Sunday, May 11, 2014

Rogol: Undang-undang Islam Vs Konvensional

Oleh : Ustaz Zaharuddin Muhammad



Menjawab Tangapan Salah Bahawa Pengadu Dirogol Akan Kena Qazaf Bila Tak Ada 4 Saksi

Sebenarnya tanggapan bahawa si pengadu atau perempuan yagn dirogol akan kena qazaf apabila tidak membawa empat saksi adalah salah dan jauh menyimpang daripada realiti sebenar hukum qazaf.

Perbezaan antara qazaf dan rogol boleh dilihat dari perbezaan rukun-rukun dibawah:

1. Pengadu: kes rogol pengadu adalah mangsa rogol (dipaksa zina) manakala kes qazaf pengadu adalah pihak ketiga.

2. Kes aduan: kes rogol, aduan adalah berkisar berkenaan pencerobohan hak si pengadu sebagai mangsa manakala dalam kes qazaf aduan adalah melibatkan kesalahan zina itu sendiri.

Perbezaan yang jelas antara qazaf dan rogol ialah, aduan rogol melibatkan tuntutan hak keadilan manakala qazaf pula tidak melibatkan hak dan pembelaan. Lebih jelas, rogol adalah berlaku secara paksa dan melibatkan hak si pengadu atau keluarganya, manakala kes zina berlaku secara sukarela antara lelaki dan perempuan (sipelaku) dan ia tidak melibatkan hak si penzina lelaki dan perempuan.

Oleh itu, cara pembuktian adalah berbeza di mana kes rogol tidak memerlukan 4 saksi bahkan segala qarinah adalah diterima selama mana ianya diyakini. Manakala kes qazaf pula tidak melibatkan hak sesiapa pun kecuali suami dan isteri.

Adapun hak suami dan isteri iaitu apabila isteri atau suami yang dilihat dengan jelas oleh pasangan masing-masing, sekalipun tidak mengcukupi 4 saksi, maka mereka tidak akan dikenakan qazaf kerana ia melibatkan hak suami atau hak isteri. Tetapi ia tidak sewenang-wenangnya bebas menuduh isteri atau menuduh suami berzina, tetapi jalan keluarnya ialah melalui hukum Lian.

Adapun bukan suami dan bukan isteri, maka apabila si A melihat si B berzina dengan si C, maka si A tidak boleh mendakwa si B mahupun si C berzina melainkan betul2 ada saksi 4 orang. Jika ia melihat dengan mata kepala sendiri tetapi dengan berseorangan, maka ia tidak terdesak untuk mendakwa kerana perzinaan antara si B dan si C hanya melibatkan akhlak kedua-duanya, bukan melihbatkan hak sesiapa. Berbeza dengan kes suami isteri yang boleh menuduh, tetapi melalui jalan Lian.

Keadilan Undang-Undang Islam / Kepada Mangsa Rogol
 

Adapun kes rogol di dalam undang-undang konvensional, si mangsa rogol tidak mendapat pembelaan sebagaimana undang-undang Islam di mana mangsa rogol akan mendapat pampasan yang dikenali sebagai diyat al-budh'i sebaik sahaja si perogol didapati bersalah. Manakala mangsa rogol dalam undang-undang konvensional hanya mendapat malu tanpa mendapat apa-apa pampasan terus.

Jika anda cina, india atau melayu, maka itulah hak anda apabila anda atau keluarga anda dirogol oleh melayu, india atau cina. Tiada perbezaan dalam kes pampasan yang berhak diperolehi oleh mangsa rogol.

Bukankah undang-undang konvensioal mengabaikan hak mangsa rogol berbanding dengan undang-undang Islam?

No comments: