‘Bangau’ dan Kehidupan
“Bodoh lar mamat tu, maen macam sial! Sebab dialah group kita kalah! Tak nak dah aku bergu dengan dia lagi esok!”
“Ini semua salah tenure lepas, kami orang baru memang tak bersalah!!”
“Ya Allah, nie je ke result yang ko dapat?! Ape, cikgu kamu makan gaji buta ke?!”,
“Bongok punya YB, dah diminta berkali-kali, tapi still tak dapat-dapat lagi!” ...
Begitulah antara sebilangan kecil daripada statement- statement ‘bangau’ yang sudah terbiasa keluar daripada mulut masyarakat kita tidak kira dalam keadaan leka ataupun terbuka mata. Sebenarnya, budaya ‘membangau’ atau dengan kata lainnya blaming culture, samada kita sedar mahupun tidak, sudah lama sebati dalam kehidupan kita sehari-hari. Tidak kiralah di peringkat mana sekalipun, apa yang menjadi pasti, menyalahkan orang lain adalah satu perkara yang paling mudah bagi menutup kekurangan dan kesilapan diri sendiri.
Di peringkat bawahan, seringkali kita menyalahkan pimpinan atas setiap perkara yang berlaku. Misalnya jika anak kita mengalami masalah dengan moral dan akhlak, maka sistem pendidikan jualah yang dipersalahkan. Jika anak kita tidak terpilih ke sekolah atau universiti tertentu, maka kita salahkan pihak management yang main kroni. Bila mana hidup kita masih di takuk yang sama, maka kita salahkan pula kerajaan yang masih lagi dengan idea-idea dan pendekatan-pendekatan yang lama. Bila mana di pejabat kita tak juga naik-naik pangkat, maka kita salahkan pula para kaki bodek dan bos yang suka pilih kasih dan.
Memang tak salah pun kalau kita nak salahkan orang, lebih-lebih lagi jikalau orang itu memang betul-betul bersalah. Tapi ada banyak perkara yang perlu difikir dan diambil kira sebelum orang lain ditakliqkan dengan kesalahan secara membabi buta dengan sewenang-wenangnya. Daripada Abu Hurairah R.A., bahawasanya Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”.
(H.R. Muslim)
Seni Menyalahkan Orang Lain
Menyalahkan orang lain sebenarnya adalah sebuah seni. Apa?! Mengarut?! Betul, tak tipu.. Seni ‘bagau-ing’ ini dikenal dengan sangat baik oleh umat manusia, dan kemasannya bisa tampak begitu selamba sehingga pelakunya sendiri terkadang tidak sadar bahawa dia telah melakukannya. Ketika dihadapkan pada sebuah masalah, maka solusi termudah yang bisa ditemukan biasanya adalah menimpakan semua tanggungjawab pada orang lain. Pada sebahagian orang, kebiasaan ini sudah menjadi sebuah automatic reflex tanpa disangka-sangka.
Memang wajar jika manusia tidak ingin dipersalahkan. Tidak ada orang yang merasa nyaman mengakui kesalahan atau kekurangan dirinya. Akan tetapi, sikap inilah yang menjadi batas yang tegas antara manusia yang sukses (atau bakal sukses) dengan mereka yang sudah takdirnya menjadi buih di lautan luas.
Kekadang ada juga orang yang berpendapat bahawa mengakui kesalahan adalah suatu tindakan yang akan mencoret nama baik dan ketulusan peribadi si pelaku. Namun, kenyataan di lapangan menunjukkan sebaliknya. Sebagai contoh, kes skandal Bill Clinton dan Monica Lewinsky ketika suatu masa dahulu. Apa yang dilakukannya sebagai orang nombor satu di sebuah negara adikuasa yang terlanjur melakukan sebuah nista?! Clinton dengan selamba mengakui semuanya dan memohon maaf di hadapan kaca TV. Natijahnya, gelombang pemberian maaf dari rakyatnya sendiri berlaku cukup pantas sekali. Intuisiku tidak berani untuk menaksirkan apakah Clinton melakukannya dengan tulus ataupun hanya sebuah muslihat licik seorang ahli politik. Apa yang jelas, langkah pengakuan kesalahan tersebut telah pun mengubah persepsi banyak pihak terhadpnya, daripada yang jelik kepada yang lebih baik.
Dari dimensi yang berbeza, pengakuan terhadap kesalahan peribadi adalah suatu langkah yang paling realistik. Barangkali memang benar bahawa orang lain pun berbuat salah. Namun dengan memikirkan hal tersebut secara exclusive, ianya bisa menjadi hal yang sangat membuang waktu bagi kita. Kita tidak mungkin dapat mengubah orang lain sebelum mereka sendiri mengambil keputusan untuk berubah. Kita hanya bisa untuk memaksa, tetapi kita tidak akan pernah bisa untuk mendatangkan rela.
Sekiranya kita cuba memaksa orang lain untuk mengubah sikapnya demi kepentingan kita, maka bersedialah untuk lari dari rasa KECEWA jikalau ianya hanya membuahkan hasil yang TIADA. Ketahuilah bahawa setiap manusia punyai kendali atas dirinya sendiri. Kalau diri sendiri tidak mahu berubah, maka habislah segala alternatif penyelesaian masalah yang kita miliki.
Kisah Sebagai Íbrah
Terdapat satu riwayat menyatakan Luqman al-Hakim dan anaknya ke pasar, Lukman Hakim menaiki keldai manakala anaknya berjalan di belakang. Orang-orang yang memandang berkata “Sungguh tak bertimbangrasa orang tua itu. Anaknya disuruh berjalan sedangkan dia menaiki kaldai”.
Lalu Luqman al-Hakim pun berjalan, dan anaknya pula yang menaiki keldai. Berkata pula orang-orang lainnya “Kurang adab betul budak itu, adakah patut bapanya yang tua itu berjalan sedangkan dia menaiki keldai?”
Maka Luqman al-Hakim dan anaknya sama-sama menunggang keldai itu. Namun masih ada juga orang mengata “Kejam sungguh mereka berdua ini, tergamak kedua-duanya menunggang keldai yang kecil itu”.
Akhirnya kedua-duanya sama-sama berjalan dengan keldai itu. Berkata pula orang-orang di pasar “Bodoh sungguh mereka ni, ada keldai tapi tidak ditunggang”.
Walaupun kisah ini memberi pengajaran bahawasanya tiada seorang pun yang akan terlepas daripada percakapan manusia dan memuaskan semua hati daripada mereka, namun ia juga boleh diibaratkan dengan memikirkan tentang orang lain. Tidak lain dan tidak bukan, suatu attitude yang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Sunnatullah, setiap orang akan mendapat laba dari apa yang diusahakan mereka. Maka jikalau kita hanya menyalahkan orang, orang berkenaan tidak rugi apa-apa, sebaliknya nasib kita tidak berubah selama-lamanya.
Seperti mana Luqman al-Hakim dan anaknya yang ‘mengikut’ kata-kata orang di sekitar mereka, yang penat naik turun keldai adalah mereka. Orang-orang di sekitar mereka tidak terjejas apa-apa meski untung ataupun rugi. Jadi kita tidak perlu terlalu menyalahkan orang yakni memikirkan tentang orang yang menyusahkan kita, sebaliknya kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri.
Propaganda Diri
Kadangkala apabila kita membuka TV, kebetulan pula rancangan yang disiarkan adalah sebuah program nyanyian yang lagha dan penuh dengan pemdedahan aurat, maka dengan semena-mena kita terus komentar “Inilah dia kerja kerajaan!”, “Propaganda Yahudi!”, “Kerja orang nak sesatkan umat Islam!”
Memang benar, tapi kita ada kuasa untuk mengawal semua itu. Kuasa yang paling kuat ialah dengan tidak membuka sebarang rancangan televisyen!
Namun apabila kita terlalu fokus kepada ‘apa yang orang buat pada kita’, kadangkala ia boleh menenggelamkan potensi diri kita yang sebenar, iaitu mengatasi perbuatan tersebut. Dan yang menjadi masalah akar-umbinya, kita juga yang hanyut sama.=)
Bangau Oh Bangau
“Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan, mengapa kau tak mahu timbul?!
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat..”
Ingat lagi tak lagu rakyat di atas?! Rasanya, orang-orang yang ‘berpengalaman’ masih lagi mengingatinya. Namun bait-bait kata di atas hanyalah sebahagian kecil daripada rantaian penudingan jari dalam life cycle semulajadi. Penundingan jari disebabkan oleh pertanyaan mengapa kurusnya si bangau sahaja, dan berlarutan sehinggalah kepada punca masalah yang sebenar, iaitu ular yang ingin memakan katak. Akhirnya tiada sesiapa yang untung. Mungkin hanya si ular saja yang untung disebabkan ia berkuasa untuk membaham si katak atas dasar natured biological factor yang dibangga-banggakannya. Akan tetapi, disebabkan oleh semua pihak, terutamanya si bangau yang tidak bisa untuk berfikir secara lebih jauh, bila mana si ikan tidak mahu-mahu timbul, maka tiada terdetik pun secebis rasa untuk si bangau mencari ikan di lubuk atau kawasan lain, sedangkan ianya bisa untuk terbang ke mandala-mandala yang lebih subur.
Mungkin disebabkan si bangau malas nak berusaha, malas nak cari, malas nak terbang, maka jalan pintasnya ialah salahkan ikan. Ikan pula salahkan rumput. Rumput salahkan kerbau…dan seterusnya...
Persoalannya, adakah kita masih ‘membangau’?!
Lari dari Tanggungjawab
“Siapa buat anak ibu nie?” tanya seorang Ibu kepada anaknya yang sedang menangis.
“Amin terhantuk dinding, bu..” jawab si anak dalam tangisan.
“OOoooo... nakal ye dinding?! Mari Ibu babap dinding nie!” ujar si ibu sambil membuat aksi memukul dinding.
Biasa, kan?!
Mungkin ianya hanyalah suatu benda kecil sahaja bagi kita. Cara bagaimana si ibu untuk diamkan si anak, maka objek lain yang dicari untuk dimarahi. Itulah sebenarnya yang menjadi budaya kita sampai sekarang. Sejak kecil lagi si ibu akan mencari objek lain untuk dimarahi bila mana anak mula menangis. Apabila si anak sudah pun besar, maka dia pula yang mencari objek lain untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan bila mana hidupnya dilanda susah.
Secara tidak langsung, dia dapat lari dari menanggung dan menjawab. Bila mana ada benda tak kena, tunding saja jari kepada orang lain. Sungguh mudah, bukan?!
Sedangkan semasa dia kecil dulu, jikalau dia tak lari laju-laju, maka gerenti kepalanya takkan terhantuk pada dinding. Sepatutnya si ibu nasihatkan anaknya supaya berjalan dengan perlahan dan berhati-hati supaya tak terlanggar dinding lagi, bukan dengan marahkan dinding. Dinding tak bersalah apa-apa, dan tak ada perasaan pun. Cuma sikap menyalahkan benda lain saja yang ditanam dalam diri anaknya.
Siapa yang Memandu Kehidupanmu?!
Seorang lelaki berjalan seorang diri di hutan setelah terpisah dari kumpulannya setelah selesai menjalani perkhemahan di sebuah kawasan air terjun. Namun dia tidak terlalu panik kerana di tangannya ada peta dan kompas. Di dalam perjalanan, dia terlihat seorang lelaki yang sedang membawa gulungan rotan. Fikirnya itu mesti orang tempatan yang tahu akan jalan. Dia menegur dari jauh “Nak ke mana Bang?”. “Keluar ke jalan, peraih sedang menunggu!” jawab orang itu.
Di satu persimpangan, mengikut kompas dan petanya, jalan keluar adalah ke kiri, namun pencari rotan di hadapannya menghala ke kanan. Lelaki ini berfikir mesti orang ini tahu jalan pintas, lantas tanpa banyak soal dia terus mengikuti pencari rotan itu. Sehinggalah hari hampir petang namun mereka belum masih sampai-sampai lagi.
“Kenapa kau ikut aku?” soal si pencari rotan setelah menyedari lelaki itu asyik mengekorinya.
“Saya nak keluar ke jalan, saya ingat abang tahu jalan pintas” jawab lelaki itu.
“Aku sesatlah..” jawab si pencari rotan.
Bila kita tiada pendirian sendiri dan cuma mengikut orang sahaja, akhirnya merugikan diri kita juga. Lebih-lebih lagi jikalau kita tiada pengetahun langsung. Dalam dunia ini, semua orang ada masalah masing-masing, dan hampir tak ada seorang yang sanggup nak tumpang masalah kita, melainkan dia memang kerja dalam bidang kebajikan atau sukarelawan.
Takkan Mengubah Nasib Kita
“Aku dengar kilang air YES tu ada lori babi masuk!”
“Ayam Kepochi ni tak sembelih!”
“Makanan dalam tin ni ada lemak babi!”
“Roti ni ada gelatin!”
Namun kita masih juga menggunakan barang-barang di atas, disebabkan tiada alternative lain, atau tiada alternatif terdekat. Jikalau tiada seorang pun antara kita yang mengusahakan sesuatu, sampai bila-bila pun dialog-dialog itu akan terus kedengaran. Atau mungkin saja ia cuma propaganda untuk menjatuhkan jemana berkenaan. Akan tetapi jikalau itu adalah masalahnya, dan kita terus-terusan ‘ditipu’ oleh benda yang kita tak pasti, maka jadilah kita sampai bila-bila pun macam itu saja. Hanya menjadi komentator, pemberi komen, peng-iya, dan hanya itu sajalah.
Jadi haruslah kita memandu hidup kita ke arah yang lebih baik, menganjak paradigma dan cara berfikir, bukan semata-mata mengikut keadaan semasa, akhirnya menjadi mangsa keadaan.
Suka intuisiku ingin bawakan quotation daripada seorang guru buat tatapan yang memungkinkan ianya tetap terpahat sehingga ke akhir hayat. Nasihat ini telah membantu diriku merungkai simpulan yang terikat, agar waktu-waktu yang dilalui lebih bermanfaat. Nasihatnya singkat dan padat, namun tetap boleh dijadikan ‘talian hayat’:
"Jika kamu menghadapi masalah, merasa sedih, khuatir, marah, kecewa, atau kesal, maka cubalah berbincang-bincang dengan dirimu sendiri. Pertanyakanlah segala hal, dan bersikap jujurlah pada diri sendiri. Sebenarnya, masalah terbesar dalam hidup manusia bukanlah musuh yang kejam, melainkan ego pribadi. Kerana ego, kita terbiasa menyalahkan orang lain dan larut dalam ratapan. Padahal, yang dibutuhkan adalah solusi, bukan melankoli."
No comments:
Post a Comment