Thursday, October 03, 2013

H.A.R.A.M vs H.A.R.A.M..~


Ada orang yang nampak seperti begitu berhati-hati dalam bab halal dan haram ni. Tetapi dalam masa yang sama dia seolah-olah 'menghalalkan' perkara haram yang lain secara sedar ataupun tidak.

Kiasannya seperti haramnya babi. Ramai yang begitu berhati-hati tentang 'haramnya' babi ini. Melihat babi pun sudah terasa geli dan jijik kerana statusnya yang haram. Padahal yang haram adalah memakan dagingnya, melihat babi tidaklah haram.

Tetapi apabila lelaki melihat perempuan yang seksi, itu adalah jelas perkara yang haram. Tetapi selalunya orang akan terlupa bahawa ia adalah haram.

Samalah juga dengan kes rasuah dan mencuri. Rasuah dan mencuri walau apa juga nilainya, kecil atau besar tetap haram. Apa juga istilahnya sama ada rasuan atau komisyen, tetap haram.

Mencuri walaupun RM1.00 adalah haram, mencuri harta negara juga adalah haram.

Anggota pakaian seragam yang menawarkan RM50.00 (rasuah kepanya) kepada pesalah supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang adalah jelas haram.

Begitu juga pihak berotoriti yang memakan ribuan atau jutaan ringgit untuk meluluskan sesuatu 'projek', tetapi dengan istilah yang lebih cantik iaitu 'komisyen'. Ia tetap haram.

Jam dinding yang bernilai RM100 tetapi dibeli dengan harga RM3800, lebih jelas haramnya.

Jangan pejam mata sahaja isu ini, kita juga boleh dipertanggungjawabkan atas dosa yang orang lain lakukan.

(Imam Muda Hassan, 2013)


Muhasabah bersama..

Senyum.. =)

No comments: