Thursday, January 20, 2011

Cuba Try Cinta!



-Berbahagialah bagi mereka yang dihidupkan hatinya dengan cinta.. Namun waspadalah bagi mereka yang dibutakan hatinya dengan cinta..-
Cuba try cinta! Ha, tapi cinta yang macam mana tu agaknya? Cinta – ibarat hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. Memang dusta dikatakan jika ada insan yang menolak anugerah Allah ini. Bahkan rugilah mereka yang mensia-siakan nikmat pemberian-Nya ini, kerana cinta adalah sebahagian daripada naluri insani – ingin bercinta dan dicintai. Tanpa cinta, seseorang itu tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan dengan baik. Namun, persoalannya di sini, bagaimanakah caranya seseorang itu melayarkan bahtera cintanya? Adakah berdiri pada landasan yang hakiki? Jawapannya di tanganmu sendiri. Tepuk dada tanyalah iman.
Menurut kalam hukama’ :
“Cintakan harta itu bakhil, cintakan wanita itu alam(dunia), cintakan diri itu bijaksana, cintakan mati itu hidup dan cintakan Ilahi itu takwa(takut)”.
Sahabatku, renunglah jauh ke dalam kalbumu, muhasabahlah dirimu kembali dan tanyalah hatimu :
"Untuk apa aku bercinta dengan seseorang yang tidak halal dan tidak syar’ie bagiku? Cintanya hanya membuatkan fikiranku bercelaru dan langsung tidak ada manfaat untukku. Apa yang aku dapat? Hanya keseronokan sementara dan dosa yang kian menggunung. AstaghfiruLlah al-‘azim. Tapi, cinta-Nya! Tiada bertepi dan tidak pernah mengecewakan. Cinta-Nya sangat membahagiakan dan menenangkan hati. Lagipun, untuk apa aku bercinta dalam usiaku yang setahun jagung ini, (yang lebih pantas untukku menadah sebanyak mungkin ilmu berguna untuk mendewasakanku menjadi insan pencinta yang diredhai-Nya) jikalau itu hanya akan menempah siap tiket dingin dan lebih teruk lagi tiket penceraian apabila aku berumahtangga dengannya nanti. Adakah selamanya aku boleh berbahagia dengannya? Insan boleh berubah, sedangkan Allah tetap sifat dan zat-Nya Yang Maha Agung itu. Layakkah aku menerima cinta-Nya, jika aku berterusan membiarkan diriku hanyut dalam kancah cinta buta dan tidak syar’ie ini? Mampukah aku hidup tanpa menghirup nafas cinta-Nya?"
Sahabat, tidak malukah kamu dan tidak takutkah kamu dengan tanganmu sendiri yang digunakan untuk SMS perkara lagha itu, akan menjadi saksi perbuatanmu di akhirat nanti? Tangan itulah nanti yang akan dicampakkan ke dalam Jahanam bersama tubuhmu! Adakah kamu ingin telingamu pekak dan mengeluarkan nanah yang sangat busuk di akhirat nanti kerana telingamu itulah yang digunakan untuk mendengar perkara-perkara lagha? Dan sanggupkah matamu menjadi buta dicucuk besi rendaman Jahanam, kerana pandanganmu yang tidak terjaga?”
“Insaflah wahai sahabat, selagi pintu Nasuha masih terbuka luas untukmu. Jangan sampai ajalmu sudah sampai di kerongkong, baru kamu ingin meraung, mengenangkan dosa-dosa maksiat yang telah kamu lakukan. Masih tidak terlambat untuk berubah, tetapi kamulah sebenarnya yang melambat-lambatkan dan melengah-lengahkan waktu itu. Raihlah dan kejarlah cinta-Nya yang syumul itu biarpun terpaksa berlari untuk mendapatkannya, kerana Allah akan mendatangimu sepantas kilat sahaja. Tetapi, hakikat insani, semakin kita mengejar cintanya, semakin jauh dia lari meninggalkan kita.
Terakhir kali sahabatku, berubahlah ke arah hidup yang lebih bermakna dengan bersanadkan cinta dari-Nya. Jom try cinta ALLAH!




Hak Cipta:

No comments: