Begitu cepat masa berlalu. Benarkah begitu?! Mungkin… kerana hari ini kita sudah hampir berada di penghujung 2012. Mungkin juga ada yang berkata, bagai baru semalam menyambut tahun baru 2012. Sedar tak sedar, kita berada pada 31 Disember 2012 sudah.
Sebenarnya, masa tidak pernah bergerak lebih pantas sejak sedari dulu.
Setiap detiknya bergerak sama sahaja. Mungkin kerana kita berada dalam
persekitaran yang kelihatan bergerak laju, makanya kita berasa masa turut
bergerak laju seperti itu.
Memasuki bulan-bulan terakhir pada setiap tahun, cukup ’seronok’
mengimbau kenangan-kenangan lama. Dan sepatutnyalah kita lakukan demi mengutip
setiap pelajaran berguna untuk panduan hidup dan kehidupan pada masa-masa yang
mendatang, khususnya tahun 2012. Namun lebih ramai yang mengimbau tanpa
mengutip apa-apa ‘pesanan’ yang ditinggalkan dalam setiap peristiwa yang
berlaku dan dilalui. Terserahlah… itu adalah kehidupan dan masing-masing punyai
akal untuk menilai baik dan buruk apa yang dilakukannya.
p/s: Tahun baru, bererti ada sesuatu yang pasti akan berubah. Khususnya yang
tak mampu kita ubah, iaitu umur kita yang bertambah. Jika UMUR kita bertambah,
maka AJAL dan MAUT juga merapati kita berlangkah-langkah. Renung-renungkan dan
selamat beramal..^_^y
No comments:
Post a Comment