Kebanyakan kita akan bangun awal
pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas
subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk
mendapat kesegaran di tempat kerja.
Pola kehidupan sedemikian akan
mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan
seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas
pengeluaran hormon kortisol yang
berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila
seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk
bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga
atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Apabila
rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh,
pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari
berpuasa.
Jika
mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor.
Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar
walaupun berpuasa.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
No comments:
Post a Comment