4 Sep 2014
Kurang Murabbi Berkualiti
Ini satu perkara yang menjadi cabaran ketika menguruskan tarbiah ialah untuk
mendapat Murabbi. Murabbi berbeza dengan Muallim. Mungkin ramai yang boleh
menjadi Muallim, tetapi payah henda menjadi Murabbi. Murabbi dia bukan sahaja
melontar idea dan memberi ilmu, tetapi dia akan mutaba'ah (follow up) balik apa yang dia lontarkan kepada anak buahnya.
Misalnya dia mengarahkan anak buahnya melaksanakan tugas, kemudian dia akan
pantau kembali. Murabbi ini mesti melaksanakan apa yang dia bercakap. Murabbi
menunjukkan sikap susah dan senang bersama dengan anak didiknya. Gelagat mereka
diperhati. Anak buah sukar untuk ikut telunjuk jika mereka melihat Murabbi ada
kecacatan yang ketara. Murabbi yang paling agung ialah baginda Nabi Muhammad
SAW. Kesukaran ini menjadikan tarbiah lesu dan tidak bermaya. Kerana
pembimbingnya hanya memberi idea dan memindahkan maklumat sahaja. Penyampaianya
juga tidak ada beza majlis tarbiah dan majlis ceramah umum. Ia berbeza dengan
murabbi yang berkualiti.
Kemunculan Media Baru
Kita tidak boleh salahkan ledakan teknogi maklumat di masa kini. Kehadirannya
mesti diurus dengan baik. Menolak terus penggunaanya satu langkah yang tidak
tepat. Cuma kita mesti ada jati diri yang kuat ketika menghadapi era ini.
Bemarlah Saidina Umar RA berkata "Ajarlah anak kamu sesuai dengan zaman
dia, bukan zaman kamu". Apabila adanya media ini menyebabkan ada yang
anggap tidak perlu lagi datang usrah, tamrin, liqa'. Cukup sekadar mendapat
maklumat daripada sumber ini. Kadang-kadang fikrah ahli dibentuk oleh media
baru sehingga sukar dirungkai. Mereka tidak peduli daripada sumber itu sah atau
tidak. Samaada dalam bentuk sangkaan atau andaian sahaja. Mereka lebih percaya
kepada laporan media daripada ucapan pemimpin Pas. Di sinilah kita memerlukan
ahli dan pemimpin yang mesti mengambil kesempatan untuk menggunakan medium ini
untuk membuat pencerahan di dalam satu isu dan mencanai fikrah perjungan supaya
ahli tidak terkeliru dan tidak dibentuk oleh persepsi jahat terhadap perjuangan
Pas.
Manhaj Tidak Sama
Kadang- kadang ada setengah kawasan dengan kawasan tidak sama penggunaan
manhaj. Sedangkan salah satu unsur kekuatan tarbiah ialah adanya keseragaman manhaj.
Apabila ada keseragaman barulah akan melahirkn satu wehdatul fikri dan wehdatul
amal di seluruh negara, walau pun siapa yang memberi pengisian. Setengah
menggunakan teks usrah yang bukan daripada lajnah. Sedangkan pihak Lajnah
Tarbiah sudah tentukan buku rujukan yang perlu digunakan. Buku yang diterbit
oleh pihak Lajnah dan buku yang karang oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang. Ada pula yang lebih pendekatan tasauf, kurangkan politik
atau pun sebaliknya. Atau pun hanya penekanan kepada feqah semata-mata tanpa
bersifat haraki.
Program Umum Sahaja
Ada yang hanya melaksanakan program umum sahaja, yang bukan bersifat haraki dan
perkaderan. Bukan bermakna program umum tidak penting di dalam nizam tarbiah
Pas. Kerana ia sebagai permulaan untuk orang awam mengenali Islam yang syumul.
Program tarbiah tidak terhenti dengan kuliah umum dan ceramah umum sahaja.
Program umum tidak bersifat perkaderan. Pembinaan tenaga pelapis hanya boleh
dibina dengan program khusus. Program yang akan mengenali individu jamaah
secara ditil, bukan sahaja nama. Tetapi kita akan kenal potensi, kekuatan,
kelemahan setiap ahli. Bertitik tolak daripada sini bermulanya perkaderan untuk
diletakkan di mana posisi yang betul di dalam jamaah.
Tidak Bersedia Untuk Ditarbiah
Ada juga mereka yang merasakan sudah cukup dengan apa yang ada pada dirinya. Ia
sudah alim, sudah lama berjuang, sudah lama meniadi pemimpin. Sehingga dia lupa
mentarbiah dirinya dan tidak bersedia untuk ditarbiah. Menganggap beliau tidak
perlu lagi menghadiri program tarbiah. Lebih-lebih lagi apabila beliau sudah
menjawat jawatan pemimpin. Sedangkan proses tarbiah berjalan tanpa noktah.
Hanya kematian sahaja yang akan menamatkan program tarbiah ke atas dirinya.
Perlu diingat tarbiah sentiasa hidup di dalam diri setiap anggota jamaah.
Kerana cabaran dan dugaan begitu tinggi kepada mereka yang ditaklifkan sebagai
pemimpin. Gangguan dan hasutan syaitan setiasa berlari di dalam diri individu
yang bernama pemimpin. Penyakit-penyakit mazmumah seperti sombong, riak,
suma'ah, ujub merupakan prasit perosak amal Islami yang begitu aktif di dalam
diri seorang pemimpin. Jika tidak dibendung dengan agenda tarbiah kita akan
rugi di dunia dan diakhirat. Malang ketika itu apabila buku amalnya dibuka,
kosong. Sedangkan dia merasa dirinya sudah menghabiskan tenaga dan masa untuk
perjuangan Islam.
Waliyazubillah.
No comments:
Post a Comment