i-Quest '09
Sedar tak sedar, dah lebih seminggu Festival UIAM Kampus Kuantan (i-Quest ‘09) telah pun berlalu. Ramai yang memuji, tidak kurang juga yang mengeji annual program pada kali ini. Apapun, yang berlalu biarkan saja berlalu kerana tak termampu dek kudrat kita untuk mengundurkan putaran dunia. Apa yang penting, jika ianya buruk, jadikanlah ia suatu sempadan dan jikalau ianya bagus, jadikanlah ia sebagai teladan. Tahniah buat semua committee i-Quest ’09, terutamanya committee Majlis Pembukaan (OCE) kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik. Terima kasih di atas commitment dan jasa anda semua dalam menjayakan ‘amanah’ yang dipegang, meskipun pelbagai masalah dan dugaan yang menimpa. Begitulah asam garam kehidupan, tiada sesuatu pun yang mudah di dunia ini melainkan kita sendiri yang ‘menpermudahkannya’. Muhasabahkanlah diri kita bahawa Sang Maha Pencipta mahu mendengar keluhan dan ritihan berserta doa hamba-hambanya-Nya dengan menguji sejauh mana kesediaan dan keikhlasan mereka dalam menempuh kehidupan yang fana ini. Dengan berakhirnya i-Quest, maka terlucutlah ‘tugasku’ dan ‘kerja-kerjaku’ sebagai committee i-Quest secara amnya dan sebagai Penyelaras Program (PC OCE) secara khususnya.
Intuisiku tidak mahu mengupas panjang lebar mengenai i-Quest, mahupun pengalaman selaku committee. Bukan apa, hal ini telahpun dikupas dengan lebih lanjut oleh teman-teman mayaku yang lain yang turut mejadi committee program tersebut. Intuisiku hanya ingin menyentuh mengenai konsep
‘tugas’ dan ‘kerja’ sebagai ibadah dalam kehidupan harian kita semua. Memanglah Nampak cam remeh je, tapi ianya menjadi suatu falsafah yang diibaratkan ‘hidup segan, mati tak mahu’ bagi umat Islam hari ini.
Tahu tapi Tak Sedar
Kerja itu satu ibadah. Itulah realitinya. Namun, ramai di antara kita hanya tahu kerja itu suatu ibadah, tetapi tidak pula sedar bahawa ianya suatu ibadah. Persoalannya, apakah beza di antara tahu dan sedar?! Tahu itu hanyalah di kepala (pemikiran) manakala sedar itu pula di hati (penghayatan). Kedua-dua perkataan ini bukan sahaja berbeza maknanya, malahan berbeza juga implikasinya.
Seseorang yang hanya mengetahui kerja itu adalah suatu ibadah tidak akan bersungguh-sungguh, amanah dan bertanggungjawab berbanding dengan seseorang yang menghayatinya. Factor inilah yang menyebabkan ibadah umum tidak ditangani dengan sebaik-baiknya berbanding ibadah asas.
Hampir tidak pernah kita dengar seseorang yang bersolat Subuh (secara bersendirian) yang ‘skip’ bilangan rakaat solatnya menjadi 1 walau bagaimana letih, mengantuk atau uzur sekalipun dirinya. Ya, begitu amanah. Namun malangnya, kita selalu selalu dengar bahawa orang selalu ponteng, curi tulang, bermain-main dan membuang masa semasa waktu bekerja mereka.
Padahal solat Subuh itu ibadah dan kerja itu juga suatu ibadah. Begitu juga, jarang-jarang berlaku orang Islam curi-curi minum atau makan sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi perbuatan rasuah, sogok-menyogok dan tipu-menipu kerap berlaku dalam urusan perniagaan. Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku?! Bukankah kita wajib menjadi hamba Allah dalam dan luar solat, semasa berpuasa atau berniaga?! Perkara-perkara ini membuktikan bahaw ramai di kalangan umat Islam yang tahu bahawa kerja itu adalah suatu ibadah tetapi tidak menyedari hakikat ini. Firman Allah yang bermaksud :
“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta member zakat, mereka takutkan hari (kiamat) hyang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
(An-Nur : 37)
Syarat dalam Ibadah Umum
Harus difahami bahawa tidak semua aktiviti dan kerja boleh dianggap ibadah dengan begitu mudah. Misalnya, makan yang menjadi ibadah berbeza dengan makan yang tidak menjadi ibadah (menjadi adat saja). Begitu juga dengan pekerjaan, perniagaan, aktiviti social dan lain-lain. Semua ini mempunyai syarat-syarat yang perlu ditepati untuk menjadikannya ibadah.
Syarat-syarat ini sangat penting kerana tanpanya, pengertian ibadah umum boleh diekspoitasi dan dimanipulasi. Ada yang hanya meletakkan ikhlas sebagai syaratnya. Asalkan ikhlas, semua jadi ibadah. Padahal ada pekerjaan yang melibatkan arak, riba’, pendedahan aurat, pergaulan bebas dan lain-lain perkara yang diharamkan Syari’at. Pekerjaan ini tidak akan menjadai ibadah walau seikhlas mana sekalipun orang yang mengerjakannya.
Ada pula yang mengatakan asalkan tujuan pekerjaan itu baik, maka ia boleh dianggap ibadah. Ini juga tidak betul. Dalam Islam, tujuan tidak pernah menghalalkan cara. Sebab itulah Islam tidak mengiktiraf perbuatan ala-ala “Robin Hood” yang mencuri harta si kaya untuk diberikan kepada orang miskin walaupun niatnya baik kerana jalannya (mencuri) haram!
Secara umum, hanya 2 syarat ibadat yang telah ditetapkan oleh Islam. Firstly, hendaklah pekerjaan itu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Second, hendaklah ia dilaksanakan bertepatan atau tidak bertentangan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Jawatan @ Tugas sebagai Tanggungjawab & Amanah
Jika kerja adalah suatu ibadah, maka jawatan atau tugas pula adalah merupakan suatu amanah ataupun tanggungjawab kepada seseorang yang memegangnya. Adalah dinasihatkan supaya kita berfikir dahulu sebelum kita membuat keputusan samada kita ingin menerima sesuatu jawatan ataupun tugas. Memanglah Nampak gah jikalau kita memegang jawatan president, program manager, program coordinator, mainboard ataupun head committee, tapi pernahkah tercapai dek akal kita yang jengkal ini bahawa semua jawatan itu adalah suatu amanah yang begitu berat untuk dipikul dan memerlukan banyak pengorbanan daripada kita sendiri?! Pernahkah kita mengira berapa banyak tugas-tugas dan jawatan-jawatan yang tak terlaksana oleh kita dengan jayanya?! Tahukah kita bagaimana cara-cara untuk menjadi ‘ibad al-Rahman’ yang menjalankan tugas-tugas khalifah di dunia ini dengan efficient dan success? Jawapannya, tentu sekali TIDAK, bukan?! Habis tu, kenapakah kita begitu berani menerima tugas-tugas dan jawatan-jawatan yang penting sedangkan ianya tidak termampu dek kudrat kita, Sang Kerdil yang terkapi-kapai ini? Memanglah tidak boleh kita persalahkan 100% kepada individu yang menerimanya kerana by nature,manusia adalah bersifat suka mengambil risiko. Seperti firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.”
(al-Ahzab : 72)
Adalah lebih baik kita memikirkan kekangan-kekangan yang berada di sekeliling sebelum kita memberi kata putus untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Jikalau tidak termampu untuk kita menanganinya, janganlah bermimpi di siang hari… tolaklah ia seawal mungkin dengan cara berhikmah supaya tiada insan yang berkecil hati mahupun yang memendam rasa di kemudian hari.
Jikalau tugas-tugas dan jawatan itu sudah terpikul di bahu kita, maka bersedialah untuk berkorban apa sahaja dalam menjayakannya. Jangan pula kita mengambil sikap acuh-tak acuh, endah-tak endah, selfish dan lepas tangan saja. Jawatan hanya pada nama tetapi orang lain yang bertungkus-lumus untuk menggerak dan menjayakannya. Dan janganlah pula kita menarik diri di pertengahan jalan ataupun di saat-saat akhir. Ini semua akan membebankan individu-individu yang lain. Harus diingat bahawa untuk mencari keredhaan Allah di muka bumi ini, kita perlu menjaga hubungan kita dengan-Nya (hablunminallah) dan juga hubungan kita sesama manusia (hablunminannas). Jikalau hanya hablunminallah je okay, tapi hablunminannas hancur, maka tak ke mana juga kita!
Perfection
Pepatah English pernah berkata, “Don’t ever expect the perfection, if we ourselves are not perfect”. Rasanya tidak perlulah pepatah ini ditafsirkan lagi kerana kita dah pun lali mendengarnya. Ramai yang seringkali menggunakan pepatah ini dalam pertuturan harian mereka, namun pelik bin ajaibnya, mereka ini jugalah yang begitu mengharapkan kesempurnaan dalam semua aspek, termasuk dalam perkara-perkara yang tak perlu. Padadahal mereka inilah juga yang selalu menimbulkan masalah dalam sesuatu urusan pekerjaan dengan tidak menepati masa, tak datang meeting dan sebagainya. Bak kata pepatah “tak ukur baju di badan sendiri”. Musykil..,musykil…Huhu.
Mengharapkan kesempurnaan itu tak salah sebenarnya, tapi sederhana dahlah. Jangan kita mengharapkan output yang lebih daripada input yang tak seberapa. Sedangkan orang yang berusaha bersungguh-sungguh pun belum tentu tentu lagi berjaya, inikan pula kita ini yang malas-malas. Di sinilah, istiqamah dan ‘ithqan diperlukan daripada kita untuk meneruskan ‘perjuangan’ kita. Dan jangan pula kita memaksa orang lain untuk mengikut cara kita sedangkan mereka tidak mampu melakukannya. Itu namanya zalim! Ingatlah bahawa setiap individu ada cara mereka sendiri. Kita ini manusia, tidak terlepas daripada cacat dan cela.. mana mungkin kita mencapai kesempurnaan tahap gaban! Berusahalah sebaik mungkin, mengikut kemampuan diri sendiri dan bukannya hawa nafsu dan egois yang dijadikan panduan. Apa yang penting, kita perlu ikhlaskan niat kita sebelum melakukan apa-apa kerja dan berilah kerjasama dengan sepenuhnya kepada team-mates kita, barulah hasilnya memuaskan hati walaupun ianya begitu sempurna seperti yang didambakan.
Sekelumit Rahsia
Itulah sekelumit ‘rahsia’ dalam bekerja, iaitu ikhlas. Ketika sistem pengurusan dan pentadbiran sibuk dengan penanda aras, ISO, KPI dan sebagainya, sistem pengurusan dan pentadbiran Islam berteraskan ikhlas telah lama bertapak di hati para mukhlisin. Inilah rahsia keagungan pemerintahan Rasulullah S.A.W dan Khulafa’al-Rasyidin serta khalifah-khalifah Islam yang agung.
Ikhlaslah yang menyebabkan Umar al-Khattab sering ‘turun padang’ pada waktu malam untuk melihat kesusahan rakyatnya dari dekat. Dan Umar sendiri pernah dikejutkan oleh budak gembala kambing yang berkata, “Kalau begitu, di mana Allah?!”, ketika beliau menguji kejujuran budak tersebut dengan menawarkan untuk membeli kambing melalui rundingan ‘under table’ yakni tanpa kehadiran majikannya.
Ikhlas jualah yang menyebabkan Umar Ibn Aziz memadamkan lampu yang minyaknya dibeli dengan wang rakyat ketika anaknya datang untuk mengadu hal keluarga mereka. Dan apa lagi kalau bukan ikhlas yang menyebabkan Khalid al-Walid, yang dipecat daripada jeneral menjadi askar biasa tetapi keesokan harinya tetap berperang dengan hebat sambil berkata, “Aku berjuang bukan kerna Umar!”
Bukan menafikan disiplin, mekanisme dan sistem atau budaya kerja terkini. Bukan juga menafikan kecanggihan sistem pemantauan berteknologi tinggi. Namun hati manusia – majikan dan pekerja, pemimpin dan rakyat jelata, adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya.
Tiada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan, bukannya milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa?! Ya, dengan ikhlas!
No comments:
Post a Comment