Sunday, August 18, 2013

Open House atau Puasa Enam?!

Puasa Enam dan ‘Trend’ Semasa


Bagi sesetengah orang, mereka hanya beraya pada 1 Syawal, dan pada hari raya kedua menyambung puasa selama enam hari berturut-turut. Selepas itu mereka beraya sakan pula pada 8 Syawal.

Ada yang hanya memulakan Puasa Enam setelah seminggu Aidilfitri, sebab mereka tidak tahan dengan godaan dan dugaan untuk berpuasa ketika juadah-juadah raya masih melimpah di atas meja.

Ada yang mula berpuasa hanya pada pertengahan Syawal, dek kerana waktu itu saku sudah kering dan tidak mampu lagi untuk makan di restoran atau gerai. Dalam keadaan pokai mereka melakukan Puasa Enam, tidak semestinya berturut-turut tetapi selang-seli selagi mana ada Syawal.

Ada juga yang tidak sempat menghabiskan Puasa Enam disebabkan setiap hari ada undangan rumah terbuka. Sudah setengah hari berpuasa tiba-tiba menerima panggilan untuk ke rumah terbuka seorang teman rapat.

Sebenarnya bagi yang bersungguh hendak mendapatkan pahala Puasa Enam, mereka akan lakukan walaupun dengan godaan dan dugaan yang hebat. Tetapi bagi yang tidak mahu buat, ada sahaja alasan.

Bak kata bidalan; “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Syabas kepada mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat Syawal. Selamat berumah terbuka kepada mereka yang tidak sanggup menghadapi dugaan.

Open House a.k.a Rumah Terbuka


Walaupun rata-rata orang mengeluh tidak cukup duit sebab serba-serbi mahal, masih ramai yang meneruskan tradisi open house atau rumah terbuka Aidilfitri. Setiap hari ada rumah terbuka, terutama hujung minggu.

Rata-rata ucapan hari raya yang dihantar pada minggu terakhir Ramadan (kad ataupun sms), semuanya disertakan undangan ke rumah terbuka. Ini yang dikatakan ‘2 dalam 1’ – satu kad/sms, dua tujuan iaitu untuk ucap selamat dan untuk undangan.

Para pemimpin mengundang rakyat jelata berbagai kaum untuk ke rumah terbuka sambil sama-sama merayakan hari besar ini. Menteri, timbalan menteri, orang-orang korporat tidak putus-putus menjamu di rumah terbuka.

Nama sahaja ‘rumah terbuka’, pada hakikatnya kebanyakan mereka tidak menjamu di rumah tetapi di hotel-hotel mewah. Oleh sebab nama hotel mewah, yang dihidangkan kepada tetamu semua mewah-mewah.

Bukan sahaja ketupat dan rendang yang menjadi trade mark tradisional, ada sekian banyak juadah dihamparkan untuk tetamu seperti sate, ketam goreng, udang, daging salai, kambing golek, sup gear-box, murtabak, roti canai, tose… pendek kata semua ada.

Ada hotel yang mengenakan bayaran sehingga RM150 setiap kepala untuk jamuan di rumah terbuka. Bayangkan sekiranya yang diundang 1,000 orang, berapa banyak harga jamuan itu.

Pendek kata, walaupun rata-rata orang ramai mengeluh sebab harga bahan makanan melambung (kelapa sebiji pun RM2), masih ramai juga yang bermewah-mewah mengadakan rumah terbuka.

Seperti biasa, ada beberapa perkara mengenai rumah terbuka yang nampaknya tidak menepati semangat Aidilfitri sebenar. Perkara ini sering ditegur oleh para ulama, tetapi ianya bagai mencurah air ke daun keladi. Aah.. siapa peduli?!

Ada rumah terbuka yang disertakan dengan hiburan seperti karaoke untuk tetamu. Tetamu menyanyi dan yang lain-lain boleh menari ikut suka hati, betul-betul macam parti hari jadi. Tarian ‘poco-poco’ yang telah difatwakan haram di sesetengah negeri pun menjadi acara dalam rumah terbuka. Cabutan bertuah, lawak jenaka yang mengandungi gosip dan fitnah pun ada juga.

Aidilfitri adalah perayaan agama Islam, tentulah tidak sesuai sekiranya ada acara hiburan seperti itu, lebih-lebih lagi sekiranya yang datang menayang betis, paha, lengan, malah ‘tempat-tempat’ yang tidak sepatutnya,tak terkecuali Orang Islam juga.

Kata mereka; “Saya ada duit dan mampu, apa salahnya saya hendak menghibur tetamu dengan hiburan-hiburan seperti itu?” Masalahnya ini majlis Syawal @ Aidilfitri @ Raya Puasa, bukan parti hari jadi atau parti ‘house warming’.

Kalau orang Islam sendiri tidak menghormati, malah ‘mengotori’  perayaan Islam, tentulah orang bukan Islam memandang rendah terhadap kita.

Akhir kalam, orang telah mendedahkan kemewahan keluarga Muammar Gaddafi bekas pemimpin Libya yang kini telah menjadi arwah setelah diburu ‘pemberontak’. ‘Istana’ yang dipenuhi perabot mewah, kolam renang, kereta-kereta, dan semua yang di luar jangkaan.

Ketika dia berkuasa selama tiga dekad tidak seorang pun berani mempertikaikan dari mana dia dapat semua kemewahan itu. Begitulah bila sudah jatuh, barulah kemewahan menjadi persoalan, semuanya akan dibongkar satu persatu. Harap-harap pemimpin kita tidak mewah begitu.


Senyum.. =)


p/s: dalam kita bergembira 'beraya' selama sebulan, usah dilupakan nasib saudara-saudara kita di luar sana.  sentiasa kirimkan doa buat kesejahteraan & kejayaan mereka serta tertegaknya Islam di muka bumi ini..~

Saturday, August 17, 2013

El-Sisi, Si Fir'aun Moden..~

Kemunculan Firaun moden hanyalah ulangan sejarah Firaun di zaman Nabi Musa

Tindakan ganas oleh regim pemimpin diktator General Abdel Fatah el-Sisi di Mesir dilakukan dengan nada sunyi yang memekakkan dari Amerika dan Israel lahir daripada kebimbangan mereka terhadap kebangkitan Gerakan Islam di Mesir dan kemunculan semula sistem khilafah yang telah berjaya dihapuskan pada tahun 1923 di Turki.


Ketakutan mereka ini mengingatkan kita kepada tindakan ganas dan kejam di era pemerintahan Firaun. Oleh kerana takut dan yakin akan munculnya seorang anak lelaki yang bakal menjatuhkan kerajaan mereka, lalu Firaun telah bertindak ganas terhadap mana-mana anak lelaki yang lahir dan terus mereka dibunuh.

Namun pembunuhan tersebut gagal menghalang lahir dan kemunculan Nabi Musa sehingga akhirnya Firaun dijatuhkan. Kini di dalam era moden ini, ketakutan itu muncul kembali.

Kalau Firaun dahulu hanya membunuh kanak- kanak lelaki, kini semua peringkat umur dibunuh kerana semua pihak menjadi penyumbang kepada kesedaran rakyat bagi mempertahankan pemimpin yang dipilih.

Nyata firaun moden lebih zalim dari firaun di era Nabi Musa. Firaun el-Sisi langsung tidak mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku. Halangan dan tindakan ganas akan pasti gagal seperti usaha menahan kemunculan 'Nabi Musa' di zaman dulu.

Tindakan ganas Firaun moden menghalang kemarahan rakyat dan kebencian akan diterjemahkan dengan kerelaan mereka untuk terus berjuang sehingga pimpinan pilihan rakyat Dr Mohamad Mursi kembali semula ke tampuk pemerintahan.

Kemunculan Nabi Musa telah mengubah landskap politik di sekitar Mesir, Jordan, Syria (Wilayah Sham). Kegilaan Firaun moden ini dijangka akan menyebabkan berlakunya satu perubahan besar senario politik Timur Tengah. Kebangkitan semula Islam inilah yang sangat ditakuti oleh rejim Firaun moden kini khususnya ketakutan oleh Amerika dan Israel.

Senyum




(Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 2013)

Wednesday, August 14, 2013

Aidilfitri Ini..~




Aidilfitri ini..,
Bukan cerita semua orang tentang bahagia,
Walau semua orang meraikannya.

Aidilfitri ini..,
Ada yang masih berdukacita tentang kisah lama,
Ada yang masih belum kering air matanya,
mengenang keluarga yang telah tiada.

Ada yang kehilangan ayah dan bonda,
Aidilfitri terasa tak bermakna.
Ada yang kehilangan pasangan,
Aidilfitri terasa hambar dan kosong.
Ada yang kehilangan anak,
Aidilfitri terasa sunyi dan mencengkam jiwa.

Ya.
Tapi itulah hakikat indahnya Syawal,
Hadir setelah sebulan belajar mentarbiah diri,
Dan saat hari ini,
Saat luka , duka dan air mata masih ada,
Kita akur pada kehendak dan ketentuan Allah.
Dan Aidilfitri ini disambut sederhana,
Tanda mensyukuri kurniaan-NYA

Senyum.. ^_^ v

Friday, August 02, 2013

Ramadhan: Bulan Menyusu..~

Ibu Manakah Yang Tidak Digalakkan Berpuasa?!



Apabila tahap kesihatan seseorang ibu itu tidak baik, beliau disarankan untuk tidak berpuasa samada ketika sedang hamil atau menyusui anaknya. Setiap ibu harus memastikan tahap kesihatannya baik supaya bayi dalam kandungan atau yang disusui tidak terjejas. Ibu yang mempunyai penyakit seperti dibawah disarankan agar tidak berpuasa :

1-    Ibu yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil. Ibu ini sentiasa lemah, berasa mual dan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh kerana muntah dengan kerap. Semasa peringkat ini, ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang penuh berkhasiat.

2-     Ibu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Biasanya,pesakit ini memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, penyakit menjadi tidak terkawal dan perkembangan bayi dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas.

3-    Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah semasa hamil. Keadaan boleh menjadi lebih teruk semasa berpuasa.

4-    Ibu itu sendiri merupakan seorang pesakit jantung.

5-    Ibu yang mengalami pendarahan semasa hamil.

Oleh itu, ibu-ibu ni kene la makan dan minum makanan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka. Jangan lah jadikan alasan penyakit yang dialami tidak membolehkan kita puasa. Ramadhan hanya sekali. Belum tentu kita bertemu Ramadhan yang lain pd masa akan datang.
Apa yang penting adalah memohon pertolongan dari Allah. Seeloknya masa sahur dan berbuka minum air masak secukupnya.. ;)


Adakah Ibu Yang Hamil Boleh Berpuasa?!


Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yang normal oleh itu, ibu yang hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan seperti biasa. Perkara yang penting ialah ibu perlu memastikan tahap kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungannya. Tahap kesihatan ini mencakupi sepanjang tempoh hamil dan ibu perlu sentiasa menepati setiap temujanji pemeriksaan antenatal. Jika semuanya berada dalam keadaan baik dan terkawal, maka ibu boleh berpuasa seperti biasa. Namun, jika sebaliknya, maka bakal ibu tidak digalakkan untuk berpuasa. Factor utama yang menentukan kebolehan seseorang ibu untuk berpuasa semasa hamil ialah tahap kesihatan dan pemakanan yang baik. Hal ini demikian, kerana pemakanan ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin dan juga proses penghasilan susu yang bermula sejak dari awal kandungan lagi.

Harus diingatkan apabila ibu berpuasa, bayi dalam kandungannya tidak turut berpuasa. Sebenarnya, bayi dalam kandungan boleh mengambil terus makanan yang diperlukan melalui uri. Fungsi uri adalah untuk mengirimkan makanan yang diperlukan oleh janin dalam kandungan ibu secara berterusan. Oleh itu, ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tidak bermakna ibu harus makan untuk dua kali lebih banyak kerana pemakanan yang berlebihan juga akan memudaratkan diri sendiri.

Fasa trimester ketiga merupakan masa tumbesaran yang paling hebat dan berat janin akan bertambah dengan cepat. Namun demikian, tumbesaran janin sebenarnya berlaku dengan pesat bermula dari minggu ke-12 sehinggalah ke minggu ke-36. Setiap organ mempunyai waktu tumbesaran kritikalnya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu untuk tumbesaran kritikal untuk otak adalah pada minggu ke-18 kandungan. Oleh  itu, ibu hendaklah mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh hamil.

Sebenarnya, pemakanan ibu baik hendaklah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi. Jika seseorang ibu menjaga pemakanannya sejak dari kecil, factor ini akan mempengaruhi status pemakanannya apabila sudah dewasa dan khususnya semasa hamil. Namun, masih  tidak terlambat untuk ibu yang tidak mempunyai gaya pemakanan yang sihat pada masa muda untuk mengubah cara pemakanan apabila mereka hamil. Semasa ibu membuat temujanji yang pertama di klinik antenatal, datah ibu akan diambil untuk menetukan sel darah merah. Aras sel darah merah yang baik adalah antara 11-12mg/dl. Maknanya, ibu mempunyai sel darah merah yang mencukupi untuk membekalkan nutrient dan oksigen bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi dalam kandungannya.