Saturday, October 01, 2011

W.A.K.T.U.




Waktu adalah emas kata orang,
bukankah waktu adalah pedang?kata sebahagian,
pelbagai perumpaan, pelbagai taksiran,
semua ke arah satu definasi tujuan..

Di setiap detik umurmu berkurang,
tanpa di undang ajal pun datang,
merungut manusia, katanya masih kurang bersenang-senang,
belum sedia untuk pulang..

Wahai saudaraku,
siapkan pundi-pundi bekalmu,
untuk masa yang pasti menantimu,
bila kelak kematian datang menjemputmu,
tidak diawal, tidak pula ditunda waktumu..

Di hari kiamat kau akan menyesal,
kerana pergi tanpa bekal,
ke tempat yang sebenarnya kekal,
balasan yang menanti di sebalik ajal..

Tidakkah kau merasa kecewa,
saudaramu yang tersenyum ceria,
kerana bekal yang cukup tersedia,
sedang dirimu haus dahaga?

Ya Robbi..
sedarkanlah hati kami,
mesti sejenak dalam duniawi,
agar selalu terbayangi,
dahsyat murka-Mu di akhirat nanti..


Ya Robbi,
tunjukkanlah kami,
jalan lurus yang Engkau redhai,
jalan penuh dengan nikmat diberi,
bukan jalan sesat yang Engkau murkai.
Amin Ya Robbal 'Alamin..




Ilham Cipta:
intuisiinsurgensi,
UIAM (K),
1.30 am (30/9/11)

No comments: