Tuesday, December 31, 2013

TURUN tetap TURUN..~



Ada yang bertanya, jadi ke kita nak TURUN malam ini..??
Kan PM dah umum malam tadi, 11 Langkah Penjimatan kerajaan...

Jawab saya, TURUN tetap TURUN..
Usah mudah terperangkap dengan permainan orang politik.
Demi meredakan suhu kemarahan rakyat, maka diumumkanlah langkah 'kosmetik' itu..

Bahkan, kita patut lagi bersemangat untuk TURUN.. Kenapa..?
Bayangkan, belum lagi himpunan dibuat, kerajaan dah panas telinga dan tak senang duduk dengan suara kritikan rakyat di alam maya.
Maka, barulah mereka umum malam tadi 11 langkah penjimatan itu.

Jika, kita ikut cara mereka, SYUKURLAH, DIAM, dan TAAT sahaja maka usah bermimpi untuk mendengar 11 langkah penjimatan diumumkan.

Hakikatnya, 11 langkah itu 'kosmetik' sahaja kerana isu sebenar ketirisan, rasuah, kebocoran, kronisme, penganugerahan tender secara terus, teguran dalam Laporan Audit Negara itu masih belum diberikan jaminan penyelesaian secara kongkrit. Ratusan Juta bahkan berBilion wang rakyat dapat diselamatkan jika pihak kerajaan benar-benar bersungguh dan serius untuk menyelesaikan isu ini.


**Nota: Sebenarnya, 11 Langkah Penjimatan sebegini bukanlah baru, ia telah pun dibuat oleh PM Pak Lah pada Jun 2008 (selepas PRU ke 12 dulu) dan kini selepas PRU 13, PM Najib pula mengumumkan langkah yang sama.
Boleh rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 yang bertajuk "Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Awam".

Senyum.. =)

~Selamat tinggal tahun 2013.. Hanya tinggal sejarah..
Selamat datang tahun 2014.. Tahun sengsara rakyat..~
 

Sunday, December 29, 2013

Kisah TURUN Tidak Temurun.. ^_^v



Namaku Samad. Panggil je aku, Mad.

Sejak 2 bulan kebelakangan ini, keluargaku pantang dengan perkataan TURUN. Kalau perkataan NAIK, ok je tak ada perasaan pun. Ada banyak situasi yang menjadikan aku stress banget.

Mari ikuti situasi-situasi yang aku tempuhi hari-hari terakhir dalam bulan-bulan terakhir ni.

1. Masa nak makan.

"Mad, mari makan." Mak panggil.
"Ok, Mad TURUN kejap lagi." Aku jawab.
"Mad!" Mak bengang.
"Ok ok. Mad berGULING-GULING kejap lagi ke bawah."

2. Masa balik kolej. Nak keluar kereta.


"Mad, cepat masuk." Bapak panggil.
"Jap, Mad tak TURUN dari kereta lagi ni." Aku jawab.
"Mad!" Bapak bengang.
"Ok ok." Aku mengengsot macam labi-labi keluar dari kereta. Tak boleh keluar cara normal.

3. Masa hari hujan.

"Mak, hujan dah TURUN!" Aku bgtau mak.
"Mad!" Mak laung.
"Ok ok. Hujan dah NAIK ke langit balik dah mak!" Aku jawab dengan spek tersenget sebelah.

4. Masa kucing tersangkut kat pokok.


"Ayah, kucing ni tak boleh TURUNlah. Acanner ni?" Aku bgtau ayah.
"Mad!" Ayah bengang.
"WOI KUCING!! Kau GULING-GULING sekarang gak ke tanah sebelum aku kapakkan pokok ni!" Sambil aku hantuk2 kepala dekat batang pokok tanda protes kat bapak.

5. Masa bincang nak nikah.

"Mak, TURUNkanlah sikit harga duit hantaran tu. Tak mampulah Mad."
"Mad!!!!" Mak bengang.
"Ok, ok, mak NAIKkanlah sampai RM20 ribu serba satu, 4 sport rim ROTA, dan basikal fixie 4 ketul. Dengan kadar segera, please. Anak mak suka sangat membujang sampai arwah." Aku makin stress.

6. Masa kawan pembangkang call.

"Ayah, kawan call ni ajak join Perhimpunan TURUN." Aku mintak izin ayah.
"Mad! Kau langkah keluar nak GULING kerajaan aku tak ngaku anak!" Bapak marah.
"Bro, bapak aku kata kalau aku nak pergi jugak, sila NAIK awan GULING Goku." Aku jawab sopan jaga hati member.

7. Pergi shopping.

"Mak, harga mahal gila barang-barang sini. Semua NAIK tak nak TURUN dah kot." Aku bgtau mak.
"Mad!!!!" Mak geram.
"Ya Allah mak, izinkan Mad berGULING-GULING kejap. Excited ya ampun harga murah gile. Tak pernah Mad rasai pengalaman membeli-belah begini." Aku pun berguling sampai ke kaunter. Orang pakat ambil video aku berguling masuk ke youtube.

8. Masa ajak ayah pergi masjid.

"Ayah, jom TURUN ke masjid solat Subuh nanti." Aku Whatsapps ayah.
"Mad!!" Ayah reply.
"Ok ok. Kita NAIK jetski ke masjid ya." Aku reply.
"Ayah bz." Ayah reply.
Aku dah agak dah. Mesti ayah bz berGULING dengan mak lagi masa tu.

9. Masa ayah sakit di spital.

"Doktor, darah tinggi ayah saya tak boleh diTURUNkan ke?" Aku tanya doktor.
"Mad!!!" Ayah bengang.
"Doktor, NAIKkan lagi doktor, NAIKKAN." Aku tersilap jawab. Apa lagi.
Bapak hempuk aku jatuh terGULING depan nurse lawa, hilang macho. Doktor siap masukkan air kat aku plak.

10. Masa ayah meninggal. Nak tanam.

"Pelan-pelan TURUNkan jenazah ayah saya ya." Aku turunkan jenazah dalam liang. Air mata berlinangan di pipiku.
"Mad!!!" Arwah ayah tiba-tiba berkata-kata.
Aku dan semua orang apa lagi, terus tercampakkan jenazah ke lubang kubur. BerGULING-GULING jenazah dalam tu.
Terkejut gila beb. Air mata semua orang terus NAIK masuk dalam mata balik.




Itulah penderitaan yang aku alami di dalam keluargaku. Kini, aku dah plaster mulut aku. Bimbang tersebut perkataan TURUN, maka murkalah mak aku nanti sampai masuk spital pastu mati macam ayah aku lak. Yatim piatu aku.

"Mad!!! Nape ko taip plak!! ARGHHHH!!"

Mak menjerit dari bawah setelah baca entry blog aku.. hoho

Tuesday, December 10, 2013

Lari Daripada Rahmat Allah?!


Musim-musim hujan ni, teringat pula sebuah kisah Juha (Pak Pandir versi Arab) dan hujan.



Ceritanya begini, pada suatu hari Juha berada di sebuah kedai untuk berteduh sementara menanti hujan reda. Dari jauh dia nampak seorang rakannya, Kasim berlari-lari di dalam hujan untuk mencari tempat berteduh.

Lalu Juha menjerit ke arah rakannya itu dengan bertanya, "Wahai Kasim, mengapa engkau berlari dalam hujan?"

Kasim yang kebasahan menjawab, "aku lari kerana bimbang bajuku basah."

Lalu Juha menjawab kembali secara spontan, "Bukankah hujan itu Rahmat daripada Allah? Adakah engkau lari daripada Rahmat Allah yang ditimpakan ke atas kamu?"

Lalu Kasim tersipu-sipu. Dalam hatinya mengakui ada kebenaran di sebalik kata-kata Juha tadi. Lalu berjalanlah dia seperti biasa dalam hujan tersebut hingga basah kuyup satu badannya.

Keesokan harinya, situasi yang sama berulang lagi. Tetapi kali ini Kasim sedang berteduh di dalam kedai, manakala di Juha pula berlari-lari di dalam hujan mencari tempat berteduh.

Kasim merasakan inilah waktu terbaik untuk mengenakan kembali Juha. Lalu dijeritnya kepada Juha, "Wahai Juha, mengapakah engkau berlari dalam hujan? Adakah engkau lari daripada rahmat Allah?"

Juha tersipu-sipu, tetapi tidak kekeringan idea untuk membalas. Juha menjawab, "Aku bukan lari daripada rahmat Allah. Tetapi aku sebenarnya takut 'terpijak' rahmat Allah ini. Bukankah rahmat Allah ini terlalu besar nilainya?"

Kasim hanya tersenyum tawar mendengar alasan Juha tadi.


Senyum.. =)

Thursday, December 05, 2013

Banjir, Parlimen dan Perhimpunan Agung..



'JERUNG' makan sedap-sedap..
semua diatur penuh adap..
tidur atas tilam empuk berdakap2..bersorak dlm mesyuarat..
tunjuk bakti pd masyarakat..
kat jln raya dia lah hebat...
semua ketepi kene hambat...

BEZA
Mangsa banjir yang merempat...
Tidur bertikar tak tau tempat...
Rumah tenggelam dah tak selamat..
Makan apa saja mulut disumbat..
Minta tolong kabinet sekat..
JERUNG cakap macam hebat..
Konon nk bela nasib rakyat...

Jaga-jaga kata-kata menteri yangg pernah bercanggah kata dengan hukum..
di negeri pahang..terengganu..johor..
Tiada yg lebih besar dari kuasa Allah...
kerana keangkuhan dan penipuan..
rakyat jadi mangsa...
(Fauziah Mat Desa, 2013)



Tugas Wakil Rakyat


Tugas wakil rakyat adalah menyuarakan keluhan dan kesusahan rakyat melalui saluran yang tepat untuk menjadi perhatian pihak berwajib..

Tindakan YB Fauziah sangat tepat, berada dalam dewan dan menyuarakannya, dalam mengusahakan isu musibah ini agar mendapat perhatian pihak kerajaan secara serius.

Namun malang untuk kesekian kalinya, tindakan memalukan YB Bung Mokhtar yang memperlekehkan usaha wakil rakyat Kuantan itu semata-mata kerana dia YB parti yang berbeza, amat melukakan perasaan rakyat yang dalam penderitaan bertimpa timpa diwaktu ini. : '(.. Isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa ini dipandang bahan maki hamun dan lawak semata.

Nah, inilah pemimpin pilihan kita,
mana permata,
mana yang kaca,
marilah menilai hakikat di hadapan mata..


Mari Berdoa


Marilah kita solat dan doakan semua saudara kita yang sedang diuji dengan banjir. Orang Islam seperti satu badan. Satu anggota sakit seluruh anggota terasa sakit.

Barang siapa yang saudaranya ditimpa kesusahan, mereka mengucapkan takziah. Dia dapat pahala sebanyak kesusahan ditanggung oleh mereka.

Kita beri sedekah dan bantuan pada mereka. Juga kita tarik rahmat Allah sebanyaknya. Cara tarik rahmat Allah. Kita banyak bertaubat. Banyak sedekah. Jaga solat awal waktu. Maafkan semua orang. Paling utama sediakan diri dan umat berdakwah dan menangis di depan Allah di malam hari.

Kita kumpulkan keluarga kita hidupkan amalan dan doakan semua saudara kita yang sedang ditimpa ujian banjir.

 


Ya Allah ya Rahman ya Rahim kami pohon kasih sayangmu yang kau curahkan kepada Nabi saw dan sahabah rhum. Lihatlah dan pandanglah kami seperti kau pandang mereka.

Ya Allah ampunkan dan maafkanlah kami semua orang Islam di seluruh malaysia. Ya Allah kuatkan iman kami, semua saudara kami yang sedang ditimpa musibah.

Ya Allah bantulah saudara Islam kami yang sedang ditimpa banjir. Ringankanlah beban mereka. Jadikan setiap kesusahan itu asbab hidayah buat kami semua dan umat. Ya Allah, hidupkanlah dakwah dengan kasih sayang dan 100 peratus lelaki solat berjemaah dan wanita solat awal waktu di seluruh Malaysia dan dunia. Ya Allah permudahkan dan kasihilah kami. Kami hanya nak redha-Mu.

Ya Allah kami lemah dan dhaif. Ya Allah berilah bantuan dan rahmatMu kepada saudara kami di Kuantan, Rompin, Pekan, Kemaman, KT, Segamat, Johor, Kelantan dan semua kawasan yang ditimpa banjir. Mudahkanlah mereka ya Allah. Kasihanilah kami semua. Ya Allah maafkan kami tidak bantu dan mendoakan saudara Islam dan masyarat kami yang dalam kesusahan. Ya Allah kami hanya inginkan cinta dan kasih sayang-Mu.

Aameen..Aameen..Ya Rabbal Aalameen..



Kadangkala penempatan sementara juga perlu diambil kira untuk menjaga kemaslahatan bersama..