Friday, May 01, 2009

Piala FA, Hedonism dan ….

Diriku telah menyaksikan siaran perlawanan akhir Piala FA musim ini pada hari sabtu lepas (25/4/09). Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, antara skuad negeri tanah tumpahnya darahku, Kelantan Darul Naim dengan kontijen negeri yang pernah kumenetap, menuntut ilmu, Selangor Darul Ehsan. Entah mengapa pada malam itu diriku begitu excited dengan tournament berkenaan. Maybe kerana kemunculan pertama Kelantan di Final Malaysian FA Cup setelah 39 tahun penantian. Yela kata orang, penantian suatu penyeksaan. Hehe..

Kedua-dua pasukan boleh dikira sama-sama hebat, menunjukkan taring dan cakar masing-masing. Namun, ke-excited-kan diriku pada malam itu tersentak dengan ketewasan kesebelasan Da Red Warior 1-4 (sepakan penalty) kepada “keduabelasan” Da Red Giant. Mungkin kekalahan ini berikutan kurangnya pengalaman player-player muda yang menjadi tunggak skuad Kijang Emas. Mungkin juga kerana sikap ketua pengadil yang dikatakan berat sebelah dan aksi player-player pasukan Merah-Kuning yang selalu berpura-pura. Aah..biarkanlah, yang penting Kelantan telah ditakdirkan untuk kalah pada malam itu. Mesti ada hikmah di sebalik kejadian.

Kita perlu meneruskan perjuangan hidup dengan perkara- perkara yang bermakna dan berguna walau apa yang berlaku, bersesuaian dengan peranan kita sebagai hamba Sang Maha Kuasa dan khalifah di alam yang fana ini. Apa yang diamanahkan, tidak patut kita menghianatinya dan jikalau diberi bersuara, janganlah kita mendustainya. Begitulah kita dalam apa jua perkara sekalipun, termasuk dalam arena sukan, especially bola sepak. Kerana dibimbangi fenomena kemunafikan ini berleluasa di kalangan kaum muslimin dan menimbulkan perpecahan di antara kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiaporang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.”

(Hadis riwayat lmam Muslim)


Diriku turut tertarik dengan gelagat-gelagat para penyokong kedua-dua belah pasukan, tidak kiralah yang teruna, dara, tua, muda,kaya ataupun papa. Ada yang sanggup bersusah-payah datang dari jauh ke stadium, ada juga yang sanggup berasak-asak dengan puluhan ribu penyokong yang lain untuk menyaksikan tournament tersebut, ada yang sanggup berhabis ratusan duit dan tidak kurang juga ada yang begitu fanatik sehingga membaling objek ke arah padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keputusan dan cara pengadilan. Banyak lagi gelagat penonton yang tidak tergambar oleh pancainderaku. Begitulah berhasilnya ideologi HEDONISM YAHUDI mempengaruhi pemikiran umat kita pada hari ini.


Terdetik intuisiku menyatakan alangkah baiknya jikalau semua umat Islam sanggup bersusah-payah meneroka dan merantau jauh dari kampung halaman untuk menuntut ilmu, sanggup berasak-asak dalam memakmurkan masjid, memenuhi dan merapatkan saff, bergolok-gadai dalam menghadiri majlis ilmu. Alangkah elok juga sekiranya para muslimin bersemangat waja serta sanggup berkorban jiwa dan raga bermujahadah dalam menegakkan DAULAH ISLAMIAH FI SABILILLAH.


Harapanku agar suatu hari nanti apa yang diperkatakan intuisiku itu menjadi sesuatu yang nyata dan bukan ilusi semata-mata. Sekiranya semua ini berlaku, nescaya Islam akan berkembang maju laksana bunga yang indah, yang berkembang mekar dan mewangi, gugurnya memenuhi bumi..di padang dan tanah yang tinggi, kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada’..


Ameen,ameen.. Ya Rabbal Alamin..


No comments: