Wednesday, October 13, 2010

Berpakaian tetapi Telanjang?!

Masihkah Kau Ingat?!

Masih ingatkah kita pada hadith yang bermaksud:

“Ada dua orang golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan yang kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”

Tentu ada di kalangan kita yang sangat ‘mahsyi’ dengan hadith sahih ini. Ada juga yang ingat-ingat lupa dan tidak kurang pula ada yang tak pernah dengar pun hadith tersebut, apatah lagi untuk mengetahuinya. Hadith di atas menerangkan tentang hukuman terhadap orang-orang yang zalim dan juga golongan wanita yang ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Itu sahaja yang mampu dicoretkan intuisiku di alam maya ini. Sekiranya saudari atau saudari inginkan penjelasan yang lanjut, maka bolehnya merujuk kitab-kitab yang dikarang oleh Cendikiawan-cendikiawan Agung kita terdahulu. Takpun boleh merujuk terus tok–tok guru, ustaz-ustaz, guru-guru agama atau mereka yang lebih arif lagi pakar dengannya.=)

Sedar tak sedar, arus kemajuan telahpun mengalir dengan derasnya, lalu membawa kita hanyut bersama ombak kekeliruan ke muara millennium yang serba moden ini. Samada rela ataupun tidak, perubahan telahpun berlaku kepada kita secara evolusi mahupun revolusi. Tengoklah dari segi ‘lifestyle’ orang-orang sekarang, semuanya mahu gah dan menyenangkan. Dari segi pemakanan pula, sudah jarang konsep ‘makan secara sihat’ diamalkan. Begitu juga dengan pemakaian. Dewasa ini menyaksikan betapa rakusnya para manusia mengikuti perkembangan fesyen semasa. Lihatlah sekarang, berlambak-lambak fesyen yang terpamer di pasaran, yang biasa-biasa sehinggalah yang pelik-pelik.

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita

Syaitan adalah ‘makhluk’ yang paling ‘kreatif’ dalam menggoda manusia. Si ‘api’ ini memiliki pelbagai cara dan strategi yang begitu licik sekali. Modus operandi yang sering diguna pakai oleh si ‘Laknatullah’ ini adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang ada pada anak-anak Adam, iaitu kecenderungan untuk mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan sememangnya tahu akan kecenderungan nafsu kita, jadi makhluk ini akan terus berusaha agar manusia terkeluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah chronology bagaimana si SYAITAN LAKNATULLAH ‘membuka’ aurat para muslimah secara berperingkat (mengikut pandangan daif ‘intuisiku’ ini, diolah daripada kitab "At-Ta'ari Asy-Syaithani", maha karya agung Adnan ath-Thursyah..):

a) Menghilangkan Definisi Hijab

Pada tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama (sekularisme), ia hanyalah sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi kaum Hawa. Jadi tiadalah PAKAIAN SYAR’IE dan PAKAIAN BUKAN SYAR’IE, semuanya dipanggil PAKAIAN, tidak kiralah apa jua pun bentuk dan fesyen rekaannya.

Natijahnya, ketika zaman berevolusi, dengan kebudayaan manusia telah bersilih-ganti, maka tidak akan ada masalah bagi pakaian juga untuk ikut sekaki. Demikian juga ketika seseorang berhijrah dari suatu permaustautinan ke permaustautinan yang lain, maka dirinya haruslah disesuaikan ‘rentak’ penduduk permaustautinan tersebut, pakailah apa yang mereka pakai. Berbeza halnya pula jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah PAKAIAN SYAR’IE, iaitu sebagai identiti keislaman, yang memakainya sebagai ibadah, bukan sekadar gaya fesyen terkini, atau trend sensasi. Biarpun hidup bila-bila saja dan di mana jua, namun HIJAB SYAR’IE tetap digenggam teguh, jua dipertahan utuh. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan akan pula beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimana?! Tahukah caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah, tidak pape! Kan masih pakai jilbab, baju pun still panjang. So ape nak heran?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tengok tu.. kan takde pe pun yang berlaku.”

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah pula ‘Si Laknat’, membisikkan perkara baru lagi sesat. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi gah, yakni terbuka bahagian dada, sebelah atas. Tapi jangan disebutnya sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas, lagi selesa. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli pape, sebabnya hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.”

Lalu dipakailah pakaian fesyen terbaru yang agak terbuka, di bahagian leher dan juga dadanya, dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V", yang tentu menjanjikan bahagian sensitif lagi dari dada lebih ‘ternganga’.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

‘Sang Api’ berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, kurang cool daripada biasa. Yuk cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi, apa ya?” Lalu Si wanita cuba untuk berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, kalau bentuknya dibuat yang agak ketat, nanti jadinya lebih sedap, lagi dipandang mantop," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, dicarilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminine," begitu dia menokok-nambah. Sebagai impak, pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, semakin hari semakin bertambah ketat dan ‘menyerlah’, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!!).

Keempat, Agak Dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya, dia menawarkan idea baru yang sepertinya vogue dan elegance. Lalu dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energetic." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy, ketawa berdekah-dekah," katanya.

Inilah level awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan HIJAB SYAR’IE yang sebenar. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


b) Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan mula mengorak langkah, dengan tipu daya yang lebih power dan ‘gagah’. Tujuannya agar para wanita menampakkan lagi bahagian aurat tubuh mereka.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik lagi kepada Kaum Hawa, "Baju panjang betol-betol tak selesa lar. Kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, takpe kot.. lebih-lebih lagi kalau dipotong aje hingga ke atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Tapi......tunggu dulu! Ada yang yang kamu terlepas pandang. Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidaklah sepadan. Sekarang, cuba kamu cari jilbab yang kecil. Bukan ape, ianya agar kamu rasa lebih serasi dan sepadan. Ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita pun yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Turut tidak ketinggalan, kasut tumit tinggi turut mencuri tumpuan. Yang kalau digunakan untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah terbiasa dilakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia cukup senang dengan apa yang kamu lakukan. Buktinya, mereka tidak menunjukkan apa-apa reaksi, kecuali hanya beberapa orang..itu pun kes-kes ‘terpencil’. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira 10cm saja, dah pun cukup. Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan ‘Si Laknat’ dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya, terus sahaja dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya ke mana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di kaca mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si Hawa terfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dan Sahabat dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah, ternyata tidak! Kan sekarang zaman sudah berubah. Kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki. Tapi kini lain ceritanya. Sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya juga harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis. Kalau perlu, lagi ke atas pun takpe, sehingga nampak seluruh betisnya."

“Akan tetapi, apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?!" si Hawa bersungut. "Fitnah?! Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehinggakan wanita-wanita mereka lebih banyak berada di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza. Kaum Adam kini lebih menyenangi bahagian tubuh wanita yang terbuka lagi terlihat. Malahan suka dengan mengatakan “ooh” atau “wow”. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana suka sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana sini, dari yang di pasar malam hingga yang branded di shopping complex, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang mundur dan ketinggalan zaman."

Demikianlah bisikan sesat si syaitan, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab daripada wanita.

c) Serba ‘Mini’

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan sebagai kebiasaan, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, bukan setakat yang itu-itu saja, kerana sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah dan menawan."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha pun pakai Hawa, bajunya pun bervariasi juga, ada yang hingga lengan tangan ianya terbuka, terdedah pula bahagian dada, tidak ketinggalan bahagian punggungnya pun ada dengan tersarungnya berbagai fesyen yang serba pendek, mini dan berjeda. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain macam. Tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun milik dia, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, tidak mustahil akan muncul idea untuk mandi di kolam renang secara terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

“Selanjutnya terserah kamu wahai Hawa, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain yang bukan muhrim atau mahramnya, di tempat umum, tak terlindung dari semua mata. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu," bisik Syaitan yang berlepas tangan.

Sekadar Renungan Bersama

Sayidina Ali (R.A.) menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab:

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.”

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya:

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Lalu Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu.

Rasulullah menjawab:

"Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

So, Anda Pula Bagaimana?!

Demikianlah betapa halusnya cara yang digunakan Syaitan Laknatullah, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan ianya berlarut-larutan, kerana kalau sudah menjadi kebiasaan, maka sukar sakan bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

“akan kusampaikan walaupun sebaris ayat..”

2 comments:

zizu said...

Assalamualaikum... saya mohon izin untuk simpan dan kongsi entry ini . terima kasih.

faizalMS said...

wasalam.silakan..=)