Saturday, September 28, 2013

Nadimu Menggigil..~


Ketika rembulan memanjakan redupnya..,
Pekatnya malam membalut keping-keping kisah..

Adakah bintang mengadu pada bumi akan lelahnya bersinar..,
Atau bumi mengeluh agar dapat berhenti berputar..

Kau pun mampu bertahan pada gerimis yang akan mengikis habis sepenggal hati yang tersisa..

Kerana pelangi tak selalu ada, bahkan sepanjang masa di bahagian kutub bumi mampu menggigilkan nadimu..

Maka… sebutlah setiap episod hidupmu sebagai tanda kasih sayang NYA Untuk setiap perjuangan..

Wahai ENGKAU Yang Maha membalik hati.
Tunjukkan jalan yang harus kutiti,
Agar selamat di hari nanti.
Kelak, setelah mati.

No comments: