Monday, March 31, 2014

Sorotan Malaysiaku Sepanjang Tiga Bulan 2014..




-Harga minyak naik
-Harga barangan melambung
-Cukai bertambah
-Golongan anti hadith tunjuk berani
-Jerebu melanda meliputi 3/4 kawasan negara
-MH370 hilang
-Amaran ribut di perairan Kelantan di mana pasukan misi SAR sibuk bertugas
-Lebih 5 orang remaja mati akibat dadah dan alkohol dlm konsert di KL

Saidatina A'isyah RHA berkata :

'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
 "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga :
1. Bila anak-anak menjadi punca kemarahan orang tuanya.
2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak (promosi ke kuliah kurang berbanding promosi ke program2 duniawi).
4. Orang yang membuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya (pondok-pondok semakin miskin, terpaksa merayu sumbangan. Kemudahan tidak tersedia walau negara dikatakan sangat maju)
5. Anak-anak sudah berani melawan orang-orang tua (tidak tahu menghormati).
6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka."'

[HR Thabrani]


Marilah bermuhasabah...=)

Ambillah Ilmu Dari Saluran Yang Betul..~




 Dikisahkan ada dua orang tua yang tinggal di rumah pangsa. Yang tinggal di tingkat atas ialah A dan B, tinggal tingkat bawah.

Pada suatu hari, si B didatangi tetamu. Maka orang tua itu nak buat air teh sebagai hidangan kepada tetamunya. Bilamana dia hendak buat teh di dapur, baru dia sedari yang susu telah habis.

Maka jerit si B kepada jirannya, A yang duduk di tingkat atas; "Awak ada susu tak?"

Jiran si A; "Ada".

Berkata lagi Si B; "Boleh tak awak tolong turun bawah hantarkan susu kepada saya, saya ada tetamu?"

Si A menjawab; "Saya tak boleh turun tangga, sakit kaki! Awak naiklah ambik!"

Si B pun membalas; "Saya pun tak boleh naik, kaki saya sakit!"

Maka si A berkata; "Takpelah, saya tuang dari drain sinki punya paip tu, dari atas ni paip tu sambung kat bawah, kemudian awak tahan kat bawah!"

Si A pun bersetuju; "Baiklah.."

Maka susu juga yang keluar dari saluran paip bawah tu, tak berubah, rupa dan rasa pun macam susu, lepas tu dia guna buat teh Kaw! punya..tapi tergamak tak tuan-tuan untuk minum teh tersebut?

Susu memang susu, tapi jalan yang dia datang tu dari jalan yang yang tak betul, jalan kotor, jalan yang mana tempat orang buang air basuhan tangan, basuh pinggan dan berludah. Ada benda-benda yang kita tidak nampak seperti kuman dan bakteria, bila minum teh tu kene sakit perut.

Inilah contoh apabila kita belajar ilmu ikut saluran yang tak betul. Umat hari ini tengah ‘sakit perut’. Umat hari ini mencela alim ulama terdahulu. Kita apa pun tak belajar, dengan angkuhnya kita mencela alim ulama zaman dahulu yang mana mereka telah korbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Tiada sedikitpun kepentingan dunia dalam diri mereka dan dalam menulis kitab-kitab mereka.

Oleh itu tuan-tuan yang mulia, kita kena belajar ilmu dari saluran yang betul, barulah datang amal yang betul dan faham yang betul.

Senyum..=)

Monday, March 17, 2014

Misteri MH370..~





Spekulasi Spekulasi Spekulasi,
Akhirnya ia terus menjadi Misteri.

Setiap hari sidang media dinanti,
Ingin tahu apakah nasib keluarga kami.

Sekejap begitu sekejap begini,
Kesudahannya masih lagi misteri.

Tikar terbang dan kelapa menjadi saksi,
Bodohnya manusia syirik kepada Ilahi.

Solat hajat dan doa setiap hari,
Jadi alim untuk bongkar misteri.

Nujum dan bomoh menjadi penyeri,
Tersohor sedunia malu sekali.

Sembilan hari keluarga menanti,
Nasib penumpang masih misteri.

Diarak ke sana diarak ke sini,
Keluarga jadi bimbang teramat sekali.

Ramalan dan pandangan pakar banyak diberi,
Habis cara tetapi ia tetap menjadi misteri.

Patah balik teori terkini,
Ke mana arah pasti dicari.

Rampasan dan isu politik menjadi informasi terkini,
Akhirnya lokasi masih lagi misteri.

Radar manusia senang dilepasi,
Radar Ilahi sentiasa menyinari diri.

Kecanggihan teknologi digunakan untuk mencari,
Lautan dan daratan diredah membongkar misteri.

Monggolia, Andaman, Kazakhstan tempat dicari,
Berbelas negara menyertai misi.

Kini Malaysia menjadi popular sekali,
Seluruh dunia ingin tahu misteri yang terjadi.

Hidup dan mati masih tidak diketahui,
BERDOALAH KITA MENGADAP ILAHI.

PRAY FOR MH370

Allahuakbar.




Nukilan;
Cikgu Mohd Ariff Bin Abdullah,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa & PSU1 DPPNK

Sunday, March 16, 2014

Selepas Hujan yang Turun.. Konsert Future Music Festival Asia Pula?!



Pagi ini bermula dengan hujan renyai-renyai, syukur pada-Mu ya Allah. Akan tetapi, ianya ibarat menangisi generasi muda negara ini. Sementelah negara dikejutkan dgn kematian 6 anak muda yang sangat mentah, ekoran pengambilan arak dan dadah secara berlebihan... ditambah pula dengan berpuluh-puluh orang yang berada dalam keadaan kritikal kerana didakwa ‘sesak nafas’ semasa menghadiri Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) di Stadium Bukit Jalil.

Lebih memilukan hati, terlihat begitu banyak kelibat anak muda Melayu, dan tweet anak-anak Melayu dengan carian hashtag berkaitan di laman Twitter. Tidak cukup dengan tweet-tweet yang meraikan konsert berkenaan, banyak juga tweet yang meradang kerana konsert dibatalkan.


“Kami juga benci dadah namun mengapa muzik menjadi mangsa?!”
“Konsert dibatalkan, rosak rancanganku!”
“Berapa ramai yang mati akibat dadah di luar sana, kenapa konsert kami menjadi mangsa?!”



Carian Intuisiku juga menemui sebilangan artis yang turut menyatakan rasa teruja dengan konsert tersebut, dan juga yang tenang namun mengikuti perkembangan.

Sungguh rasa pilu hati ini, kita ini 'orang baik-baik' samada dipelihara oleh Allah, atau sebenarnya ada jurang besar antara kita dengan anak muda lain yang sepatutnya kita bimbing sehingga kita tidak tahu ada konsert besar yang sedang berlangsung. Dan rupa-rupanya lebih banyak acara seumpama ini menanti untuk berlangsung. Apabila tweet Nora Danish memperli 'imam' yang berdoa utk MH370 di konsert, barulah orang sedar; “eh, ada konsert besar ke?” Atau rasa “ooo.. tengah ada konsert, memang biasa banyak konsert kat malaysia ni”.

Semoga Allah pelihara kita semua dan memelihara generasi muda negara ini. Semoga Allah ampunkan kita semua.



Nota Kaki

Seperkara yang ingin saya tegur, janganlah sebut perkara yang tidak baik dengan si mati seperti ayat "semoga tenang jawab soalan dalam kubur", "semoga husnul khatimah" dan sebagainya lagi, kerana kita sendiri belum tahu akhir kita bagaimana dan kesudahan mereka bagaimana. Ini haram hukumnya kerana seolah-olah kita ini Tuhan yang tahu nasib buruk mereka, juga boleh menyeksa batin keluarga si mati.

Wednesday, March 12, 2014

Sudah Gaharu Cendana Pula, Sudah Tahu Bertanya Pula..~



Situasi 1

A: Eh, nak tanya.. produk S nie okay tak kalau kita guna? Yela.. aku tanya nie sebab ko kan blajar dalam bidang kesihatan...mesti ko tahu sedikit sebanyak.

B: Bak sini nak tengok content dia. Erm.. produk nie High Protein..60% daripada keseluruhan adalah protein, sikit je nutrient lain cam karbohidrat dan lemak. Tak elok kot untuk buah pinggang kalau kita guna dalam jangka masa yang panjang.

A: Ea? Sebab ape?

B: Sebabnya molekul protein nie besar, buah pinggang kita nak kene tapis dulu sebelum ia diserap masuk ke dalam darah. Kalau kita amek protein dalam jumlah yang banyak, letih lar buah pinggang kita duk tapis molekul protein je kejenya.. lagi-lagi lar kalu kita amek secara berterusan, maunya tak rosak buah pinggang tu.

A: Owh ye ke? Tapi takpe kan kalo kita minum air banyak-banyak..dia boleh flush sume hasil kumbahan kita.

B:
Sapa cakap?

A: Kawan aku yang jual benda nie. Bagus kot produk nie.. dia boleh improve kita punya metabolisme kita, menganjalkan kulit, awet muda.. bla…bla..bla..

B: Hmmm.. dia nie nak tanya pendapat aku ke, nak promote produk kat aku? (dalam hati berbisik)


Situasi 2

C: Eh, ko blaja pharmacolocy kan? Kalo aku amek supplement X nie okay tak?

D:
Eh, bukan ke supplement X tu ada lavative dan diuretic agent?

C: Ea? Amenda tu?

D: Benda nie bahan kimia yang selalu ada dalam julap, untuk counter masalah sembelit dan buang cecair yang berlebihan dalam badan.

C: Oooo..dah tu, okay tak guna supplement nie?

D: Erm.. tak elok sebenarnya untuk kegunaan yang berterusan sebab dia boleh intrerrupt keseimbangan fluid dan electrolyte dalam badan kita. Lagipun dia boleh buat kita kehilangan bendalir dalam badan secara berlebihan.

C: Tapi.. supplement nie kan herba punya produk, mana ada bahan kimia. Aku guna mujarab kot. Tak payah susah-susah nak berdiet dan bersenam. Makan supplement nie, jer dah cukup untuk kuruskan badan.

D: Dah kalo macam tu, ko guna jela. Aku da sampaikan apa yang aku belajar… nak dengar ke tak tu terpulang..hmmm..~



Situasi 3

X: Hari nie, kita nak bincang pasal event W yang akan kita conduct tak lama lagi. Apa pandangan kamu tentang perlaksanaan event nie?

Y: Bagi saya, projek nie perlu penangguhan.

X: Sebab?!

Y: Sebabnya kita tak cukup kelengkapan dan kakitangan, encik. Lagipun, software yan kita develop pun tak lengkap sepenuhnya lagi. Macam mana kita nak handle client-client kita masa event tu nanti?

X: Takpe, kita proceed jela.

Y: Tapi…

X: Takde tapi-tapi.. Cukupnya semua tu. Kalo nak tunggu cukup semua sampai bila pun tak sudah. Keja lar lebih masa sikit, tak payah nak berkira. Kalau software tu tak siap, kita guna cara manual.

Y: Hmmm.. kalau dah macam tu, baik tak payah tanya pendapat aku pun takpe. (monolog bersendirian)







p/s:
Sometimes people just ask us not seeking for our opinion, but yet intentionally they are only want to hear the word ‘yes’ or ‘agree’ from us so that it show their thought or act are being supported. As a professional, we need to master the encounter technique for this kind of communication skill so that we will not being manipulated by the situation.

Smile.. =)