Thursday, May 28, 2009

Ada 'Otak' Tapi..


Sekumpulan tikus bermesyuarat tentang bagaimana cara untuk menangani ancaman seekor kucing besar di rumah, tempat mereka bersarang.

“kita keluar waktu siang kerana waktu itu kucing selalunya tidur,” cadang seekor tikus tua.

“Anak-anak yang masih kecil mesti ditemani oleh yang lebih tua ketika keluar mencari makan,” tambah seekor tikus yang lebih tua.

“Jangan lupa, hindari tempat-tempat yang bahaya dan sensitif,” kata seekor tikus yang kudung sebelah kakinya. Ia sangat berpengalaman dan pernah ditangkap tetapi Berjaya melepaskan diri.

Tiba-tiba dating sekumpulan tikus muda ‘menyergah’ masuk ke dalam mesyuarat itu dengan angkuhnya.

“Kami lebih tahu dalam selok-belok pertahanan dan keselamatan diri. Kami ada cadangan,” kata seekor daripada mereka.

Tikus-tikus tua berdiam diri. ”Silakan, berilah pandangan kamu.”

“Mudah sahaja. Kita gantung satu loceng di leher kucing itu. Bila dia bergerak, loceng bordering, dan kita mendengarnya, maka kita pun boleh melarikan diri.”

“Bagus! Inilah cadangan yang terbai!” sokong tikus muda yang lain sambil memandang sinis tikus-tikus tua. Bangga. Angkuh.

“Baiklah, kami terima cadangan itu. Cuma, ada satu pertanyaan..” ujar tikus tua.

“Apa dia?!”

“Siapakah antara kita yang akan menggantungkan loceng di leher kucing itu?!”

Semua tikus muda terdiam dan saling berpandangan. Ya, tak ya juga. Fikiran mereka tidak terjangkau lagi ke tahap itu.

Moral of da story: Ilmu seputar aqal belum boleh menandingi kemurnian nurani dan kehalusan budi dalam menangani sesuatu permasahan. Pengalaman dan kematangan tidak bole ditempa semata-mata dengan banyak membaca dan berwacana. Awal, sindrom ada ‘otak’ tetapi tidak ber'aqal!!

Monday, May 25, 2009

'aduhai, puteriku sayang..'

Jangankan lelaki biasa, malahan insan yang bergelar 'Pesuruh Allah' pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah...masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. bayangkan apa lagi yang tiada di syurga, namun Adam tetap rindukan Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak tercapai dek akal jikalau kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR. JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU. HATI SEPARUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN. PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan. Kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan 'wan-wan' yang lain. Hehe..

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkannya. LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

JANGAN MENGHARAPKAN ISTERI SEPERTI SAYYIDATINA FATIMAH R.A, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYYIDINA ALI R.A...


akan kusampaikan walaupun sebaris ayat..

Saturday, May 23, 2009

Aku ‘Jatu Hati’ Padanya..

Aku dan 2 orang kakakku baru-baru nie telah dipanggil berjumpa dengan Pn. Fatimah, seorang dietitian dan juga merangkap Ketua Unit Dietetik dan Sajian HKK untuk consult dengannya mengenai tube feeding abahku.

Aku cukup tertarik dengan beliau. Apa taknya, setibanya kami di Unit Dietatik dan Sajian, beliau begitu ramah dan mesra menyambut kami. Ditambah pula senyuman manis yang selalu terukir di bibirnya berserta lemah-lembut dan sopan-santun budi pekertinya membuatkan aku cukup-cukup tertarik padanya..”Maybe camni kot aku kne wat N praktik mase nak consult ngan patient ”.. intuisiku berbisik..
Layanannya yang sungguh baik dan sempurna membuatkan kami terasa bukan seperti consultation Medical Officer (MO) ngan ‘patient’. Jadi betullah apa yang diperkatakan lecturerku dulu :
“When you will become a MO, remember that patient should be come first! If u just wanna to be cikai-cikai, please…don’t be a MO..”

Aku juga cukup kagum dengan Pn. Fatimah dalam membuat dietary assessment. Beliau cukup teliti tapi sangat pantas dan cekap in making assessment. Bayangkan beliau lakukan sume tue tanpa pape rujukan. Diselit pulak unsur-unsur Islamic. How fantastic she are!! Jauh la panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan aku yang terkapai-kapai time nak wat assessment..time nak consult ngan ‘patient’ plak, aku kurang yakin dengan ape yang kucakapkan..tak sepertinya yang begitu confident.Huhu..Apa yang dipamerkan oleh Pn. Fatimah itu cukup membuatkanku ‘jatuh hati’ padanya. Oops..jangan salah paham pulak, ‘jatuhnya hatiku’ ini untuk jadi seorang dietitian yang ramah-mesra dan expert sepertinya. Hehe.. Aku juga turut berminat untu wat specialize in community health disebabkan beliau. So nasihatku kepada sape-sape yang baca blog nie agar mencontohi Pn. Fatimah yang telus dan tulus dalam menjalankan tugas. Bukan aku memuji apa lagi memuja..salahkah kukagumi perhiasan dunia..:-p.

Mudah-mudahan aku akan menjadi seorang MO sehebatnya. Ameen…ameen..Ya Rabbal ‘Alamin..

Tuesday, May 19, 2009

Aku Masuk Wad Lagi!!




Aku masuk wad lagi!! Kali ini bukan sebagai pesakit, tapi masuknye diriku ke Wad Merak kali ini sebagai pelawat untuk menjaga abahku yang diserang stroke lagi!!

Kenangan Mengusik Jiwa

Teringat aku beberapa tahun dahulu, sewaktu diriku form3. Diriku pernah dimasukkan ke wad ini jugak kerana mengalami penyakit ‘Demam Diraja’. Hampir seluruh tubuh badanku menjadi ‘keemas-emasan’. Cewah, cam raja lak. Hehe.. Nasib baiklah diriku agak cepat dirawat.. kalau tak,maybe aku dihinggapi Hepatitis ataupun liver complication. Huhu..walaupun agak cepat dirawat, aku sempat ‘bermastautin’ di mandala ini lebih-kurang ½ bulan dan memakan masa lebih daripada setahun untuk diriku pulih seperti sedia kala. Betul lar kata orang : “ada hikmah di sebalik setiap kejadianSang Pencipta”.. Aku bernasib baik sebab dapat catch-up balik topik-topik diajar guruku yang telah ketinggalan untuk diriku menghadapi PMR. Dan Alhamdulillah..resultku pada masa itu agak boleh dibanggakan jugak lar.. Syukur kepada Yang Maha Esa..

Pagi Yang Kelam

Suasana di rumahku pada pagi itu agak kelam-kabut. Mana taknya, abahku tiba-tiba tak terdaya menggerakkan anggota tubuh badannya dan hampir hampir-hampir tak sedarkan diri selepas mandi. Nie lah first time aku lihat ‘orang yang paling cool‘ dalam keluargaku menitiskan air mata. Selama ini tak pernah pun dan jikalau kitorang yang nangis, beliau siap marah lagi. Maybe tak tahan sangat kot.. Memang dah seminggu abahku mengadu sakit-sakit badan dan sakit kepala. Oleh sebab itu,beliau dah seminggu jugak tak dapat pergi ke kebun dan terlantar di rumah.

Pada masa itu, hanya aku, adik, nenek dan abang iparku je yang ada kat umah. So kitorang decide untuk hantar abah ke hospital. Aku menelefon kakak-kakakku yang sedang mengajar di sekolah dan meminta tolong diorang untuk hantar abah ke sana.

Sesampainya di Unit Kecemasan Hospikrai, aku dan abang iparku terus memapah abah untuk mendaftar sebagai pesakit di situ. Nasib baiklah seorang MA datang menghulurkan bantuan dan menyediakan wheel chair untuk abahku. Alhamdulillah.. ringan dan mudah sikit kerja kami. Macam nie lar orang panggil ‘pekerja beretika’.

Setelah diperiksa doktor, abah didapati mengalami High Blood Pressure dan Pharinx-esophageal Muscle Problem. Biasela, abah jarang berpantang walaupun die pernah kene stroke 3-4 tahun lepas. Banyak jugak yang dibebelkan doktor kepada kami sebab tak hantar terus ke hospital, sebaliknya menggunakan khidmat klinik swasta dan perubatan tradisional. Standard lar tu, orang tua-tua nie jarang suka datang ke hospital kerajaan, leceh kata diorang. Hmm.. mau tak mau, terpaksalah kami dengar bebelan doktor yang agak membingitkan telinga itu. Nak buat cam mane, dah memang salah kita. Huhu..

Abah Kene Tahan?!

Sesudah segala-galanya selesai, abahku dimasukkan ke wad. Nasib baiklah kakak-kakak dan abangku kakitangan kerajaan, bolehlah kitorang pilih untuk masukkan abah di wad kelas 1 atau 2. Inilah kelebihan kalau family kakitangan kerajaan.

Pada mulanya, kami memilih untuk letakkan abah di wad kelas 1 tapi atas nasihat dan arahan doktor, abah dipindahkan ke wad kelas 2. Papepun, Alhamdulillah..kami diberi layanan yang agak baik dari kakitangan hospital.

‘Species-species’ Manusia di Hospital

Aku tengok bayak ‘species’ manusia kat sini. Tak kiralah sape pun, masing-masing ada kategorinya yang tersendiri, lebih-lebih lagi kakitangan hospital. Memanglah ada juga kakitangan yang peramah dan baik hati tapi masih ada lagi ‘species’ yang berlagak ataupun orang panggil ‘tak mesra alam’. Kalau bercakap tu, jagalah bahasa kita, jangan sakitkan hati orang dan jangan jatuhkan air muka diorang. Setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini berhak dihormati dan disayangi. Kita sume adalah makhluk ciptaan RABBUL ‘ALAMIN..takde beza kita di sisi-NYA kecuali hanyalah amalan kita..

Jadi nasihatku kepada sume ‘makhluk-makhluk yang tak mesra alam’ tu, ubahlah sikap. Bekerjalah secara jujur dan ikhlas, bukan semata-mata kerana wang ringgit. Kita dibayar rakyat dan diamanahkan untuk ‘perform’ dengan mantap dan cemerlang. Jadi kenapa kita tak lakukannya?! Adakah ini yang dinamakan pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang?! Kalau macam nie, cane masyarakat nak respect golongan yang terpelajar seperti kita?! Berkatkah rezeki yang kita dapat?! Pastu tergamak ke kita nak bagi makan anak bini kita rezeki yang tak berkat tu?!Mudah-mudahan diriku nanti tak menjadi golongan yang dicemuh masyarakat nanti.. Na’uzubillahi min zaalik..

Aku, Ummi dan Hisyam Ganti ‘Tempat’ Abah

Sejak abah terlantar sakit,aku,ummi dan adikku,Hisyam terpaksa ‘mengambil alih’ tugas-tugas dan kerja-kerja beliau. Buat masa nie, aku dan Hisyam sedang cuti. Aku cuti inter-year selama 2 bulan lebih, manakala Hisyam pulak sedang menunggu panggilan IPTA. Entahlah dia tu, dapat sambung pelajaran ke Timur Tengah pun dia tak nak. Maybe sebab parents ktorang kurang berkenan kot. Erm.. ummi pulak biasala, ‘sayap kiri’ abah. Apa saja tugas abah yang tak terlaksana, dialah yang ‘ambil alih’. Ummi menggantikan abah ke kebun, Hisyam menghantarnya ke sana manakala aku pulak kena uruskan hal-hal di rumah sambil dibantu Hisyam dan adik-beradikku yang lain, walaupun diorang buzy dengan urusan masing-masing. So senanglah sikit kerja kitorang. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ma’ida, ayat 2 :

“..Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.”

Syif oh Syif

Sudah 2 hari abah terlantar di katil hospital sejak beliau dimasukkan ke wad Khamis lepas. Ramai jugak sanak-saudara dan sahabat-handai datang menjenguk abah. Thanks a lot to them because tak putus-putus give moral support to us.

Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga abah. Pada malam hari, ummilah yang jaga manakala pada waktu siang pulak, kami adik-beradik buat syif untuk jaga abah. Al-maklum ajelah, ktorang pun ada urusan masing-masing yang perlu dibereskan. Walau bagaimanapun, ummilah yang selalu berada di sisi abah siang dan malam. Sungguh besar pengorbanannya. Bagiku, dialah yang terbaik. Kakak-kakakku juga begitu. Setelah selesai urusan masing-masing, diorang cepat-cepat datang ke hospital jaga abah. Jadi betullah kata pepatah , “air dicincang, takkan putus”. Though we are not ‘sekepala’ in certain thing, but kitorang sebulat suara bertekad nak jaga abah sampai sembuh. Hmmm..semoga abah cepat sembuh. Ameen, ameen, ya Rabbal ‘Alamin..

Abah Dibenarkan Pulang

Pagi ini, aku seperti biasa, menunggang BFH4125-ku menuju ke hospital. Susah pulak nak cari parking hari nie, even just a motorbike parking. Jam sudah pukul 9 lebih, aku bergegas naik ke tingkat 3 bangunan hospital because I had promised to my mother to be here at 9 a.m.

Sudah 4 hari abahku di sini. Nampak gayanya beliau semakin pulih setelah ‘berubat kampung’ dengan seorang pengamal perubatan tradisional yang kakakku bawa semalam. Alhamdulillah.. ummi cakap yang abah dah dibenarkan doktor keluar wad hari nie. Maybe petang nie kot, pas kakak-kakakku balik dari mengajar, diorang akan jemput abah pulang ke rumah. Aku mengambil masa yang terluang ini untuk mencoret sebaris dua ayat untuk di-post-kan dalam “INTUISIKU” ini..