Kalau rasa geram dan jijik dengan coklat Cadbury,
sila check akaun bank, pinjaman bank,
saham pelaburan kita, ada tak unsur riba kerana
sesungguhnya dosa terjebak dengan riba jauh lebih besar dari makan makanan
tidak halal secara tidak sengaja, lagi-lagi duit itu digunakan untuk beli
makanan (halal) dan akan jadi sebahagian darah daging kita dan keluarga kita.
Kalau rasa geram dan jijik dengan coklat Cadbury,
sila check jam kerja kita dan gaji
kita, adakah kita telah tunaikan semua amanah yang diberikan dan tidak makan
gaji buta kerana sesungguhnya rezeki yang tidak halal yang digunakan untuk beli
makanan (halal) akan jadi sebahagian darah daging kita dan keluarga kita.
Kalau rasa geram dan jijik dengan coklat Cadbury,
sila check status & share facebook
kita, dan percakapan kita, adakah kita telah membuat fitnah kepada orang lain
kerana dosa fitnah lebih teruk daripada membunuh dan lebih teruk daripada makan
makanan tidak halal secara tidak sengaja.
Kalau rasa geram dan jijik dengan coklat Cadbury, sila check solat dan puasa kita, sudahkan kita sempurnakan solat kita
dan puasa kita kerana dosa meninggalkan solat dan puasa secara sengaja jauh
lebih teruk daripada makan makanan tidak halal secara tidak sengaja.
Sila audit dan check diri, jangan double
standard dengan fiqh dan syariah Allah. Sila bertindak dengan
rasional dan bukan emotional. Kalau
100% rasa haram makan coklat Cadbury, haramkan diri dalam rasuah, riba, fitnah,
mengumpat, tipu, etc. yang 100% haram di sisi Allah juga.
Allahu'alam.
Sumber: Dr Fathin Aliah PhangNota Kaki
Ada pula pihak yang
meminta ganti rugi untuk cuci darah akibat makan coklat CADBURY..
Nasib baik tak minta ganti rugi daripada ASTRO, MEDIA PRIMA, RTM, BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, media sosial dan hiburan untuk cuci hati akibat hedonisme yang melalaikan..
Nasib baik tak minta ganti rugi daripada ASTRO, MEDIA PRIMA, RTM, BERITA HARIAN, UTUSAN MALAYSIA, media sosial dan hiburan untuk cuci hati akibat hedonisme yang melalaikan..
Lagilah pelik bilamana
ada yang menangis pilu, membuat FATWA mengenai mereka yang ingin melaksanakan
UMRAH/HAJI tetapi telah TERMAKAN unsur babi..
Dahsyat sungguh krisis BABI yang melanda orang
Melayu. Terserlah kemelayuannya MELEBIHI Islamnya.
Mungkinkah haramnya babi pada MELAYU melebihi
haramnya babi di dalam SYARIAT ISLAM?!
Senyum..=)