Seronok
menonton Piala Thomas. Suasananya cemas. Ada kalanya kita mendahului dan ada
kalanya Jepun mendahului. Kita tewas kepada Jepun, tetapi sokongan dan rasa
sayang kepada pemain kita tetap tinggi.
Kita dari
pelbagai bangsa tetap menyokong kuat pasukan negara kita, biarpun pemainnya
hanya dari bangsa Cina. Tidak ada laungan Cina pendatang, Cina penceroboh dan lainnya.
Semuanya
memuji Datuk Lee Chong Wei dan lain-lain pemain. Biarpun kita tewas, tetapi
saya puas melihat semangat patriotik rakyat kita. Cukup luar biasa.
Tetapi
mengapa dalam politik tidak begitu? Mengapa parti politik perlu mencelakakan
antara satu sama lainnya?
Jawapannya
mudah. Kita menyokong kuat pasukan badminton kita kerana menyokong negara.
Tetapi dalam politik kenapa kita tidak begitu? Kenapa tidak kita menyokong kuat
parti kita untuk menyokong demokrasi negara?
Kenapa
dalam politik kita perlu ‘hilang akal’ untuk memenangkan parti kita? Kenapa
kita perlu ada pemimpin politik yang sering mengeluarkan kenyataan yang
terkeluar dari legitimasi moral?
Setelah
kita bersatu teguh menyokong negara dalam perlawanan akhir Piala Thomas,
bolehkah kita juga sama berdiri teguh untuk menegakkan demokrasi negara?
Lupakan
politik kebencian. Mari semua kita berpolitik untuk negara. Dan jikalah
badminton boleh menyatukan kita, ayuh, mari semua kita menonton badminton
setiap hari.
Sumber:
Prof Dr. Mohammad Agus Yusoff
p/s:
Tahniah Jepun membuat kejutan melakar sejarah memenangi Piala Thomas
buat kali pertama..tahniah juga buat kontijen negara kerana menunjukkan
semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi..kalah-menang itu adat
permainan...mungkin anda kalah di gelanggang tetapi anda menang di hati
rakyat kebanyakan..~
No comments:
Post a Comment