Untuk hidup manusia perlu makan, bukannya hidup untuk makan.
Makanan adalah bahan bakar bagi tubuh manusia sebagaimana minyak adalah bahan
bakar untuk enjin.
Manusia tanpa makanan dan enjin tanpa minyak... dua-dua tidak
boleh hidup. Kecuali jikalau orang itu sama martabat dengan malaikat.
Bahan bakar untuk enjin, kita isi dalam tangki minyak.. bahan
bakar untuk manusia, kita isi dalam perut.
Ada beza antara tangki bahan
bakar kereta motor dengan perut yang menjadi tangki simpanan makanan manusia.
Tangki minyak untuk kereta motor diperbuat dari bahan logam yang keras. Kalau
kapasitinya 30 liter, kita cuma boleh isi minyak 30 liter sahaja. Selebihnya
akan melimpah keluar.
Perut sebagai tangki bahan bakar
manusia pula diperbuat dari bahan kenyal. Ia boleh diisi 3 kali ganda dari
jumlah yang sepatutnya. Contohnya kalau kita cuma perlukan sepinggan nasi, kita
boleh makan sehingga 3 pinggan dan makanan tersebut tak akan melimpah keluar!
Minyak dalam tangki kereta motor,
bila tak habis guna hari ini, kita boleh simpan untuk esok, lusa dan
seterusnya.
Berbeza dengan tubuh manusia. Kalau
hari ini tubuh kita hanya perlukan sepinggan nasi tetapi kita makan sampai 3
pinggan, tubuh kita tetap akan menggunakan kalori tenaga dari sepinggan sahaja.
Bagaimana dengan lebihan 2 pinggan lagi? Apakah kita boleh simpan untuk
kegunaan esok dan lusa sebagaimana kita boleh simpan minyak kereta? Jawabnya
tidak! Lebihan makanan tersebut akan ditukar menjadi lapisan lemak yang
menempel di segenap bahagian badan, antaranya di perut lalu masuklah kita dalam
persatuan GPK (Geng Perut Kedepan).
Untuk esok kita perlu makan yang lain
pula. Bukannya bila kita dah makan banyak, bermakna 3 hari seterusnya kita tak
perlu makan. Berapa ramai manusia yang lebih menyukai lebihan makanan mereka
menempel sebagai lapisan lemak yang memudharatkan tubuh dari mengagihkannya
kepada mereka yang lebih memerlukannya...
Senyum..=)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
AL-MUBARAK.. ^_^v
No comments:
Post a Comment