Soalan yang sebenarnya sudah terlalu ramai orang yang membahas mengenainya.
“Abang, apa itu wanita solehah?”
“Hmm. Susah nak jawab ni. Kenapa?”
“Saje nak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan wanita solehah dan lelaki yang soleh. Saya keliru lah.”
Keliru? Hmm.. Pelik. Tapi, tidak mengapalah.
Generally, wanita solehah ni bukanlah sejenis pokok ataupun sejenis galian. Tetapi, mereka sama je macam wanita-wanita yang lain. Ada mata, telinga, perasaan dan lain-lain. Cuma mungkin perbezaan yang dapat kita lihat itu tiada pada zahirnya, tetapi terletak pada sudut yang kita tak mampu untuk melihatnya, kecuali Allah. Itulah hati.
Wanita yang solehah adalah mereka yang tidak melihat.
Wanita yang solehah juga adalah mereka yang tidak dilihat.
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamb sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
(An-Nuur:31)
Panjang bukan?
Tetapi, inilah ayat Allah yang mengajarkan kepada kita mengenai salah satu ciri-ciri yang ada pada mereka yang solehah.
Mereka tidak melihat bukan sebab mereka butakan mata mereka, tetapi mereka sedar dan faham akan ayat Allah.
Mereka tidak dilihat bukan sebab mereka tidak menarik, tetapi kerana pakaian serta perhiasan yang digunakannya adalah berasaskan ketakwaan.
Contoh mudah, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana takutkan Allah. Maka kita juga takut untuk melihat ke arah dia. Walaupun kita berpeluang. Bukan takut sebab dia macam hantu ke apa, tapi kerana dia memakai hijab itu atas dasar takwa. Takut kepada Allah.
Tetapi, jika seorang wanita itu memakai hijab kerana fesyen atau mahu dilihat oleh manusia, maka sebab itulah kita pun seronok je kadang-kadang melihat mereka. Sebab yang membezakan antara keduanya hanya satu sahaja. Mereka memakai hijab bukan lagi atas dasar takwa.
Itulah dia antara ciri-ciri wanita solehah. Mereka tidak akan cuba untuk mencari ruang dan peluang untuk mengenal lelaki dengan sebab yang peribadi atau personal, tidak akan mencari ruang dan peluang untuk supaya dirinya menjadi perhatian para lelaki, dan inikan pula kalau membawa kepada menggadaikan kesucian nilai cinta pada lelaki dengan sarana yang ada pada zaman sekarang ni, seperti couple atau yang lebih teruk lagi, zina.
“Macam mana nak tahu mereka ni wanita solehah?”
Mudah saja nak tahu dia solehah ke tidak.
In real case, kalau dia yang mula dulu nak kenal dengan kita, tiba-tiba mesej, bagi hadiah dan segala macam, maka di wanita murahan. Sebab cinta yang dia miliki itu terlalu murah, hinggakan ianya boleh dibeli hanya dengan mesej yang nilainya satu atau dua sen sahaja (tak termasuk cukai 6%). Ataupun boleh dibeli hanya dengan hadiah atau makanan yang harganya mungkin dalam RM200 gitu saja. Terlalu murah. Inikan pula kalau hanya sekadar chatting di Facebook atau mana-mana. Hehe..
Mungkin agak kasar. Tetapi itulah realiti yang pahit terpaksa kita telan.
Tetapi, kalau dia seorang wanita yang solehah, cintanya hanya boleh dibeli dengan cinta kita pada Allah SWT dan satu perkara yang pasti ialah, melalui proses yang sangat suci iaitu ikatan pernikahan.
“Jadi, macam mana kalau seorang wanita yang solehah ni nak berurusan dengan lelaki?”
Adapun bergaulnya wanita solehah ini adalah atas sebab-sebab yang umum. Meeting.. Study group.. Selagimana ianya tidak bersifat personal. Sebab, Allah tak melarang percampuran antara lelaki dan perempuan. Tetapi, Allah cuma mengehadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan apa kelemahan kita. Dia yang ciptakan kita. Macam kalau kita cipta satu robot. Kita mesti tahu, apa kelebihan robot tu dan kita juga tahu kelemahan robot tu.
Macam itu perumpamaannya untuk Allah, Pencipta diri kita sendiri. (sekadar perumpamaan)
Kenapa Dia suruh kita jaga pandangan kita?
Kerana Dia tahu di mana titik kelemahan kita. Dari mata, turun ke hati, lepas tu. Habis gelaplah hati tu.Kesian. Bila hati dah gelap, apa jadi? Maka kita yang kononnya moden ni akan jadi seperti mereka yang pernah kita gelar Arab Jahiliah dahulu.
“Couple, ‘ringan-ringan’, zina, bunuh bayi dan lain-lain…”
Jika indah peribadi seorang wanita itu, maka dia akan menjadi perhiasan yang paling indah. Jika buruk peribadi seorang wanita itu, maka perhiasan itu mungkin masih indah, tetapi hanya pada mata hawa nafsu.
Ok, cukuplah cerita tentang wanita solehah. Tak leh banyak-banyak.
Untuk Siapa Mereka Itu?
Hanya lelaki yang soleh sahaja yang boleh dikatakan layak untuk mendapatkan wanita solehah. Persoalannya, siapakah lelaki yang soleh itu?
Mudah saja, ciri-ciri dia lebih kurang sama. Dalam surah yang sama, ayat sebelum ayat tadi, iaitu mestilah lelaki yang menjaga pandangan dia, memelihara kehormatan. Lelaki yang soleh juga merupakan seorang lelaki yang memiliki cinta. Cinta yang juga hanya mampu diberikan kepada seseorang yang meletakkan cinta dia, hanya pada Allah juga.”
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
(An-Nuur:30)
Islam Itu Praktikal
Begitulah ceritanya secara teori. Sekarang mari kita berbicara mengenai part yang praktikal, sebab Islam itu agama yang praktikal, bukan teori semata-mata.
Saya nak ajak kita semua lihat kembali ke dalam diri kita. Adakah kita sudah menjadi seorang yang soleh atau solehah?
Seseorang yang sangat menjaga pandangannya.
Seseorang yang berhias kerana takutkan Allah.
Seseorang yang memastikan hati mereka terbentuk dengan sangat baik, sebelum berbicara masalah penampilan luaran.
Seseorang yang sangat menjaga kehormatan.
Dan juga seseorang yang tidak menduakan atau mentigakan cinta kita pada Allah?
Kalau belum, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita sementara masih belum terlambat.
Selagi kita masih hidup,
Selagi kita masih mampu untuk membaca ayat Allah untuk diri kita dan orang lain, mampu bernafas untuk mengingat Allah, mampu berkata untuk menyampaikan kebenaran hakiki dan mampu bergerak untuk melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah demi agama Allah.
“Kamu ingat semua orang bertuahkah untuk mendapat cinta berpaksikan keimanan?”
Sekurang-kurangnya kita berusaha daripada tidak berbuat apa-apa.
“Allah tidak adil!”
Sebelum kita berbicara tentang adil atau tidak Allah kepada kita, lebih baik kita lihat diri kita semula. Adakah kita sudah cukup adil dalam berurusan dengan Allah?
Mahu atau Tidak?
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya,
Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,
Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu),
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
(Asy-Syam:7-10)
Terpulanglah pada diri kita. Bagaimana mahu melihat ke dalam satu-satu isu itu. Melalui pandangan akal berpandukan wahyu, atau pandangan akal yang disandarkan kepada hawa nafsu.
Satu benda yang kita kena faham dan ingat baik-baik ialah Allah SWT akan bertindak sesuatu kepada kita setelah kita yang bertindak terlebih dahulu.
Jika kita mahukan pasangan hidup yang soleh ataupun solehah. Maka kita adalah orang yang pertama sekali kena memulakan langkah ke arah itu. Dan apabila kita sudah memulakan langkah, jangan pernah mengenal kata putus asa.
“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)”
(An-Nuur:26)
Jelas Allah kata, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.
Jadi, kalau kita mahukan seorang isteri yang solehah, mentarbiyah dirinya dengan baik, seorang yang bakal mendidik anak-anak nanti dengan sempurna, seorang yang meletakkan cintanya pada Allah, maka kita kena jadi macam itu dahulu. Insya-Allah, Allah Maha Tahu, apa yang kita perlukan.
"Harta yang paling utama adalah lisan yang berdzikir, hati yang bersyukur, dan isteri solehah yang membantu suami menegakkan imannya."
(HR Tirmidzi)
Bahkan di dalam Al-Quran, Allah SWT menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah.
Tak perlu dah yang namanya couple tak islamik atau islamik, mesej-mesej sebelum nikah dan lain-lain. Buang masa, tambah dosa. Kalau endingnya pernikahan sekalipun, apa jaminan keberkatan Allah bersama kita seandainya kita melakukan satu perkara ibadah, tetapi dicemari dengan nilai kemaksiatan.
Air banyak manfaatnya. Minyak pun banyak manfaaatnya. Tetapi jika air telah bercampur dengan minyak, maka apa lagi manfaatnya?
Maaf kalau saya katakan bahawa kebanyakan orang zaman sekarang mempunyai corak fikir yang sangat kolot. Mereka merasakan bahawa mereka perlu mencari kasih sayang dahulu sebelum bercerita mengenai pernikahan. Kemudian dari situ, mereka akan cuba sedaya upaya melahirkan rasa cenderung dan tenteram terhadap pasangannya itu, kemudian apabila rasa sesuai dengan mata hawa nafsu, barulah nak jadikan isteri.
Itu salah!
Secara sedar atau tidak. Kita telah menterbalikkan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
(Ar-Rum:21)
Perhatikan elok-elok. Dan siapakah kita untuk mengatakan sesuatu selain ini?
“Kalau tak bercouple, macam mana nak kenal pasangan kita?”
Soalan saya. Apa jaminan kita akan kekal bersama si dia yang kita cintai setelah kita kenal dia melalui proses couple? Kebanyakan dari sebab kenapa pasangan suami isteri bercerai adalah kerana lemahnya pegangan agama dalam diri masing-masing. Bukan kerana mereka tidak bercouple!
Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak?
Apabila mak dan ayahnya sendiri sudah jauh dari pengajaran al-Quran, maka apa akan jadi pada anak-anak?
Persoalannya, Siapakah Bakal Mak dan Ayah Itu?
klik untuk bacaan lanjut |
klik untuk bacaan lanjut |
Bila Kita akan Bernikah?
Insya-Allah, di saat apabila kita memerlukannya nanti. Allah akan memberikan kepada kita apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu.
Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud.
Dekatkan diri kita dengan Allah, baca al-Quran selalu, solat berjemaah, hidupkan solat Dhuha dan tahajjud.
Jangan takut untuk clash. Jangan takut untuk tinggalkan apa yang bukan hak kita. Yakinlah bahawa Allah akan membalas sesuatu perkara itu dengan sesuatu yang lebih baik.
“Kenapa kamu terlalu yakin dengan tuhan?”
Kalau bukan dengan janji Allah dan pesan Rasulullah SAW yang kita yakini, maka janji siapa lagi yang kita boleh pegang secara jujurnya pada zaman sekarang?
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al-Baqarah:216)
"Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
(HR an-Nasa’i dan Ahmad)
Sumber Asal: http://mohamadkhirjohari.blogspot.com/2011/09/wanita-perhiasan-yang-terindah.html
No comments:
Post a Comment