Monday, December 02, 2013

Beratkah Awan?!




Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Beratkah awan?

Wahai anakku,
Tahukah kamu manusia dahulukala memikirkan awan di atas langit itu ringan kerana ia boleh terapung di atas langit.

Masakan ada benda berat boleh terapung di atas langit melainkan ia ringan seperti kertas? Bahkah kertas pun tidak boleh terapung di atas udara.

Masakan ada benda berat yang boleh dibawa angin melainkan ia ringan seperti debu?

Tapi silap, wahai anak kesayanganku. Awan yang terapung di atas langit itu amat berat jisimnya. Awan yang membawa ribut kilat boleh menampung 300,000 ton air.

Kalau tidak masakan ada tempat yang boleh banjir? Bagaimana 300,000 ton air boleh terapung di atas langit bagaikan kertas dan debu? Hanya Allah saja melakukannya.

Sebelum manusia mengetahui bahawa awan itu sebenarnya berat, Allah sudahpun memaklumkannya di dalam Quran.

Ar-R'ad : 12
“Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).”

Al-A’raaf: 57
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).”

Masihkah kamu ingin mengingkari arahan dari Tuhanmu, wahai anak kesayanganku?

Senyum..^_^v



Sumber:  Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments: