Friday, October 22, 2010

Perang Hunain Satu Pengiktibaran

Kisah Perang Hunain adalah sebuah kisah peperangan yang perlu dihayati oleh semua umat Islam kerana ia memberi iktibar yang besar buat kita semua.

Perang Hunain berlaku antara Umat Islam dari Kota Madinah dan Kota Makkah (yang baru masuk Islam selepas Fathul Makkah) dengan Kafir dari puak hawazin di Thaif. Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang agak ramai iaitu 12,000 orang iaitu 10,000 dari umat Islam Madinah dan 2,000 umat Islam Makkah. Pada zaman itu, tak pernah ada tentera sebesar itu di Tanah Arab. Tapi, kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Kenapa ya? Haa.. sebabnya mereka berasa selesa dengan kedudukan mereka dan menyebabkan mereka terlupa untuk mengatur strategi perang bagi mengalahkan tentera musyrikin.


Di pihak tentera kafir pula,bila mereka mendapat tahu mengenai jumlah tentera Islam yang sangat besar, mereka berasa gentar dengan jumlah tentera Islam yang besar tersebut. Normal lah manusia bila dalam keadaan terdesak, mereka akan cuba memerah otak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di tengah kekalutan itu, muncul seorang pemuda bernama Malik bin Aufan Nasri yang mengerahkan seluruh kaum keluarga dan harta benda digunakan bagi tujuan peperangan. Kenapa dia bertindak begini? Malik berkata, “Kaum lelaki ini tetap akan teguh dalam pertempuran melindungi keluarga dan hartanya dan tidak akan terfikir sama sekali untuk mundur atau melarikan diri.


Tindakan ini dibantah keras oleh seorang tua (pahlawan yang berpengalaman) yang bernama Duraid bin Sammah. Beliau berpendapat bahawa tindakan Malik ini tergopoh-gapah dan Malik tidak memikirkan akibat yang bakal diterima jika mereka kalah dalam peperangan ini. Jika mereka kalah, mereka perlu menyerahkan kaum wanita dan harta mereka kepada orang Islam sebagai harta rampasan perang. Selain itu, kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang telah menyulitkan dan menghalangi gerakan tentera.


Nampak tak dalam peristiwa tersebut sikap orang muda yang tergopoh-gapah dalam membuat keputusan? Bukan apa, orang muda ni sebenarnya agresif dan mempunyai semangat yang membara dalam diri mereka. Saya berpendapat jika orang muda ini dibentuk dan dibimbing ke jalan yang benar, kita semua boleh mencapai kemenangan. Yang orang tua pula seharusnya memberi tunjuk ajar sebab pengalaman yang mereka ada memang banyak. Apa yang penting sekarang bukanlah untuk menuding jari siapa salah dan siapa betul. Daripada kita semua terus mengukur perbezaan kita, rasanya lagi baik kalau kita semua mencari titik persamaan antara kita semua. Haa … kalau susah sangat, kita gunakan perbezaan yang kita ada itu untuk melengkapi antara satu sama lain. We are here to complete, not to compete.


Berbalik kepada kisah perang Hunain tadi, umat Islam mengalami kekalahan pada peringkat awal gara-gara terlalu selesa dengan bilangan tentera yang ramai. Hal ini menyebabkan ramai di antara tentera Islam yang berniat untuk melarikan diri dari medan perang. Kenapa ya? Haa.. sebabnya keimanan mereka ini masih belum teguh, mereka ni sahabat-sahabat yang baru memeluk Islam selepas Fathul Makkah. Dalam keadaan kelam kabut tu, Rasulullah melaungkan, “Hai Pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya!”. Laungan Rasulullah SAW tidak didengari dek kekalutan waktu itu. Lalu baginda meminta Saidina Abbas yang mempunyai suara yang lantang untuk melaungkan, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Saidina Abbas melaungkannya dengan berulang-ulang.


Mendengar laungan Saidina Abbas itu, sahabat-sahabat ini tersedar dan kembali kepada Rasulullah dengan penyesalan yang mendalam. Mereka kembali untuk menyusun kembali barisan peperangan mereka, dan Alhamdulillah mereka telah berjaya mengalahkan pihak tentera kafir dalam masa yang singkat.


Jika disingkap iktibar yang boleh diambil dari kisah Perang Hunain ini, ada 3 perkara yang saya dapat:

1. Kuantiti Vs Kualiti Jumlah yang besar tidak mampu menjamin kemenangan kita. Kita kena sedar segala kemenangan dan kekalahan yang kita perolehi datangnya dari Allah SWT. Umat Islam bagai buih-buih di lautan. Kalau kita tengok siapa yang tertindas kat dunia sekarang ni? Umat Islam kan?? Bilangan kita ramai tapi kita masih lagi ditindas oleh orang kafir.,. Ya, kita tahu Allah janjikan kemenangan untuk umat Islam suatu hari nanti, tapi adakah kita boleh untuk rasa selesa dengan keadaan kita sekarang ni? Ramai, tapi…. (sambung sendiri ya) . Kalau kita kaitkan dengan situasi kita sebagai pelajar, selama ni kita adalah pelajar terbaik sekolah, creme de la creme and what not.. Bila kita gagal dalam peperiksaan, terus kita patah hati. Seakan dunia berhenti berpusing. Apa yang kita boleh buat adalah kita perlu sedar yang mungkin Allah nak ajar kita untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa Aku hebat dalam diri. Mungkin kita terlupa bersyukur kepada Allah.


2. Perselisihan pendapat antara orang muda dan orang yang lebih berpengalaman rasanya saya dah hurai di atas. Yang penting, kita semua di sini adalah untuk saling melengkapi, bukan untuk bertanding sesama sendiri.


3. Bai’ahHebat kan Islam? Laungan Saidina Abbas telah menyedarkan tentera Islam tentang lafaz bai’ah mereka. Bai’ah ini adalah perjanjian kita dengan Allah untuk menyerahkan hidup dan perjuangan kita ni hanya kerana Allah SWT. Dalam kisah ini, bai’ah ini telah mengingatkan sahabat-sahabat supaya kembali istiqamah dalam keadaan sukar atau senang.


Akhir kata, banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah-kisah terdahulu.

Wallahua’lam.

No comments: