Sunday, May 10, 2009

Seteguk Kasih Secawan Rindu


IBU..,

Seteguk kasih,

Yang pernah kau tuangkan,

Di atas cermin hidupku,

Ianya tak pernah dijamah jemu,

Dan tak pernah jua kubiarkan,

Tangan-tangan lain menyapu,

Kerana bagiku,

Kasih-sayang ibu tak pernah surut,

Biarpun dijelajah waktu!

IBU..,

Secawan Rindu,

Yang sering kau hidangkan,

Tiap kali pagi menjelma,

Bisa mengenyangkan perutku,

Bertahun lamanya…

Ku sedari jua,

Bahawa rindu ibu sentiasa bersamaku,

Waktu di seberang lautan jasadku berada,

Namun..,

Ia tetap terpahat jitu dalam kalbu!

IBU…

Seteguk kasih,

Secawan rindu,

Akan selamanya berpadu dan bersatu,

Selagi bumi berpayungkan langit,

Dan selagi langit berlantaikan bumi,

Selagi gunung-ganang menjadi paksi,

Dan selagi rumput-rumpai menjadi permaidani,

Kerana kasi-sayang seorang ibu..,

ABADI DI SUDUT HATI!

SELAMAT HARI IBU…



Petikan Nukilan,

Selasihbelantara,

Kuala Krai,

Kelantan Darul Naim.