Ibu Manakah Yang Tidak Digalakkan Berpuasa?!
Apabila tahap kesihatan seseorang ibu itu tidak baik, beliau disarankan untuk tidak berpuasa samada ketika sedang hamil atau menyusui anaknya. Setiap ibu harus memastikan tahap kesihatannya baik supaya bayi dalam kandungan atau yang disusui tidak terjejas. Ibu yang mempunyai penyakit seperti dibawah disarankan agar tidak berpuasa :
1- Ibu yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil. Ibu ini sentiasa lemah, berasa mual dan mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh kerana muntah dengan kerap. Semasa peringkat ini, ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang penuh berkhasiat.
2- Ibu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Biasanya,pesakit ini memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, penyakit menjadi tidak terkawal dan perkembangan bayi dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas.
3- Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah semasa hamil. Keadaan boleh menjadi lebih teruk semasa berpuasa.
4- Ibu itu sendiri merupakan seorang pesakit jantung.
5- Ibu yang mengalami pendarahan semasa hamil.
Oleh itu, ibu-ibu ni kene la makan dan minum makanan berkhasiat semasa bersahur dan berbuka. Jangan lah jadikan alasan penyakit yang dialami tidak membolehkan kita puasa. Ramadhan hanya sekali. Belum tentu kita bertemu Ramadhan yang lain pd masa akan datang.
Apa yang penting adalah memohon pertolongan dari Allah. Seeloknya masa sahur dan berbuka minum air masak secukupnya.. ;)
Adakah Ibu Yang Hamil Boleh Berpuasa?!
Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yang normal oleh itu, ibu
yang hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan
seperti biasa. Perkara yang penting ialah ibu perlu memastikan tahap
kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungannya. Tahap kesihatan ini
mencakupi sepanjang tempoh hamil dan ibu perlu sentiasa menepati setiap
temujanji pemeriksaan antenatal. Jika semuanya berada dalam keadaan baik
dan terkawal, maka ibu boleh berpuasa seperti biasa. Namun, jika
sebaliknya, maka bakal ibu tidak digalakkan untuk berpuasa. Factor utama
yang menentukan kebolehan seseorang ibu untuk berpuasa semasa hamil
ialah tahap kesihatan dan pemakanan yang baik. Hal ini demikian, kerana
pemakanan ibu akan mempengaruhi tumbesaran janin dan juga proses
penghasilan susu yang bermula sejak dari awal kandungan lagi.
Harus diingatkan apabila ibu berpuasa, bayi dalam kandungannya tidak
turut berpuasa. Sebenarnya, bayi dalam kandungan boleh mengambil terus
makanan yang diperlukan melalui uri. Fungsi uri adalah untuk mengirimkan
makanan yang diperlukan oleh janin dalam kandungan ibu secara
berterusan. Oleh itu, ibu yang tidak mengamalkan pemakanan yang sihat
boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tidak bermakna ibu
harus makan untuk dua kali lebih banyak kerana pemakanan yang berlebihan
juga akan memudaratkan diri sendiri.
Fasa trimester ketiga merupakan masa tumbesaran yang paling hebat dan
berat janin akan bertambah dengan cepat. Namun demikian, tumbesaran
janin sebenarnya berlaku dengan pesat bermula dari minggu ke-12
sehinggalah ke minggu ke-36. Setiap organ mempunyai waktu tumbesaran
kritikalnya yang tersendiri. Sebagai contoh, waktu untuk tumbesaran
kritikal untuk otak adalah pada minggu ke-18 kandungan. Oleh itu, ibu
hendaklah mengambil makanan seimbang sepanjang tempoh hamil.
Sebenarnya, pemakanan ibu baik hendaklah bermula sejak zaman kanak-kanak
lagi. Jika seseorang ibu menjaga pemakanannya sejak dari kecil, factor
ini akan mempengaruhi status pemakanannya apabila sudah dewasa dan
khususnya semasa hamil. Namun, masih tidak terlambat untuk ibu yang
tidak mempunyai gaya pemakanan yang sihat pada masa muda untuk mengubah
cara pemakanan apabila mereka hamil. Semasa ibu membuat temujanji yang
pertama di klinik antenatal, datah ibu akan diambil untuk menetukan sel
darah merah. Aras sel darah merah yang baik adalah antara 11-12mg/dl.
Maknanya, ibu mempunyai sel darah merah yang mencukupi untuk membekalkan
nutrient dan oksigen bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bayi
dalam kandungannya.
No comments:
Post a Comment