Sunday, March 16, 2014

Selepas Hujan yang Turun.. Konsert Future Music Festival Asia Pula?!



Pagi ini bermula dengan hujan renyai-renyai, syukur pada-Mu ya Allah. Akan tetapi, ianya ibarat menangisi generasi muda negara ini. Sementelah negara dikejutkan dgn kematian 6 anak muda yang sangat mentah, ekoran pengambilan arak dan dadah secara berlebihan... ditambah pula dengan berpuluh-puluh orang yang berada dalam keadaan kritikal kerana didakwa ‘sesak nafas’ semasa menghadiri Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) di Stadium Bukit Jalil.

Lebih memilukan hati, terlihat begitu banyak kelibat anak muda Melayu, dan tweet anak-anak Melayu dengan carian hashtag berkaitan di laman Twitter. Tidak cukup dengan tweet-tweet yang meraikan konsert berkenaan, banyak juga tweet yang meradang kerana konsert dibatalkan.


“Kami juga benci dadah namun mengapa muzik menjadi mangsa?!”
“Konsert dibatalkan, rosak rancanganku!”
“Berapa ramai yang mati akibat dadah di luar sana, kenapa konsert kami menjadi mangsa?!”



Carian Intuisiku juga menemui sebilangan artis yang turut menyatakan rasa teruja dengan konsert tersebut, dan juga yang tenang namun mengikuti perkembangan.

Sungguh rasa pilu hati ini, kita ini 'orang baik-baik' samada dipelihara oleh Allah, atau sebenarnya ada jurang besar antara kita dengan anak muda lain yang sepatutnya kita bimbing sehingga kita tidak tahu ada konsert besar yang sedang berlangsung. Dan rupa-rupanya lebih banyak acara seumpama ini menanti untuk berlangsung. Apabila tweet Nora Danish memperli 'imam' yang berdoa utk MH370 di konsert, barulah orang sedar; “eh, ada konsert besar ke?” Atau rasa “ooo.. tengah ada konsert, memang biasa banyak konsert kat malaysia ni”.

Semoga Allah pelihara kita semua dan memelihara generasi muda negara ini. Semoga Allah ampunkan kita semua.



Nota Kaki

Seperkara yang ingin saya tegur, janganlah sebut perkara yang tidak baik dengan si mati seperti ayat "semoga tenang jawab soalan dalam kubur", "semoga husnul khatimah" dan sebagainya lagi, kerana kita sendiri belum tahu akhir kita bagaimana dan kesudahan mereka bagaimana. Ini haram hukumnya kerana seolah-olah kita ini Tuhan yang tahu nasib buruk mereka, juga boleh menyeksa batin keluarga si mati.

No comments: