarlah chronic, jangan acute saja!!!!”

Saturday, January 11, 2014

11 Januari..~



Setibanya 11 Januari 2014 berkunjung tiba, maka ‘Intuisiku’ sudahpun meninggalkan fasa suku abad usianya.. bermakna memasuki fasa setengah abad usia. Usia yang tentunya makin singkat untuk menemui  Sang Maha Pencipta.

Kata seorang teman, "before you celebrating your birthday,you must born first"..bertambah tahun kelahiran bererti bertambah dekat dengan kematian..bertambah juga dosa yang perlu ditaubati supaya diampunkan..

Namun ironinya kita semua tahu bahawa kita bakal mati tetapi kita jarang merasakan bahawa kita akan mati..

Senyum..=)

Antara Buku yang Menarik untuk Dibaca Bilamana Usia Mencecah pada Suku Abad Seterusnya


p/s: terima kasih buat yang memberi ucapan dan mendoakan..sesungguhnya tiada hadiah terindah yang mampu diberi dan diterima, melainkan doa.. semoga apa yang dipanjatkan termakbul dan kembali kepada kita semua..^_^v

Friday, January 10, 2014

Aku Hanya Daie Bukannya Mufti.. ^_^v


Untuk para daie, terkadang dalam kita sibuk mengajak manusia kepada kebaikan, kita menjadi agak bermudah-mudahan akan perkara harus dan mubah..

Sedangkan para sahabat dahulu amat menitik beratkan akal hal-hal harus dan mubah ini.

Seperti makan
seperti tidur
seperti cakap banyak
seperti dengar muzik
seperti tengok filem
seperti tengok facebook berjam-berjam.

Pernah kita terfikir, di saat kita merasakan diri kita daie, mengapa hati kita jauh dari Allah.

Di saat kita menyeru manusia kepadaNya, hati kita rasa goyah dan masih meraba-raba untuk bergantung pada manusia, bukannya Allah..

Akhirnya, Allah menonjolkan isi hati kita menerusi perbuatan kita sendiri di facebook ini. Menandakan sebenarnya, banyak yang perlu dirawat pada hati kita ini..

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasik..”
 (al-Hasyr : 19)

Di saat diri kita tidak lagi sensitif akan maksiat dan perkara-perkara mubah ini, Allah beritahu pada kita:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar."
 (al-Anfal: 29)

Ya, Kita amat memerlukan furqan itu! Pembeza antara kebenaran dan kebatilan!

Kerana di Malaysia ini, amat banyak yang kelabunya...



p/s: Fenomena #MimbarPencetusUmmah membuktikan betapa dahaganya rakyat Malaysia akan program yang berorientasikan ilmu,agama serta dakwah yang santai dan sampai..

Semoga ada lagi program sebegini di lain hari..


Senyum.. ^_^v

Wednesday, January 01, 2014

Orang Kaya Bersyukur Vs Orang Kaya Kufur


Orang kaya yang ingkarkan perintah Allah, adalah munasabah mengikut hintungan logik akal, mungkin kerana merasakan bahawa mereka telah memiliki segalanya di dunia ini lantas kesenangan itu telah melupakan mereka dengan kehidupan seterusnya selepas mati.

Tetapi bila orang miskin juga ingkar kepada Allah, mudah cakap, di dunia pun mereka hina, di akhirat apatah lagi.

Intuisiku terfikir fenomena ini menjelang hari 1 Januari 2014, hari permulaan Brunei menguatkuasakan perlaksanaan hukum Allah yang dinamakan hudud di negara mereka.

Sultan Brunei adalah antara individu yang tersenarai di kalangan 10 makluk Allah yang terkaya di atas muka bumi ini, akhirnya akur dengan perintah Allah. Alangkah malangnya, makhluk Allah dari kategori penerima BR1M pula menjadi penyokong pemimpin yang menolak hukum Allah.

Intuisi sebak memikirkan realiti ini…




p/s: Tahniah Peserta TURUN.. Walaupun kerajaan tidak berganjak, terus berdegil enggan tunduk menurunkan harga barang.. namun anda berjaya menurunkan artis-artis dari pentas Konsert Ambang 2014. Untuk pertama kalinya dalam sejarah. Setidak-tidaknya selamàt juga Malaysia satu malam dari pesta mengundang bala' ALLAH. Syukur.

Malam Ini, Malam Tahun Baru 2014..



Malam tahun baru kita semua dapat MINYAKsikan perlawanan sengit di antara;

i) Golongan ‘konsertinis’; berpesta malam ni dengan beberapa konsert telah dicanang dalam akhbar. Konsert tahun baru kos pasti mahal jemput pelbagai artis. Pasti meriah. Pemerintah TURUN sama memeriahkan.

ii) Golongan ‘kuliahis’; berpesta tazkirah dan ceramah mencuci jiwa santapan nurani yang kekosongan. Dengan harapan moga-moga hari-hari mendatang iman lebih kuat dalam menghadapi cabaran kehidupan. Kos sumbangan orang ramai. Masuk percuma. Ironisnya, pemerintah tidak TURUN memeriahkan. Rakyat marhaen yang dikatakan 'tunjuk alim' sahaja yang pergi dengar.

iii) 'Samseng-samseng', 'gengster' hati kering menanti untuk membantai rakyat-rakyat yang datang dari seluruh Malaysia, TURUN perhimpunan AMAN bantah ketidakadilan. Pak polisi dan FRU setia menanti.





Oh. Sebab itulah Allah jadikan Syurga dan Neraka.

Syurga untuk orang baik-baik dan suka kepada agama serta keadilan.
Neraka untuk orang jahat serta zalim dan suka kepada kebatilan.

Entahlah.

Kalau fikir-fikir, apa sangatlah yang seronok dengan konsert.

Ah.. Mungkin mereka praktis melalak dan berdansa di dunia supaya tidaklah menggeletis melolong sangat terkena api neraka kelak. Mungkin mereka selamba je jawab dalam tu nanti,

"Kami dah biasa menjerit-jerit macam ni kat dunia. So, tak heran sangatlah setakat api gini."

Kita doa habis-habis supaya mereka dapat hidayah.
Tapi mereka lak macam 'doa' habis-habis untuk terima padah.

Clash sokmo..hmmm..~