Senario di kebanyakan negara, ramai
rakyatnya membelanjakan banyak wang membeli makanan tambahan atau supplement bagi meningkatkan tahap
kesihatan, kecerdasan dan melawan jangkitan penyakit (immunity).
Wujud perdebatan berkaitan pengambilan
makanan tambahan seperti multivitamin, vitamin C, dan mineral sama ada ia
member kesan baik atau sebaliknya. Ramai juga yang berpendapat bahawa makanan
tambahan umpama ‘vitamin’ yang mampu mengubah corak hidup mereka menjadi lebih
cergas dan cerdas, sehingga sanggup memperuntukkan sejumlah wang pada setiap
bulan bagi tujuan berkenaan.
Isu ini sering kali diperkatakan.
Persoalannya, adakah makanan tambahan mampu bertindak secara efektif kepada individu yang mengambilnya?! Adakah
mereka itu budaya, mengikut trend atau terpengaruh dengan iklan atau promoter yang bijak memujuk?!
Makanan
Tambahan
Makanan tambahan juga dikenali
sebagai nutritional supplement atau dietary supplement dihasilkan daripada
tumbuh-tumbuhan, herba atau bahan botani dan dicampur dengan sedikit bahan
kimia, membolehkan ianya berfungsi sebagai pembekal zat kepada pengguna.
Disebabkan ia adalah makanan tambahan, maka tidak seharusnya iadianggap sebagai
ubat atau pengganti kepada makanan harian.
Makanan tambahan perlu mendapat kelulusan
daripada Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) atau
pertubuhan Pertanian dan Makanan (FAO). Justeru itu, setiap label pada bekas
botol makan tambahan seharusnya tertera jaminan kesihatan daripada pihak
berkuasa berkenaan. Ia bertujuan melindungi pengguna. Ini kerana ada produk
yang mendakwa ia membekalkan sejumlah milligram (mg) zat tertentu, tetapi
apabila dibuat kajian, nyata kuantiti dalam produk ditawarkan adalah tidak
mencukupi.
Perlu atau
Tidak?!
Biarpun pelbagai jenis makanan
tambahan mudah didapati, pengguna tidak seharusnya terpedaya dengan iklan yang
dipaparkan, sekali gus menjadi mangsa kepada mana-mana jenama yang menggunakan
kempen iklan secara meluas. Sebenarnya, golongan yang mungkin memerlukan
makanan tambahan atau supplement ialah:
- Ibu hamil yang kekurangan zat dan disyorkan oleh doktor.
- Kanak-kanak yang cerewet makan (picky eater) bawah usia 3 tahun, atas nasihat doktor.
- Warga emas yang berusia 70 tahun ke atas, mengikut nasihat doktor.
Individu yang tidak termasuk dalam kumpulan
berkenaan perlu merujuk kepada doktor atau pakar pemakanan sama ada perlu atau
sebaliknya untuk mengambil makanan tambahan. Ini kerana sekiranya seseorang
individu mengikut diet yang disarankan piramid makanan, secara automatik dia
akan mendapat semua zat yang diperlukan oleh tubuh badannya untuk berfungsi
dengan baik.
Sebagai contoh, setiap individu
memerlukan 1500 mg kalsium sehari. Ini bermakna sekiranya dia minum 2 cawan
susu tinggi kalsium (high calcium), ia sudah memenuhi 1000 mg kalsium. Maka
baki 500 mg lagi keperluan kalsiumnya itu memadai dengan pengambilan makanan
seharian. Tidak perlulah dia mengambil makanan tambahan kalsium. Keperluan
tubuh terhadap kalsium hanya boleh ditentukan menerusi ujian kepadatan tulang.
Usah
Berlebihan
Memang tidak dinafikan ada segelintir
individu mengambil beberapa jenis makanan tambahan atas kerelaan sendiri,
tetapi ia hanya mendatangkan pembaziran sekiranya ia tidak diperlukan tubuh.
Misalnya, vitamin C akan larut bila
ditelan dan akan keluar menerusi air kencing. Justeru, adalah lebih baik
mengambil limau atau buah-buahan citrus yang
bukan saja kaya dengan vitamin C, malahan turut membekalkan serat (fiber) kepada badan. Begitu juga dengan
vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air, sebaliknya larut dalam minyak
atau lemak. Jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan tindak balas
toksik (toxicity) kepada tubuh badan
apabila ianya berkumpul di bahagian hati.
Oleh hal demikian, sebelum mengambil
sebarang makanan tambahan, adalah perlu untuk kita dapatkan nasihat dan
pandangan daripada pakar mengenai maklumat produk, matlamat pengambilan, kajian
terhadap produk serta berapa lama kita ingin bergantung kepadanya.
Walaupun ada individu badan letih dan
cepat penat, akan tetapi ia perlu dikenal pasti dahulu tentang perkara yang
menyebabkan keadaan sedemikian berlaku kerana mungkin juga ianya berpunca
daripada tidak cukup tidur atau tekanan.
Mengambil contoh makanan tambahan evening primerose oil (EPO) yang didakwa
mengurangkan simptom pramenopaus (pre-menopause),
ada kajian menunjukkan EPO gagal membantu sebahagian penggunanya meangani
masalah tersebut. Sementara makanan tambahan berbentuk herba pula cenderung
mencairkan darah dan ianya tidak sesuai digunakan wanita.
Sumber
1. American Dietetic Association.
(1996). Position of the American Dietetic Association: vitamin and mineral
supplementation. Journal of the American
Association, 96 (1): 73-77.
2. Blendon, R.J., DesRoches, C.M., Benson, J.M., Brodie, M.,
& Altman, D.E. (2001). Americans’ views on the use and regulation of
dietary supplements (p. 805-810). Arcg. Intern. Med. 2001; 161: 805-10.
3. Block, G., Jensen, C.D., Norkus,
E.P., Dalvhi, T.B., Wong, L.G., McManus, J.F., et al. (2007). Usage patterns,
health, and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: across sectional
study. Nutritional Journal. 6: 30
4. Cheong, L.T., Kim, K.T., Pek, H.L.,
Shiang, F.C., Mohd Safwan Nordin, et al. (2008). Dietary supplements: Usage and
opinions among Health Sciences students. IeJSME 2008; 2(2): 30-32.
5. Dorant, E., van den Brant, P.A.,
Hamstra, A.M., Feenstra, M.H., Goldbohm, R.A., Hermus, R.J., & Sturmans, F.
(1993). The use of vitamins, minerals and other dietary supplements in the
Netherlands. Int J Vitam Nutr Res.
63: 4-10.
6. Groff, J.L., Gropper, S.S., &
Hunt, S.M. (1995). Advanced nutrition and human metabolism. 2nd ed.
St. Paul, MN: West Publication. 221-420.
7. Mahan, L.K. & Escott-Stump, S.
(2008). Krause’s food & nutrition theraphy (p. 470 - 481). Canada: Saunders
Elsevier.
8. Marques-Vidal, P. (2004). Vitamin
supplement usage and nutritional knowledge in a sample of Portuguese health
science students. Elsevier Inc. 2002; 24: 165-172.
9. Mazlan Bin Yong. (1990). Vitamin use
and beliefs among students at a Malaysian university (p. 132-134). J. R. Soc.
Health. 1990; 110(4): 132-4.
10.Mohd Ismail Noor, Poh, B.K., Khor,
G.L., Tee, E.S., Suzana Sahar, Ng, K.W., et al. (2005). Recommended Nutrient
Intakes for Malaysia: a report of the technical working group on nutritional
guidelines. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia.
11.Nathida, C. (2007). The association
between socio-demographic factors and consumption of vitamins/mineral
supplements in Chulalongkorn University supporting staff. Thai Journal of Health System Development. 7(1): 2-143.
12. Nik Mazlan Mamat. (2009). Nutrition
in life cycle. Pahang: International Islamic University Malaysia.
No comments:
Post a Comment