Exam Mode Syndrome
Kebelakangan ini, bumi UIAM (Kuantan) menyaksikan betapa para pelajarnya dihinggapi oleh sejenis wabak, iaitu ‘exam mode syndrome’. Pelbagai gelagat boleh dilihat sebagai bibit ‘signs & symptoms’ daripada ‘syndrome’ ini. Ada yang sengaja membiarkan buku-buku berselerak diatas meja. Ada juga yang asyik mencari-cari nota-nota kuliah yang selama ini ‘disimpan rapi’, lalu menjadikan nota-nota tersebut berterabur lari daripada susunan asalnya. Tidak kurang pula, sebilangan pelajar yang mula memenuhi library dengan alasan tidak dapat focus on study di bilik kerana pelbagai asbab musabah.
Exam Mode Syndrome juga memperlihatkan segelintir manusia yang cuba ‘memulihkan kembali’ hubungan dengan Sang Maha Pencipta setelah sekian lama ianya ‘terabai’, yang dahulunya ‘disangkutkan’ atas alasan kesibukan dengan urusan masing-masing. Masjid-masjid, surau-surau dan majlis-majlis agama mula dipenuhi. Lampu-lampu dinir hari yang dahulunya terpadam mula dihidupkan kembali dengan Tahajjud, Zikir dan Munajjat. Alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, zikir-zikir, ceramah-ceramah agama serta lagu-lagu dan nasyid-nasyid yang menginsafkan, yang sebelum ini jarang kedengaran juga kembali berkumandang dan bergetar di gegendang telinga sebagai tanda proses ‘penyucian jiwa’ telah pun bermula. Adapun golongan yang selama ini terang-benderang ‘kehidupan gelap’ mereka dengan ‘Doutaa’, ‘Facebook’, Counter Strike’, on-line, cerita-cerita Korea dan anime serta hilai tawa bual-bicara, sudah pun bertukar menjadi zon menelaah dan diskusi pelajaran. Baguslah kalau macam tu. Semoga kita istiqamah dalam penghijrahan ke arah pengislahan. Cuma intuisiku terfikir, mengapakah semua ini tidak berlaku sebelum ketibaan exam?! Pelik bin ajaib kan kerenah manusia ini?!hehe.. Hayati firman Allah S.W.T. ini:
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui..”
(At-Taubah: 41)
Walau bagaipun, ada lagi golongan yang paling pelik, iaitu mereka yang hanya menumpukan seluruh hidup, jiwa dan raga mereka terhadap exam semata-mata sehinggakan mereka ini mengabaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Apa yang paling membimbangkan adalah tanggungjawab terhadap Khaliq juga turut terabai, dek kerana ketidakcukupan masa bagi mereka untuk accomplish revision sebelum exam tiba. Sebagai contoh, ada di kalangan kita yang ter’miss’ Subuh mereka, (jika tidak pun ‘Subuh Gajah’) disebabkan stay up study sampai ke awal pagi. Tidak kurang juga yang melewat-lewatkan solat semata-mata untuk menghabis bacaan nota.Apatah lagi amalan-amalan sunat yang dilakukan untuk menampung ‘kekurangan’ amalan-amalan fardhi. Possibility semua itu untuk tidak disentuh langsung amat tinggilah odd ratio nya. Huhuhu..
Insaflah wahai manusia!! Jika itulah yang menjadi lifestyle kamu, maka tidak ke mana juga hidup kamu nanti. Intuisiku bukanlah memandang enteng terhadap golongan seperti ini tetapi harus diingat bahawa tidakkah Islam menuntut umatnya supaya berlaku ‘ADIL?! ‘ADIL pada ALLAH, ‘ADIL pada MALAIKAT, ‘ADIL pada RASUL, ‘ADIL pada KITAB dan HARI KIAMAT, ‘ADIL pada QADA’ dan QADAR, ‘ADIL pada ‘MAKHLUK’ SEKELILING, malah ‘ADIL pada DIRI SENDIRI. Bahagiakah kita jikalau kita diletakkan BUKAN pada ‘tempat’ di mana sepatutnya kita berada?! Fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk kerana kita adalah sebaik-baik kejadian, dilengkapi dengan ‘aqal fikiran, yang tidak ada pada makhluk Allah yang lain. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”
(Yunus: 44)
Persoalannya..
Pastinya akan timbul di benak fikiran kita kenapa mesti wujudnya exam, kan? Dan apakah pula rasionalnya exam? Dunia ini memerlukan exam kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah ‘puaka’ ini sehingga terseksa pelajar-pelajar dibuatnya? Ish..ish..ish..kesian mereka.. terpaksa mengharungi musim exam, seolah-olah mengharungi musim suatu epidemic (bukan pandemic ea..hehe) yang chronic. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis syndrome. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah immune psikologinya, syndrome stress dan depress akan bertenggek di jiwa dan raga, seolah-olah wabak taun yang merencam sistem pencernaan.
Akan tetapi, tanpa disedari, chronic epidemic ini adalah bermusim. Selagi mana bergelar seorang ‘pelajar’, jangan harap lar kita hendak lari daripadanya. Kitaran exam sentiasa berulang. Exam datang dan pergi tetapi perginya pasti akan kembali.
E-mail daripada Sahabat
Berbicara tentang exam, teringat pula satu emel daripada seorang sahabat yang sedang melanjutkan pelajaran beliau di University Alexandria, Mesir. Ceritera ini sangat menarik dan bekmakna jikalau diamati dengan sedalam-dalamnya. Semoga ianya dapat merubah persepsi kita tentang exam. Berikut adalah copy-paste (yang mendapat kebenaran copyright daripada tuan empunya diri taw..=):
**********************************************************Teguran Dr. Ibrahim Jawarneh
Satu hari, semasa keputusan Imtihan Awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.
Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.
Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:
“Antum allaziina la yakhafuunallah!”
Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.
Apa Kaitan Tidak Takutkan Allah, dengan Markah Rendah dalam Peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.
Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.
“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”
Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”
Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.
Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.
Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”
Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”
Pelajar itu diam.
Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Dan tiada siapa lagi yang bersuara.
**********************************************************Makna yang Tersirat di Sebalik yang Tersurat
Sebenarnya, apa yang intuisiku ingin bawakan bukanlah hanya bertemakan peperiksaan semata-mata. Sebabnya, nak tahu kenapa?!(buat-buat suspen lar pulak..hehe..). Relevannya adalah kerana apa guna kita berbicara mengenai peperiksaan sekiranya study pun kita tidak sungguh-sungguh.
Pokok pangkalnya, sekiranya intuisiku hendak bercakap mengenai peperiksaan, nescaya ianya tidak akan jauh menyimpang dari tema belajar sungguh-sungguh, bukan? Apa pula tips untuk menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari belajar sungguh-sungguh?
Fahamkah anda tentang maksud ayat ini:
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”
(Ali Imran: 159)
Mengapa selepas BERAZAM, terus disebut TAWAKKAL?! Di manakah ‘USAHA’?!
Ahaa! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?!
Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu (dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah TAWAKKAL?! Adakah TAWAKKAL ini maksudnya BERLEPAS TANGAN dan BERDOA semata-mata?! Maka jawapannya tentu sekali adalah.. TIDAK.. TIDAK dan TIDAK.
Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.
Tidakkah anda MELIHAT?! Tidakkah anda MEMERHATI?! Tidakkah anda MENTAFSIR?! Tidakkah anda MEMAHAMI?! Tidakkah anda MENGHAYATI?! Soalan itu intuisiku serahkan kepada anda untuk menjawabnya..=)
p/s: Dalam kesibukan kita untuk mengejar masa untuk perform dalam final exam kali ini, jangan dilupa kepada nasib saudara-saudara serumpun kita di Indonesia yang kini menderita dek kerana bencana Tsunami & Gunung Merapi. Berdoalah semoga Allah memudahkan segala urusan dan menjauhkan kita dan mereka daripada malapetaka dan bahaya..Ameen..Ameen..Ya Rabbal 'Alamin..=)