Monday, February 14, 2011

Karat Hati..~


Karat hati,
terus menebal di hati ini,
akibat perlakuan salah sendiri,
asbab kelemahan iman di hati,
sehingga memakan diri sendiri.

Karat hati,
menghalang diri sentiasa mengingati,
kepada Allah disegenap kondisi,
sehingga membuatku lupa diri,
bahawa Dia sentiasa memerhati.

Karat hati,
membuat kelazatan ibadat tidak dirasai,
walau di suasana malam yang sepi,
kekhusyukan dikalahkan nafsu sendiri,
adakah hati dah hampir mati?

Karat hati,
menutup hati untuk mentadabburi,
kalimat cinta dari Illahi,
ayat azab atau nikmat tidak mampu dihayati,
membaca laksana tiada erti.

Karat hati,
jika ianya mengeluarkan aroma,
pasti aroma busuk mengelilingi kita,
jika ianya menzahirkan wajah,
pasti jelek dan kotor rupanya.

Karat hati,
celik mata namun buta di hati,
mata bercahaya namun gelap di hati,
dosa maksiat perosak hati,
rosaknya jasad bila rosaknya hati,
mari kembali mensucikan hati..


ilham cipta,

intuisiinsurgensi,
Kuala Krai,
Kelantan
.

No comments: