Ramai yang tidak menyedari tarikh 3
Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah
memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang
berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di
Eropah. Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik,
kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya
terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan
jambatan yang merentasi Selat Bosporus.
Turki mempunyai sejarah panjang
sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi sebahagian besar ummat Islam.
Khilafah Uthmaniah Turki diasaskan oleh Uthman Orthogol, berada di zaman
kemuncak semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih yang telah berjaya
menawan Kota Konstantinople daripada Byzantin.
Kehebatan kerajaan Uthmaniah mula
semakin lemah diakibatkan oleh perancangan jahat orang-orang Yahudi Dunnama, di
mana mereka ini telah memeluk Islam dengan niat untuk menghancurkan Islam
daripada dalam (gunting dalam lipatan). Golongan Yahudi juga telah menduduki
jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka
golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi
antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah
menonjolkan Mustafa Kamal. Media massa juga telah memainkan peranan penting
memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang
bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan "The Young
Turks" pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan
Freemason. Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid
II.
Di negara-negara Arab lain pula
semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki
sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada
negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu
dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia. Perancangan
keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924.
Mustafa Kamal telah naik ke takhta kuasa dan mula menunjukkan kebenciannya
kepada Islam dan orang-orang beriman.
Seluruh dasar kerajaan telah
dipisahkan daripada Syariat Islam di antaranya menurut Ahmadi Al-Aziz (1998) :
1. Tidak mengambil Al-Quran dan Hadis
sebagai dasar perlembagaan dan pemerintahan negara.
2. Golongan pemerintah (atasan)
dan konco-konconya hinggalah ke menteri-menteri dan wakil-wakil rakyatnya,
adalah perompak-perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk
menjadikan mereka kaya-raya hasil menyertai politik.
3. Kebanyakan siaran-siaran radio dan
televisyen serta isi kandung majalah, 95% adalah maksiat. Memang ada yang
baiknya tetapi cuma sekadar 5% sahaja.
4. Terdapat binaan tugu-tugu dan
patung-patung dalam negara, yang mana tugu-tugu dan patung-patung tersebut
dibesar-besarkan.
5. Muzik-muzik haram, tari-menari,
bergaul bebas, panggung-panggung wayang lucah, mengangkat sembah, pendedahan
aurat, arak, judi, zina dan lain-lain lagi dibenarkan berleluasa.
6. Waktu-waktu sembahyang, masjid
kosong. Majoriti manusia berkeliaran di luar masjid dengan segala bentuk urusan
duniawi.
7. Peminta sedekah, fakir miskin,
anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan.
8. Banyak projek yang sia-sia atau
membazir, dengan menggunakan wang berjuta-juta seperti membesarkan
tempat-tempat peleseran yang digunakan untuk orang-orang besar sahaja.
9. Polis dan tentera yang sepatutnya
bertugas menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak membuat rakyat berasa
tidak aman.
10. Para pemimpin apabila ditegur,
mereka melenting dan marah-marah. Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang
mendedahkan pihak yang menegur untuk diambil tindakan.
11. Di satu Bandar bernama Balikesir,
Mustafa Kamal berucap bahawa agama terpisah dengan urusan harian dan mendakwa
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berbuat demikian. Ini jelas menentang Al-Quran
dan Sunnah.
12. Dalam satu ceramahnya Mustafa
Kamal pernah menegaskan bahawa mana mungkin sebuah Negara maju jika orangnya
tidak berpakaian secara moden (mendedahkan aurat). Akibatnya ramai yang telah
dibunuh hanya kerana enggan berpakaian secara barat dan mematuhi arahan negara
Turki moden.
13. Mustafa Kamal tidak membenarkan
kuasa talak pada suami (seperti yang ada dalam ajaran Islam) kerana mengikut
undang-undang sivil dari Sweeden. Ironisnya, undang-undang ini diperkenalkan
beberapa bulan selepas dia menceraikan isterinya.
Kejatuhan Islam yang telah memayungi
umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang
baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek
utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis. Negara umat Islam juga
telah difaraidkan dan menuju titik kelemahan paling parah dengan pelebaran
faham ilmaniah atau sekularisme. Umat Islam dijajah dan mengalami keterpurukan
nilai serta tersudut dalam semua sektorsehingga memunculkan faham pan islamisme
untuk mendobrak hegemoni Barat.
Empat tahun selepas kejatuhan
khilafah Uthmaniah juga menyaksikan Imam Hasan Al Banna menubuhkan Ikhwanul
Muslimin untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam, seterusnya gerakan
Islam ditubuhkan di bumi umat Islam yang lain. Jamiat Islami ditubuhkan di Sub
Continent, MASYUMI di Indonesia, Hizbul Muslimin di Malaya, an Nur di Turki dan
pelbagai gerakan Islam kontemporari yang lain.
3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.
3 Mac 1924 adalah sejarah luka umat Islam dan ianya akan kembali sembuh dengan ummah kembali berjuang untuk mengembalikan ketuanan Islam. Islam yang berdaulat, negara yang mendokong Syariat serta menjadi pembenteng kepada agama Allah sebagaimana yang telah dilakarkan dalam sejarah Khilafah Uthmaniah.
Nukilan,
Dr Riduan Mohd Nor
Setiausaha,
Lajnah Dakwah PAS Pusat
No comments:
Post a Comment